Carian

Khamis, 11 Februari 2010

Pembangkang Yang Kuat Untuk Kesejahteraan Rakyat

Begitulah hasrat seorang pemimpin yang berjiwa rakyat yang telah disingkirkan oleh mahkamah.

Rakyat Perak memerlukan layanan tanpa ada sentimen perkauman, hak sama rata oleh sesebuah kerajaan. Meskipun keputusan mahkamah baru-baru ini menimbulkan banyak keraguan dan dipertikaikan oleh banyak pihak, DS Nizar dan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat bertekad untuk tidak putus asa memberikan khidmat terbaik bagi rakyat-rakyat negeri Perak. Justeru itu, apa yang dinyatakan oleh DS Zambry di dalam wawancara selepas diisytiharkan menang, iaitu mengenepikan sebarang ideologi politik di dalam membangunkan negeri Perak mesti dikotakan dan peruntukan yang sepatutnya diberikan kepada rakyat mestilah disalurkan kepada semua ADUN. Jangan dibiar menjadi janji kosong semata-mata


DS Nizar berharap kerajaan yang dinaikkan melalui proses mahkamah ini memberikan ruang yang secukupnya kepada ADUN-ADUN dari kalangan Pakatan Rakyat untuk menggunakan sebarang kemudahan awam di dalam memberikan khidmat sebagai wakil rakyat sama seperti ADUN-ADUN dari kalangan BN sendiri. Segala sekatan yang dikenakan ke atas ADUN-ADUN PR perlu ditarik balik jikalau itulah kehendak dan keikhlasan kerajaan tersebut untuk diberikan kerjasama.

DS Nizar memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan menjadi pembangkang yang kuat dan sihat di dalam mengutamakan kehendak rakyat sejagat.

Rumusan dari Harakahdaily.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan