Carian

Rabu, 6 Januari 2016

Tawaran Kemasukan ke Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah Sesi 2015/2016 Ambilan Jan 2015

Assalamualaikum WBT kepada kenalan, rakan-rakan, sahabat handai, dan saudara-mara sekalian.

Penulis rasa sangat berbesar hati ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016 yang baru membuka tirainya untuk hari yang ke-6. Permulaan tahun baik dan DM doakan segala azam yang telah disematkan di dalam hati terlaksana nanti untuk sepanjang tahun ini. Untuk entri kali ini, DM ingin menyampaikan maklumat kepada para pembaca dan pengunjung sekalian bagi menyebar luaskan informasi mengenai pengambilan Januari 2016 sesi pengajian 2015/2016 Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak masih dibuka. KUISAS menawarkan pelbagai program dari peringkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana sehingga doktor falsafah. Para pengunjung boleh secara terus melayari laman rasmi KUISAS di www.kuisas.edu.my.


Untuk memohon, sila ke

Jumaat, 16 Oktober 2015

Selamat Tahun Baru 1437H

Assalamualaikum WBT, dan Selamat Tahun Baru kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Duniaku Malaysia sudah berusia 7 tahun. InsyaAllah sempena tahun baru 1437 Hijriah, penulis akan mulakan langkah baharu untuk membawakan isu-isu semasa untuk tatapan para pembaca. Jika diizinkan, penulis juga akan membawa beberapa isu baharu termasuk mengenai dunia perniagaan masa kini sebagai maklumat ilmiah untuk kalian semua. Terima kasih kerana sudi melayari DM dan teruskan bersama kami.

Terima kasih

Selasa, 9 Disember 2014

Seminar Wakaf Antarabangsa 2014 (Hari Pertama)

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah sempat lagi kita bersua di dalam penulisan maya yang lama saya sudah tinggalkan beberapa bulan yang lalu. Dek kerana keterbatasan waktu serta dengan kesibukan tugas yang tidak dapat dielakkan. Tanggungjawab semakin berat, namun amanah terpaksa dipikul sekalipun diheret dengan kaki yang patah.

Hari ini, catatan saya berkisar dengan persidangan yang sedang berlangsung bermula dari 8.30 pagi tadi dan akan berakhir pada 10.30 malam mengikut jadual yang disertakan. Persidangan kali ini adalah persidangan khusus mengenai wakaf yang dinamakan sebagai Seminar Wakaf Antarabangsa 2014 dengan membawa tema Transformasi Pengurusan Waqf: Pemangkin Sosio Ekonomi Ummah. Seminar yang julung-julung kali diadakan ini dengan kerjasama dari Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), Majlis Agama Islam Johor, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, dan Yayasan Wakaf Malaysia dan dikepalai oleh Jabatan Wakaf, Zakat, dan Haji, Jabatan Perdana Menteri (JAWHAR).

Program selama 3 hari ini telah sempurna dirasmikan oleh YB Mejar Dato' Seri Jamil Khir Hj.
Baharom pada jam 12.30 tengahari tadi dan dalam ucapan perasmian beliau menekankan betapa pentingnya wakaf dan keperluan umat masa kini di dalam memastikan kelestarian harta umat Islam di masa akan datang. Beliau turut merasmikan Wakaf Tunai iaitu produk yang ditawarkan oleh Yayasan Wakaf Malaysia dan Buku JAWHAR: Sedekad Membina Tamadun Ummah.

Ahad, 31 Ogos 2014

Presiden Turki ke-12, Recep Tayyip Erdogan

Sekalung tahniah dan ucapan selamat maju jaya kepada Presiden Turki ke-12, Recep Tayyip Erdogan