Carian

Jumaat, 31 Disember 2010

4 jenis manusia yang duduk di atas muka bumi

حَدِيثُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ حِكْمَةً فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَ 

رواه البخارى

Maksud Hadith:
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”

 
(al-Bukhari)




Keterangan:
 
Golongan Pertama
Seorang hamba Allah yang dikurniakan rezeki dengan harta kekayaan dan ilmu pengetahuan. Ia gunakan harta itu sebagai wasilah untuk bertakwa kepada Allah dan membantu kaum kerabat serta membuat kebajikan. Golongan ini yang paling tinggi tingkatannya dan terpuji kedudukannya di sisi Allah SWT.

Golongan Kedua
Seorang hamba Allah yang dikurniakan ilmu pengetahuan tetapi tidak memiliki harta kekayaan namun disudut hatinya tersemat niat dan tekad : Jika aku diberi harta kekayaan pasti aku lakukan seperti orang kaya seperti golongan yang pertama. Ia mendapat pahala kerana niat sucinya sama seperti orang kaya yang pemurah.

Golongan Ketiga
Seorang yang dikurniakan harta kekayaan tetapi tidak berilmu (jahil mengenai ilmu agama, tetapi hebat dengan ilmu yang lain). Harta kekayaan digunakan bukan untuk kebajikan, bertakwa kepada Allah, bukan untuk membantu kaum kerabat dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah. Orang ini seburuk-buruk dan sekeji-keji manusia.

Golongan Keempat
Seorang yang tidak dikurniakan oleh Allah harta kekayaan dan ilmu tetapi tertanam dalam sanubarinya jika aku memiliki harta akan aku lakukan seperti sikaya (pentingkan diri, tidak bertakwa dan bermewah). Kedua-dua golongan ini sama dosanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan