Carian

Jumaat, 5 Mac 2010

Ahli Parlimen Bagan Serai: Ada Udang Disebalik Mee

 
YB Mohsin. Adakah kenyataan itu dari isi hatinya atau penyelesaian untuk mengelak dari memikul tanggungjawab?  Ada yang tidak kena dengan pengapitnya itu.

Pasti ada agenda lain yang dibawa oleh Ahli Parlimen Bagan Serai yang telah mengisytiharkan bahawa beliau meletakkan jawatan-jawatan di dalam PKR tetapi mengekalkan sebagai seorang ahli parlimen Malaysia. Berdasarkan pemerhatian sidang media yang diiring oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim, teks kenyataan tersebut agak meragukan. Aduan banyak diterima dan disuarakan mengenai ahli parlimen yang mengambil sikap acuh tak acuh di dalam menjalankan kewajipannya dan masalah peribadi memungkinkan tindakan sebegini rupa timbul. Beliau mengambil jalan mempertahankan diri dengan tidak mahu menjawab persoalan dan urusan tersebut diambil alih oleh bekas setiausaha agung PKR berdasarkan teks yang dibacakan.


Malanglah buat pengundi-pengundi beliau, jentera pilihanraya yang disusun khas untuk beliau dan amanah yang Allah berikan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ahli parlimen dicemari dengan tindakan yang boleh dianggap mengkhianati amanah. Pihak lawan akan bertepuk tangan dengan kelakuannya kerana beliau sudah berjaya digugurkan dari senarai musuh mereka dan pihak kerajaan telah berjaya mengurangkan ahli parlimen yang berpayung di bawah gabungan Pakatan Rakyat.

Hutang dan kekecewaan untuk memperoleh sesuatu yang bersifat materialistik untuk faedah diri sendiri merupakan antara faktor yang boleh diambil kira di dalam mereka berpaling tadah untuk menjadi ahli bebas dan mesra Barisan Nasional. Selain dari ahli parlimen juga, ada juga dari kalangan pimpinan negeri bertindak seperti YB Mohsin, iaitu keluar dari PKR.

Antaranya bekas TKM Pulau Pinang, Ahli Parlimen Bayan Baru dan Ahli Parlimen Nibong Tebal. Pemikiran politik sempit, materialistik, mementingkan diri dan masalah kewangan membuatkan mereka hilang arah untuk menyelesaikan kemelut yang dicetuskan oleh diri sendiri.

Sejarah telah membuktikan bahawa dikalangan umat Islam, ada golongan yang betul-betul beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan satu golongan lagi merupakan orang yang suka bermuka-muka atau berpura-pura iaitu golongan munafik. Golongan yang kedua adalah musuh dalam selimut yang paling merbahaya berbanding musuh-musuh yang lain. Golongan ini tidak mahu dan tidak suka Islam ditegakkan bahkan suka memporak-porandakan umat Islam demi kepentingan mereka sendiri. Mereka suka melaungkan slogan-slogan yang baik di mata kasar dan dalam masa yang sama menghasut untuk menentang segala tuntutan agama Islam itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan