Carian

Isnin, 8 Februari 2010

Celupar Mulut Badan Binasa

Semalam saya membaca artikel di Harakahdaily.net mengenai laporan polis yang dibuat terhadap blogger yang menfitnah dan membuat posting yang kotor terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Apa yang terkandung dalam posting-posting blogger ini tidaklah perlu saya panjangkan sebab saya cukup benci dengan adanya orang-orang seperti dia. Kalau hendak dapatkan berita, pergilah baca di Harakahdaily.net.


Saya cukup pasti yang entiti blogger ini adalah orang Melayu dan dari pandangan agamanya, silap-silap dah out of track.Dalam Al-Quran sendiri menyatakan bahawa Allah berfirman yang bermaksud Fitnah itu lebih besar dosanya berbanding dengan membunuh. Mungkin orang ini dan juak-juaknya dah tersepit tatkala ada beberapa insiden propaganda dan agenda mereka gagal dalam banyak percubaan terhadap negeri-negeri pentadbiran PR. Maka terhamburlah segala isi nanah mereka ini selama mereka sudah menyimpannya sekian lama dan betapa busuknya nanah tersebut, hanya Allah sahaja yang tahu.

Maka tertarik juga saya dengan kenyataan Najib parti yang namanya Parti Islam adalah bukan pergerakan Islam. Mungkin pada pandangan beliau, pergerakan Islam mestilah menyokong dan mengikut telunjuk apa jua kehendak kerajaan yang ada meskipun kehendak itu bertentangan dengan Islam. Mengenai Islam yang sebenarnya, tak perlulah diceritakan, sebab Islam itu dah terang. Islam lebih atas dari kerajaan, dan kerajaan kena ikut blueprint yang Islam dah gariskan untuk mentadbir sesebuah kerajaan. Letih dah hendak berbicara mengenai isu-isu yang keBANGSAan.

Mereka ingat kuasa itu hak mereka, tapi ia adalah hak Allah dan ia merupakan amanah kepada sesiapa yang telah dipertanggungjawabkan termasuklah tubuh badan ini juga adalah amanah Allah. Jagalah sebaik mungkin dan setiap perilaku kita akan dipersoal meskipun sebesar zarah sekalipun

HIDUP ISLAM, ALLAHU AKBAR!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan