Carian

Rabu, 16 Disember 2009

Serap SIS dan SERATA menjadi SABK?

Balas dendam ataupun sebaliknya...

SIS atau Sekolah Izzuddin Shah dan SERATA atau Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah memang dikenali ramai sebagai tempat melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai ilmu agama yang baik kerana mereka ini mempunyai kelebihan di dalam ilmu i'dadi ataupun thanawi dan tak kurang juga melahirkan pemimpin-pemimpin kerajaan antaranya Dato Zahid Hamidi.


Namun, di mana silapnya, kedua-dua sekolah ini diheret ke kancah masalah politik dan mahu dijadikan sekolah agama bantuan kerajaan. Apakah selama ini, kerajaan negeri tidak dapat menyempurnakan segala tugas-tugas mereka dan ada desas-desus menyatakan tidak dapat menampung kos yang tinggi. Di zaman pengajian kami di sana, setiap enam bulan, kami diberi saguhati dipanggil biasiswa dan kalau masalah kewangan timbul, program seperti ini tidak akan dilaksanakan.

Suatu ketika dahulu, perkara ini pernah timbul di zaman pemerintahan Ramli Ngah Talib dan Alhamdulillah ianya dapat dipertahankan dan ia kekal ke hari ini. Perak mempunyai institusi pengajian peringkat menengah yang menggunakan thanawi atau i'dadi sebahagian silibus yang diajar, dan silibus ini didatangkan khas dari Al-Azhar. Alhamdulillah, ramai pelajar yang cemerlang di dalam bidang ini dan tak kurang juga di dalam bidang akademik.

Mungkin disebabkan balas dendam kerana geram melihat anak-anak kelahiran SIS atau SERATA ini berkembang pemikirannya, maka diambil tindakan supaya ianya diletakkan dibawah kelolaan kerajaan persekutuan supaya setiap gerak geri, cara mengajar hendaklah berpandukan kepada telunjuk kerajaan persekutuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan