Carian

Selasa, 9 Februari 2010

Setiap Yang Terjadi Pasti Ada Hikmahnya

Salam perjuangan

Meskipun rakyat Perak menanti sesuatu yang diharapkan dapat mengubah kehidupan mereka, tetapi keinginan itu tidak tercapai kerana ada yang masih tamakkan kuasa ingin kekal sebagai pemerintah yang dinobatkan melalui beberapa siri rampasan yang terancang. Dan ia menampakkan masalah akan makin meruncing tatkala hak rakyat tidak dapat dipulangkan untuk memilih ketuanya sendiri. Kasihan kepada rakyat Perak yang ditindas dan dianggap bodoh kerana menjatuhkan mereka yang telah berkuasa selama 50 tahun dahulu. 'Tak kenang budi'. pasti itu akan muncul dari mulut-mulut mereka yang mengunyah dan menelan harta milik rakyat untuk sekian lamanya


Tahun 2008 telah memberikan satu sinar baru kepada sebuah kerajaan yang telus dan berwibawa dan boleh menjana pendapatan dan membawa perubahan kepada rakyat Perak setelah satu pilihanraya diadakan. Hampir 2 juta rakyat sempat menikmati sedikit dari nikmat pentadbiran baru, suasana masyarakat yang harmoni dan perselisihan pendapat dapat meningkatkan keutuhan persahabatan beberapa buah parti yang mempunyai arah yang sama iaitu menumbangkan sebuah kuasa yang selama ini menindas sebahagian rakyat dan menggemukkan sebahagian orang-orangnya.

Maka dek kerana mungkin keharmonian itu dapat dihidu oleh puak-puak yang kalah dan poket mereka semakin kosong kerana tidak ada lagi duit rakyat yang boleh diambil untuk memberi anak isteri makan, maka satu perancangan dilakukan dengan cuba membeli wakil rakyat yang lemah imannya, maka gugurlah pendirian 2 orang ini dan dianggap kerajaan Perak yang baru sudah rebah dan mereka merampas kerajaan pilihan rakyat dengan begitu rakus seperti serigala yang kelaparan.

Setelah selesai rampasan telah dibuat, tuan kepada serigala-seriagala ini pun mengangkat kaki mengorak langkah untuk meninggalkan kawanan serigala itu makan sekenyang-kenyangnya dan dia sibuk dengan promosi mengglamorkan dirinya dengan inspirasinya yang dianggap baik untuk seluruh rakyat Malaysia. Namun ia semacam menjilat ludah sendiri kerana inspirasinya adalah satu inspirasi yang pernah ditolak pada suatu masa dahulu. Apapun yang dicanangkan olehnya, ia tidak akan menguntungkan rakyat sekalipun mulutnya mengeluarkan kenyataan bahawa ianya untuk seluruh rakyat Malaysia. Zahirnya sahaja menyejukkan, tetapi hatinya penuh dendam kesumat dan kelaparan serta ketamakan yang membuak-buak.

Negeri pasir dua butir menjadi bahan perbualan orang-orang berkepentingan dan pemimpin rakyat bertungkus-lumus mengembelingkan tenaga untuk mengembalikan hak mereka, elaun sebagai wakil rakyat digunakan untuk mendapatkan keadilan untuk rakyat, makan nasi bungkus, meneguk air sejuk dan duduk bersama rakyat jelata.

Jentera kerajaan digunakan untuk menafikan hak rakyat, membawa samseng-samseng masuk ke Dewan Undangan Negeri, mencekik, mengheret seumpama mafia, polis-polis sudah hilang maruah kerana dikerah untuk mengawal kerja-kerja jahat mereka. Namun, pemimpin-pemimpin yang dinafikan hak mereka itu tidak berputus asa dan terus berusaha. Kecekalan dan ketabahan itu menjadi role model yang terbaik yang saya boleh berikan meskipun salah seorangnya kemalangan, tetapi semangatnya tidak pernah luntur sedikit pun.

Kerajaan Malaysia dirundung malang dengan kehadiran pemimpin-pemimpin yang tamakkan harta, hanyut di dalam kekuasaan. Maka rasuah menjadi-jadi, khazanah negara dirompak, inventori ketenteraan dijadikan seperti sebuah kedai gula-gula dan persenjataan boleh dijadikan bisnes 'atas angin' oleh sesetengah pihak sehingga melibatkan negara luar. Yang hairannya, yang dituduh terlibat itu adalah beberapa tentera bawahan. Nampak benarlah ia merupakan kerja-kerja orang atasan. Kerugian yang melampau di dalam perbelanjaan negara sehingga sanggup membeli pesawat-pesawat pejuang yang statusnya 'besi buruk' dan pesawat tersebut tidak mampu untuk dibawa pulang kerana statusnya itu. Dan rakyat pun diracuni dengan nombor-nombor yang direka-reka oleh mereka dengan mengatakan bahawa ekonomi Malaysia stabil dan kuasa membeli masih ada. Memanglah kuasa membeli rakyat tetap ada kerana corak hidup mereka itu sendiri membentuk cara mereka membeli. Akhlak masyarakat merudum dan ia bertambah parah hari demi hari. Apakah langkah untuk mengatasinya? Hanya kembali kepada Allah adalah penyelesaiannya, rujuk Al-Quran serta Al-Hadith dan mengikuti segala hukum-hakam-Nya dan bukan meletakkan naskah Al-Quran ditempat teratas semata-mata, bukan dengan bertilawah sahaja, bukan sekadar berjumpa dengan Ulama serta Umara' sahaja.

Keadaan di Perak bertambah teruk sehingga pelabur makin takut untuk melabur kerana kerakusan mereka-mereka ini lebih dasyat dari ulat yang mengerumuni bangkai yang busuk. Maka perjuangan tidak berakhir setelah dirampas kuasa mereka. Wakil pilihan rakyat menjalankan tugas mereka seperti sebuah kerajaan, menjaga kebajikan dengan sekadar yang ada kemampuan serta sokongan moral dan kewangan dari rakan seperjuangan.

Demokrasi semakin punah dirobek-robek dan diperkosa hari demi hari dan ia semakin nampak selepas keputusan penghakiman siapakah Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menguntungkan rakyat. Ada yang berpendapat bahawa Barisan Nasional boleh memperbetulkan keadaan tetapi sejarah membuktikan bahawa Barisan Nasional terutama UMNO sendiri bukan seperti yang disangkakan. Mereka berniaga dengan rakyat untuk sekian lama, mengaut keuntungan Petronas yang sepatutnya sebahagian kecil perlu dibayar kepada negeri-negeri pengeluar mengikut peratusan tertentu seperti yang telah termaktub di dalam perjanjian yang dimerterai, dan melakukan banyak lagi kelakuan sumbang yang ditutup dengan perkara-perkara yang manis-manis belaka. Ia umpama menutup tahi dengan daun, zahirnya tidak kelihatan, tetapi baunya menusuk hidung yang terhidunya.

Adakah UMNO membela nasib orang melayu seperti yang digembar-gemburkan oleh pemimpinnya. Apa yang orang UMNO dapat dengan menyokong UMNO. Mungkin sekali-sekala mendapat bantuan, itu pun tiba musim pilihanraya, tujuannya untuk memancing undi. Apakah orang UMNO tidak sedar mereka sebahagiannya mengundi orang-orang yang akan menindas mereka semula setelah memperoleh kemenangan. Semua urusan rakyat memerlukan pengaruh politik, kabel kena kuat, barulah boleh memperoleh sebarang projek. Itulah amalan UMNO selama ini. Apabila konsep tender terbuka dilakukan oleh kerajaan-kerajaan teraju Pakatan Rakyat, sebahagian permohonan terpaksa ditolak, bukan kerana mereka tidak sokong PR tetapi mereka yang ditolak permohonannya tidak mempunyai tahap kelayakan yang diperlukan, tidak berkemampuan dan tidak memenuhi standard yang ditetapkan.

Kes penghakiman yang nampak berat sebelah mengenai penentuan siapa menteri besar Perak yang sah mungkin ada hikmahnya tersendiri. Mungkih Allah hendak uji lagi pemimpin-pemimpin berjiwa rakyat ini dengan ujian yang dasyat sebelum diberi kemenangan yang mutlak. UMNO-BN tidak perlu rasa selesa dengan keputusan itu malah, mereka perlu melihat kerja serta perlakuan mereka, sikap masing-masing kerana mereka diisytihar oleh mahkamah bukan rakyat sendiri. Mungkin ada rakyat berpendapat, 'hendak yang lama juga','BN sudah lama memerintah', ungkapan-ungkapan ini kebanyakannya datang dari orang-orang kampung. Mereka tidak boleh dipersalahkan kerana mereka sudah diracuni pemikiran mereka lebih dari 50 tahun dahulu oleh penjajah luar negara dan dalam negara (BN). Mereka hidup dalam ketakutan kerana sering diugut dengan dibuang kerja, ditukarkan tempat kerja, Akta Keselamatan Dalam Negeri, peristiwa 13 Mei 1969, cina dan india itu pendatang, tanah ini adalah milik orang Melayu. Siapa yang menggadai tanah Melayu? Siapakah yang meminggirkan Melayu di Pulau Pinang? Siapakah yang menggadaikan tanah kepada Singapura? Orang itulah yang sedang berkuasa sekarang.

UMNO tidak boleh dibawa ke meja  rundingan, kerana kemusnahan kebanyakan berpunca dari mereka sendiri. Jangan katakan masyarakat sering nampak kesilapan sahaja, tetapi tidak kepada apa yang UMNO lakukan untuk kebaikan. Sememangnya setakat ini, UMNO lebih banyak membawa keburukan kepada dirinya sendiri dan merosakkan dasarnya sendiri, melanggar undang-undang ciptaannya sendiri dan penyokong-penyokong UMNO tidak perlu lagi berpura-pura dengan apa yang berlaku disekitar mereka.

Hikmah kelewatan kemenangan untuk rakyat merupakan satu ujian kerana di Perak, persahabatan, permuafakatan bersama parti-parti di dalam PR sangat didengki oleh UMNO-BN. UMNO tidak suka PAS bergaul dengan cina-cina dari DAP dan dengan rakan-rakan reformis dari PKR kerana ditanam di dalam lubuk hati ahli-ahli, penyokong-penyokong UMNO perasaan benci kepada bangsa-bangsa lain selain Melayu dan ia tidak boleh dinafikan. Malah modul-modul ceramah BTN sekalipun diterapkan dengan perkara sebegitu rupa. Mungkin saya akan mengulas mengenai di dalam posting yang lain.

Meskipun rakyat sudah kalah di mahkamah, tetapi rakyat sudah menang 1-0 dengan BN.

KEMBALI HAK MEMILIH RAKYAT, BUBAR DUN PERAK
HIDUP RAKYAT, HIDUP PAKATAN RAKYAT

3 ulasan:

  1. Salam tuan.. kita mesti melihat dan menilai dan juga menghakimi dengan telus dan adil. Jgn lontarkan sudut pandang dari satu pihak saja. DS Nizar sebelum ini juga tidak memperjuangkan melayu. Dimana sahaja beliau pergi pasti ada 2 orang KOMUNIS Ngeh Koo Ham dan Nga Hor Ming, (Kalau betulla nama nya tu) mengapit beliau... Apa yang dikesalkan DS Nizar seolah-olah menjadi boneka kepada mereka berdua. Beginilah, sebenarnya pada 2008, Pakatan menang bukanlah kerana mereka kuat, tetapi kerana BN yang Lemah dan Rakyat Membenci Pak Lah dan Menantunya... pada waktu itu kalau letak banduan sekali pun asal menggunakan logo Bulan, Roket atau pun Bulan Sabit pasti akan menang. Dan Tuan perlu ingat bahawa di Perak, Melayu telah TUMPAS DI TANGAN DAP... DAP yang menang besar. DS Nizar menjadi MB kerana Undang2 Tubuh Negeri yang mensyaratkan MB Mestilah Melayu. Beginilah tuan, tuan buka mata dan berkunjung lah ke Pulau Pinang. KM Melaka yang selama ini menjadi jaguh kampung kerana kebolehannya melaungkan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar kini memijak mijak bangsa kita..

    Biar berlainan parti dan ideologi asal jangan tunduk kepada bangsa lain... nntkan huraian saya di www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com.

    Salam Perjuangan.

    CHE Dayat

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas pandangan tersebut.

    Namun begitu, BN bukan sahaja dianggap lemah kerana Tun Abdullah Badawi. Malah BN sendiri melemahkan dirinya dengan sistem yang tidak mengutamakan rakyat. Memang saudara kurang nampak perbezaannya kerana DS Nizar diapit oleh dua orang Cina ini. Masih adakah komunis di negara kita atau ada ideologi penjajahan British yang tidak mempercayai orang lain.

    Bangga dengan bangsa sendiri bukan jadi satu kesalahan malah itulah asal usul kita. Melayu bangga dengan Melayunya, Cina bangga dengan Cina dan begitu juga dengan bangsa yang lain serta tidak sesiapa pun yang ingin menukar bangsanya ke Melayu meskipun dia adalah seorang yang telah memeluk Islam

    Persoalan memperjuangkan bangsa tidak timbul kerana perubahan yang dilakukan baru memakan masa 2 tahun, bagi negeri-negeri di bawah pentadbiran PR dan PR memerlukan tempoh yang hampir sama lama dengan tempoh BN memerintah sebelum ini dan pada masa itu, barulah BN boleh menilai gabungan selain dari BN boleh memerintah negara atau tidak. Pada saya, tidak menjadi kesalahan untuk duduk semeja dengan bangsa-bangsa yang lain untuk memperjuangkan nasib rakyat.

