Carian

Sabtu, 9 Januari 2010

Allah: Tuhan semesta alam

Berfikir dahulu terhadap setiap tindakan yang kita fikirkan boleh diambil... mungkin ada tindakan yang kurang praktikal dimasa kini lebih menguntungkan dimasa akan datang [inspirasi Perjanjian Hudaibiyah]... Isu kalimah Allah perlu diperjelaskan kepada semua pihak, kita jangan cepat membuat rumusan yang melulu, namun di sana Allah tetap satu, tuhan sekalian alam buana yang luas terbentang, yang mencipta isi langit dan bumi, yang mempunyai kuasa ke atas semua ciptaan-Nya. Jangankan nama Allah saja yang hendak dibela, undang-undang Allah juga mesti dibela, disebabkan mungkin kita cuai dan mengenepikan undang-undang-Nya, maka diperlihatkan segala kejelikan di depan mata manusia sendiri.



Kuliah Subuh pagi tadi membangkitkan suasana hiruk-pikuk dek gelagat Ustaz Wan menyampaikan kuliahnya dengan lontaran-lontaran pandangan yang memberikan satu idea mengenai senario masyarakat kini yang bercelaru dengan isu-isu yang menunjukkan kelemahan diri sendiri.

Suka saya mengulaskan apa yang disampaikan oleh beliau pada pagi tadi mengenai isu kalimah Allah yang digunakan oleh majalah Herald yang diterbitkan oleh Kristian yang menjadikan umat manusia di Malaysia ini merasa marah dan menyatakan bahawa Allah adalah hak orang Islam.

Namun, apa yang menyedihkan saya, ada yang mengeluarkan kenyataan bahawa Allah adalah untuk orang Melayu (sakit perut gak menahan ketawa). Mungkin orang ini ingin membela Melayu, tapi ia tidak sesuai dilabel begitu. Dan saya juga baru perasaan, mungkin inilah sebab bahawa orang India dan Cina banyak dilabel sebagai Indian Muslim dan Cina Muallaf. Namun panggilan apapun, mereka masih saudara kita.

Berkisar semula mengenai isu nama Allah ini, ada pihak yang mengaku mengagung-agungkan nama Allah ini tidak sedar dengan tingkahlakunya sedang mendustai Allah. Mengapakah perlu di'label'kan sampai begitu sekali? Cuba perhatikan, kalau mengagungkan nama Allah, kenapa pemimpin negara kita masih mengamalkan rasuah? kenapa ada menteri wanita yang masih 'dogol' kepalanya dan begitu juga isteri-isteri menteri. Apa signifikan membela nama Allah, sedang diri sendiri mencela dan menolak hukum-hukum Allah. Banyak lagi percanggahan timbul yang mungkin saya akan kupaskan dilain masa.

Pandangan saya, nama Allah dan kesucian-Nya perlu dijaga dan penghormatan terhadap Allah adalah bukan terletak pada nama-Nya sahaja, malah hukum-hukum-Nya juga perlu dihormati.

Kita berjumpa dilain penulisan...
Assalamualaikum w.b.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan