Carian

Selasa, 3 Mac 2009

Kekalutan dan Kepincangan 1

Suasana di negeri kelahiranku bertambah tegang dengan kekalutan sesetengah pihak yang menganggap kedudukan mereka sudah sah disisi undang-undang dan berpura-pura pandai segala benda. Dengan lantikan yang penuh kontroversi dan sibuk menggaji penasihat yang diragui kredibilitinya memungkinkan Perak akan hancur dari perspektif demokrasi (suara rakyat) dan keharmonian sejagat. Banyak desas-desus mengatakan bahawa Melayu sekarang sudah lupa, biarkan mereka lupa perkara buruk yang telah berlaku selama ini. Bukakan lembaran baru yang lebih terbuka untuk seluruh rakyat jelata.

Kuasa yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T kepada hambanya banyak menguji kesabaran dan ketabahan seseorang dengan dirampas dan dirompak (istilah yang digunakan oleh PR) oleh orang lain dengan cara yang kotor, namun disisi Allah kuasa itu terletak di tangan setiap hambanya yang menghirup udara segar yang dikurniakan tanpa mengira waktu dan ketika. Dek kerana bangsa, kita seringkali lupa dengan orang lain disekeliling kita.

Di dalam Al-Quran Allah berfirman "Sesugguhnya kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu berpuak puak dan suku kaum, supaya kamu dapat saling kenal mengenali. Sesungguhnya semulia mulia kamu disisi tuhanmu adalah mereka yang paling bertaqwa kepada ku." - surah Al Hujurat -

Memang tidak dipertikaikan, masing-masing sayang akan bangsa masing-masing. Tetapi di mana kita sesuaikan kepentingan bangsa itu akan menjadi persoalan. Islam tidak akan boleh ditegakkan sama sekali di atas dasar bangsa. Namun di Malaysia, bila menyentuh mengenai Islam, maka merujuklah ia kepada satu bangsa, iaitu Melayu. Adakah Islam itu untuk Melayu? Adakah yang Melayu itu semuanya Islam? Apakah mereka yang telah diisytiharkan keluar Islam sebagai bukan Melayu, habis? Mereka ini siapa?

Di zaman Rasulullah, umat Islam boleh duduk semeja dengan orang kafir di dalam menyusun perjalanan kerajaan Islam pada masa itu. Mereka saling bekerjasama di dalam memberikan khidmat yang terbaik untuk umat manusia pada masa tersebut. Apakah kesepakatan ini tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak?

Menyentuh situasi di Perak, apabila seorang speaker dinafikan kuasanya sedangkan yang mencipta bidang kuasa itu adalah mereka sendiri. Tidak kira siapa speaker itu, Cina ke, India ke, Melayu ke, dia tetap speaker yang sah disisi undang-undang. Apa pun keputusan yang diambil yang berlandaskan undang-undang adalah dikira sah tanpa perlu pertikaian. Apakah ada pihak yang panas punggung apabila kerusi yang diduduki sekarang ini diperoleh melalui cara yang salah cuba diheret ke muka pengadilan. Sudahlah diperoleh dengan cara yang paling dramatik, maka dia pun memandai dengan sendirinya melantik sesuka hati penasihatnya. Apakah orang itu sudah cukup lemah (tak mampu berdiri) sehingga memerlukan penasihat yang empat itu memapahnya untuk mengemudikan kapal yang dirampas (belajar dulu bawa kapal sebelum nak rampas kapal orang lain).

Abdullah Antong digantung tugas
Memang melucukan apabila seorang Setiausaha Dewan membuat kenyataan bahawa Sidang Tergempar memerlukan perkenan Tuanku Sultan. Dah pun ia dinamakan Sidang Tergempar, maka perkenan Tuanku Sultan tidak diperlukan. Ia terkandung di dalam Perintah Tetap Dewan. Dan lebih melucukan, beliau (SU Dewan) ini menyatakan sendiri kebenaran bahawa sidang itu sah dari segi undang-undang seperti yang telah ditetapkan.

Nantikan sambungannya...

2 ulasan:

  1. Demokrasi bukanlah penyelesaian masalah. Jika kita lihat demokrasi ini ciptaan siapa? bukankah ciptaan barat.. Sebelum barat mencipta idealisme demokrasi, banyak ideologi telah diguna pakai yakni bertemu kegagalan. Ya, mungkin democracy sesuai di negara seperti US, tetapi kita lihat tamadun hebat Bani Ummaiyah, mereka tidak mengamalkan demokrasi tetapi tetap gemilang. runtuhnya kerajaan islam di andalus adalah kerana kerakusan umat islam sendiri mencari keduniaan semata-mata dan diberi tunjuk ajar oleh Allah.

    Hanya satu yang patut diamalkan oleh Pembangkang mahupun BN, amalkan musyawarah seperti yang dituntut didalam islam.

    Kepada pemimpin melayu di dua belah pihak, anda patut bersatu mengenang nasib bangsa sekarang yang dihenyak-henyak oleh bangsa lain. Hindu paria juga sekarang telah pandai untuk memijak kepala tuan empunya tanah "Malay"sia ini..

    Banyak lagi akan dipaparkan,.. nantikan pandangan yang neutral, akademis dan rasional hanya di KSB www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com

    walaupun berbeza suara tetapi matlamat perjuangan tetap sama.

    BalasPadam
  2. musyawarah memang menjadi keutamaan yang sememang digunakan oleh baginda rasul. namun, di dalam konteks sekarang, demokrasi itu sahaja yang ada yang menghalalkan bahawa keadilan itu boleh ditegakkan di negara ini.

    Perbezaan suara boleh menambahbaik idea yang lebih bernas dan mantap, terima kasih atas sokongan anda

    BalasPadam