    Mungkin ada isu mengenai kes di Pulau Pinang mengenai perobohan warung milik Melayu. Adakah semua yang terlibat adalah bangsa Melayu? Ada bangsa lain juga terlibat termasuk bangsa mereka sendiri. Tidak hairanlah juga, kerana mereka-mereka ini berniaga tanpa lesen dan masalah-masalah lain. Dan isu ini dipolitikkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan menampakkan 'bias' dalam menyebarkan maklumat kerana 'tak boleh cari makan','poket tak masyuk'.

    Yes, diakui BN sudah memerintah negara untuk tempoh yang terlampau lama, masakan tidak, sebahagian masalah rakyat diselesaikan dengan cara mengugut rakyat itu sendiri dengan undang-undang yang tidak munasabah dan dimomok dengan perkara yang bukan-bukan.

    Berbincang, bersatu dan bermuafakat bukan bermakna jatuh martabat sesuatu bangsa tersebut. Tidak akan berlaku sama sekali, tetapi bangsa itu akan terkebelakang kerana mereka tidak mahu bergaul dengan bangsa lain.

    Mungkin tuan hamba rasa perbezaan kerajaan dulu dan sekarang. Mungkin tuan boleh luangkan masa mengikuti sebarang program anjuran kerajaan negeri yang baru dan boleh lihat sendiri cara pentadbiran mereka. Jangan tengok di kaca TV, baca dari akhbar perdana, hadirkan diri dan
    lihat sama ada mereka ini sama sahaja dengan kerajaan yang lama atau tidak. Pulau Pinang tidak ada masalah kerana sebelum ini juga yang memerintah adalah dari bangsa yang sama.

    Saya memahami maksud pendapat KM Pulau Pinang yang menyatakan bahawa 'jika anda ingin memperoleh sesuatu (kejayaan, kekayaan, kesenangan)seperti mana orang lain dapat, anda perlu berusaha bersungguh-sungguh dengan cara yang betul. Kabel politik tidak diperlukan untuk perkara-perkara peribadi atau umum (projek, dsb)'. Dan kesimpulan dari itu, jika keupayaan atau pencapaian belum mencapai tahap yang sepatutnya, bersainglah dan berjuanglah untuk memperolehinya. Dan sesiapa pun akan mengecapi kejayaan.

    Mungkin kita akan bincang di dalam posting yang akan datang

    BalasPadam
  3. Salam Tuan, terima kasih atas respons tuan. Memang saya akui Kerajaan BN memang tidaklah sempurna.. Tetapi adakah kita sampai kebuluran dibawah kerajaan BN? saya rasa tidak. malahj terlebih makan lagi ada la.. dari segi pendidikan pula, kita telah menikmati faedah yang banyak daripada UMNO sendiri.. Saudara fikir, dari mana tubuhnya UiTM? UiTM ditubuhkan kerana usul dari perhimpunan agung UMNO yang mahukan satu institusi yang boleh membantu bumiputera untuk berdaya saing dgn bangsa lain. Ya, mmg lah secara natijahnya ideologi Komunis sudah tidak ada lagi di Malaysia ini. Tp tuan kena kaji balik sejarah, Dari Mana asalnya Parti DAP ini? saya tidak mahu menghurai dengan panjang berkenaan ini tp tuan bolehlah jalankan kajian sendiri. Pekerjaan di sektor awam juga sebenarnya lebih mengutamakan kaum melayu dan bumiputera. Tuan juga perlu tgk, senarai jutawan-jutawan di negara ini juga terdiri dari kaum mana? jadi mana yang kata BN ni zalim? Bantuan-bantuan dari kerajaan juga tidak pernah putus selama ini. Orang miskin dan susah di negara ini adalah kerana sifat mereka sendiri yang tidak tahu mengenang budi dan juga pemalas. saya tahu kerana mutakhir ini saya byk terlibat secara langsung didalam program pembasmian kemiskinan di Kedah. Persoalan besarnya sekarang, saya tidak faham kenapa PAS sungguh-sungguh membenci UMNO iaitu daripada bangsa dan agama yang sama tetapi sanggup bersekongkol dengan Kafir LAKNATULLAH! saya amatlah berharap agar PAS dan UMNO ini boleh bersatu dan memperjuangkan nasib Ugama dan Bangsa kita...

    Sehingga bertemu di posting yang lain...

    Wassalam

    BalasPadam