Carian

Selasa, 2 Mac 2010

Kehidupan Seorang Pemimpin Bernama Mahmoud Ahmadinejad

Ini merupakan antara contoh terbaik yang wajar diikuti oleh ahli-ahli politik kita. Kehidupan yang sederhana dan ringkas membuatkan pemimpin ini digeruni dan disegani dimata dunia. Beliau ialah Presiden Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad

Dipetik dari temubual di antara Fox News TV dan Presiden Mahmoud, beliau ditanya; "Apabila anda melihat cermin diwaktu pagi, apa yang akan anda katakan pada diri anda?". Beliau menjawab "Saya nampak orang di dalam cermin dan berkata padanya, Ingat! awak tidak lebih dari seorang hamba, di depan kamu menanti tanggungjawab yang berat, iaitu memberi khidmat kepada seluruh rakyat Iran"



Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran yang telah mengejutkan ramai orang ketika beliau pertama kali menjejakkan kaki ke pejabat Presiden iaitu seluruh mendernakan karpet Iran yang berharga di pejabat beliau kepada sebuah masjid di Tehran dan menukarkannya dengan karpet yang biasa dan murah. Beliau melihat bahawa terlalu banyak pembaziran di dalam menyambut orang-orang kenamaan  dengan bilik yang mewah dan beliau mengarahkan ia ditutup dan diperintahkah supaya sebuah bilik yang biasa disediakan untuk menyambut orang-orang kenamaan termasuk kerusi kayu yang digunakan. Kadangkala, beliau akan bersama-sama dengan tukang cuci perbandaran semasa membersihkan jalan berdekatan dengan rumahnya dan pejabat Presiden terletak.


Dengan kuasa yang ada, apabila beliau melantik seseorang itu menjadi menteri, menteri tersebut akan menerima dokumen perlantikan dengan beberapa penekanan. Antaranya adalah menteri tersebut mesti kekal seperti biasa, akaun persendirian serta saudaranya akan dipantau dan apabila seseorang menteri itu meninggalkan kementeriannya, mesti dengan keadaan bermaruah, bebas rasuah dll. Dan ini bermakna tidak ada di antara menteri dan orang-orangnya mengambil kesempatan terhadap kuasa yang diberikan.

Mahmoud Ahmadinejad dilahirkan pada 28 Oktober 1956.Beliau merupakan presiden ke-6 Republik Islam Iran. Beliau diangkat menjadi presiden pada 6 Ogos 2005 selepas memenangi pilihanraya presiden. Sebelum diisytiharkan sebagai presiden, beliau merupakan datuk bandar Tehran Perkara pertama yang beliau lakukan ialah dengan mengisytiharkan hartanya iaitu kereta jenama Peugeot 504, keluaran 1977, sebuah rumah peninggalan bapanya 40 tahun dahulu yang terletak di kawasan penduduk yang termiskin di Tehran. Akaun beliau tidak mempunyai baki dan duit yang diterima adalah merupakan duit gaji beliau sebagai seorang pensyarah di universiti dengan nilai 250 US Dollar sahaja.

Untuk makluman pembaca, presiden tinggal di rumah asalnya. Inilah yang dimilikinya, seorang presiden sebuah negara terkenal di dunia dari segi strateginya, ekonominya, politiknya, minyak dan pertahanannya. Beliau tidak mahu menerima gajinya sebagai seorang presiden kerana bagi beliau, semua kekayaan merupakan hak kepunyaan rakyat jelata dan beliau yang diberikan amanah untuk menjaganya. Satu lagi perkara yang dikagumi oleh staf di pejabat presiden adalah beg bimbit beliau. Beg beliau yang diusung setiap hari mengandungi bekal makanan beliau untuk sarapan pagi, roti sandwic atau roti dengan minyak zaitun serta keju yang telah disediakan oleh isterinya dan beliau menikmatinya dengan gembira. Beliau juga memberhentikan sebarang penyediaan makanan khas untuk presiden.

Dalam hal pengangkutan rasmi beliau terutamanya melalui udara, beliau menukarkan pesawat khas presiden menjadi pesawat kargo untuk menjimatkan perbelanjaan negara dan beliau memilih untuk terbang dengan kemudahan udara awam di kelas ekonomi.

Beliau sentiasa mengadakan mesyuarat bersama para menteri untuk mengetahui aktiviti dan keberkesanan dan beliau juga menutup pejabat pengurusan di pejabat presiden yang bertujuan supaya para menteri boleh keluar dan masuk ke pejabatnya tanpa apa kebenaran. Beliau juga memberhentikan upacara menyambut dengan permaidani merah, sesi bergambar atau apa-apa yang bersifat untuk mempromosi diri atau penghormatan di dalam program turun padang di dalam negara.


Apabila beliau tinggal di hotel-hotel, beliau akan memastikan supaya beliau tidak diberikan bilik yang besar dengan katil yang empuk kerana beliau tidak gemar tidur di atas katil dan lebih suka tidur di lantai dengan berlapikkan tilam biasa serta selimut. Dan ia dibuktikan dengan presiden Iran ini tidur di ruangtamu rumahnya setelah diiringi oleh para pengawalnya melalui gambar yang di ambil oleh adiknya berdasarkan berita yang disiarkan oleh suratkhabar Wifaq dan ia tersebar meluas sehingga ke Amerika.

Ketika solat, beliau tidak duduk di saf pertama bahkan beliau menjamu selera di ruang yang serba ringkas.



4 ulasan:

  1. uiks...aku baru sedar kewujudan blog ni...;)

    BalasPadam
  2. terima kasih, boleh la kita berkongsi maklumat lepas nih...

    BalasPadam
  3. Benar sheikh.. SEMUA pemimpin2 kita patut mencontohi beliau... Sederhana, Berprinsip Tegas...

    BalasPadam