Carian

Khamis, 3 September 2009

Bersidang Demi Kepentingan Rakyat

2 September 2009 mencatat satu lagi sejarah sidang gagal diadakan atas peruntukan sedia ada kerajaan negeri perak dan terpaksa di adakan di sebuah hotel di Ipoh semalam. Malangnya, ada beberapa orang telah ditangkap dan dikasari oleh pihak polis demi melindungi kepentingan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan membelakangi rakyat jelata.

Tindakan tersebut terpaksa diambil oleh YB-YB dari Pakatan Rakyat demi membersihkan DUN Perak dari belenggu kerajaan rampasan yang didalangi BN. Biarlah Ahli-Ahli Yang Berhormat ini dipandang hina, namun ia tetap pilihan rakyat. Mengapa mesti ditidakkan kuasa yang telah diberi kepada mereka. Apakah kerajaan BN sekarang takut menghadapi pilihanraya lagi?



Walaupun dikasari, diherdik dan dimarahi oleh insan-insan yang jahil itu, mereka tetap meneruskan tugas-tugas mereka sebagai ADUN. Ada pihak mengatakan kalau perkara ini kekal berlaku, maka ekonomi Perak akan merudum, persoalannya, siapakah yang mengganggu gugat keharmonian kerajaan Pakatan Rakyat tersebut? UMNO mungkin tidak senang dengan kehadiran DAP didalam kerajaan tersebut kerana ia akan mengikis politik kemelayuan yang didalangi UMNO. Meskipun DAP masih baru untuk berada sebumbung dengan PAS atau Keadilan, tetapi pakatan ini menunjukkan potensi yang baik didalam urusan mentadbir biarpun ada sedikit cacat cela yang berlandaskan kepada kelemahan manusia itu sendiri.

Malaysia bukan satu-satunya negara yang mempunyai komposisi pelbagai kaum hidup bersama. Banyak lagi negara yang mempunyai ciri-ciri yang sama, tetapi kenapa kaum Melayu sering dimomok dengan perkara ini sekian lama. Ada banyak lagi momokan parti keMelayuan ini mainkan seperti peristiwa 13 May (siapa dalang sebenarnya?), Kontrak Sosial (Kaum Mana yang sibuk-sibuk nak semak balik? Bukankah Melayu) dan ada banyak lagi.

Persoalan itu biasanya akan dijawab dengan "Siapa yang selama ini menjaga kita?", "Tanah ini milik kita, hidup Melayu". Apakah kita tidak sedar siapakah yang telah menggadaikan tanah Melayu kepada bangsa asing suatu masa dahulu ketika "dia" menjadi Menteri Besar. Ini sebenarnya seolah-olah meludah ke langit, akhirnya kahak bertempel di muka.

Biarpun diapit oleh orang Cina sekalipun, Islam tetap diutamakan, Melayu atau tidak, itu bukan suatu yang penting bagi sebuah kerajaan demokrasi. Kerajaan yang demokrasi tetap memberikan hak sama rata kepada rakyatnya. keadilan semua pihak perlu dijaga dan pembahagian sumbangan kerajaan adalah sama bagi setiap orang yang duduk di dalam.

Wahai pemimpin Melayu sekalian, janganlah dibanggakan sangat dengan semangat perjuangan Melayu, kerana perjuangan dan pemikiran yang melibatkan sesuatu bangsa sahaja tidak akan membawa kepada keharmonian sekalipun kepada seluruh rakyat jelata.

Fikir-fikirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan