Carian

Rabu, 21 Disember 2011

Dakwat kekal: Perkasa bagai budak hingusan

Dakwat kekal: Perkasa bagai budak hingusan

PARIT BUNTAR, 21 Dis: Umno dan NGOnya umpama budak hingusan yang tidak sedar hingusnya meleleh berhubung penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Bagi Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim, isu dakwat kekal itu telah mencetuskan pelbagai kisah yang menarik dan tidak kurang juga yang melucukan, telah membuatkan Umno hilang kewarasannya.

Selain itu, katanya NGO tegar Umno, Perkasa yang mana tindakan mereka telah menjelaskan betapa mereka hilang akal apabila timbul ura-ura Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menggunakan dakwat kekal pada PRU 13 tidak lama lagi.

Perkasa memberi amaran, tindakan SPR mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang akan menyebabkan orang Melayu tidak keluar mengundi dan akan membawa negara ke belakang.

“Sebenarnya langkah itu seiring dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya,” kata Khalil dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, pelbagai alasan yang langsung tidak kukuh dikemukakan oleh mereka kononnya bertujuan untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakyat.

“Umno BN dalam hal ini seperti budak hingusan yang tidak sedar hingusnya meleleh,” ujarnya sinis.

Rakyat ternanti-nanti, ujarnya bilakah agaknya kerajaan mahu mengorak langkah untuk ke arah perubahan, walaupun cuma satu harapan iaitu pelaksanaan dakwat kekal.

Menurutnya lagi, negara-negara yang lebih ‘hebat’ suasana sosiologinya seperti di beberapa negara di Timur Tengah dan Asia Tenggara telah pun menggunakan dakwat kekal dalam proses pilihan raya mereka.

Namun, ujarnya apabila sampai kepada batang hidung kumpulan pro Umno, penggunaannya terus dikatakan ketinggalan zaman, alasannya pula tidak dihuraikan lanjut secara hujah yang bernas.

Baru-baru ini, katanya blogger tegar Umno yang dikatakan ‘kebal’ perundangan, iaitu papagomo telah menerbitkan satu video mengenai tutorial menghilangkan palitan dakwat kekal di jari sebagai satu lagi usaha Umno menimbulkan keraguan rakyat.

“Saya katakan begitu kerana ia dirakam secara potong-potong dan edit semula sebagaimana yang dikatakan lima minit itu, mungkin juga dakwat itu telah dicampur dengan bahan lain yang boleh menghilangkan keasliannya, jika tulisan dalam blognya boleh dicampur dengan unsur fitnah, inikan pula dakwat miliknya, sudah pasti amat mudah dicampur dengan unsur lain,” katanya lagi.

Baginya, Umno sejak tahun 90-an lagi, sememangnya telah menjadi ejen pembunuh harapan rakyat, justeru ‘pembunuh’ sebegini perlu ditukar segera demi menjaga kestabilan negara yang tercinta ini.

Tegasnya, Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa harapan rakyat tidak mati begitu sahaja, buktinya boleh dilihat di empat buah negeri yang ditadbir Pakatan.

“Ini komitmen yang perlu dinilai seadilnya, saya boleh gambarkan betapa Malaysia boleh cemerlang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Jumaat, 9 Disember 2011

Renungan Untuk Semua

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…"

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? 

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak? 

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama
Islam.

"Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan
terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan
permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana
kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan
dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas?
Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah
dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas
mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri
kamu."

Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur..
Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)

Hanya sekadar renungan….  


--
NUR IKHSAN SEFIAN
Malaysia

Sabtu, 5 November 2011

Eidul Adha: Pengorbanan Kerana Allah

From Evernote:

Eidul Adha: Pengorbanan Kerana Allah

Labbaikallahummalabbaik, labbaikala syarikalakalabbaik, takbir dan tahmid memuji kebesaran Allah Yang Maha Esa berkumandang sejak pagi tadi jikalau mengikut pergerakan jemaah haji untuk berwukuf di Arafah dan selepas Asar bagi amalan kebiasaan umat Islam di nusantara ini. Hari Raya Eidul Adha disambut setahun sekali dan rata-rata umat Islam berlumba-lumba untuk melakukan ibadah korban iaitu menyembelih binatang An'Am. Pengertian korban adalah sangat luas dan tidak hanya mencakupi kepada sembelihan sahaja. Pengorbanan untuk meninggalkan perkara-perkara mungkar dan berhijrah kepada mengtauhidkan Allah serta hukum-Nya. Itu menjadikan seseorang itu lebih baik dimasa mendatang.

Berjuta umat manusia yang berpegang pada aqidah mentauhidkan Allah berpusu-pusu melangkah kaki mendekat diri dan memenuhi tuntutan rukun Islam ke-5 ini di Arafah. Semoga setiap amalan yang dikerjakan akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang setimpal dan mendapat haji yang mabrur bukanlah haji yang malboro, hehe. Ramai orang nak pergi kerana ingin menunaikan atau melepaskan fardhu sahaja. Bukan nak bersungguh-sungguh. Bersungguh-sungguh yang macammana? Iaitu bersungguh-sungguh mengabdikan diri kepada Allah, menyerahkan diri hanya kepada Allah dan mengikut segala yang telah digariskan oleh Allah. Apabila kesungguhan begitu ditampilkan sama ada pergi haji ataupun tidak, maka akan terpancar perubahan didalam diri dan kelakuannya. Ramai yang pergi haji tetapi pulang dengan kesan yang lebih teruk dari yang sebelumnya. Kita tak mahu lah perkara itu terjadi pada diri kita. Itulah pengorbanan yang suci yang dituntut oleh Allah.

Antara pengorbanan yang lain yang dituntut oleh Islam adalah berusaha menegakkan Islam dengan pelbagai cara meskipun ditentang oleh sesiapa sahaja. Islam adalah hak Allah dan kita mesti jaga hak itu dan Islam perlu disebarkan kepada semua tidak kira bangsa, warna kulit atau bahasa. Islam tidak terhad kepada Melayu dan Melayu belum tentu semua Islam. Kita mesti berazam menjaga Islam lebih dari menjaga bangsa sendiri kerana bangsa tidak maju ke hadapan tanpa Islam. Eh, bangsa lain maju je, itu zahir pada mata kepala manusia yang terhad ini, padahal disisi Allah ia tiada makna. Ketaqwaan dan kesungguhan menegakkan Islam lebih berbaloi dan bangsa yang mendokong Islam sebagai teras kehidupan akan lebih maju dari sudut rohani dan jasmani. Islam tidak boleh bergerak jika dibatasi kepada fahaman kebangsaan kerana Islam bersifat universal.

Sempena hari raya haji ini, kita perlu berkorban kerana Allah demi Islam dan kesinambungan setiap insan untuk berjaya di dunia dan akhirat adalah dengan Islam. Jom bersama-sama membersihkn diri kita dari fahaman-fahaman sekularisme dan kembali kepada Islam untuk kepentingan sejagat.

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA 1432H

Rabu, 2 November 2011

[GAMBAR] Sekitar Discourse Series

From Evernote:

[GAMBAR] Sekitar Discourse Series

Perdana Discourse Series. Building A Culture of Innovation in Malaysia: Succeses, Strategies and Challenges

Perdana Discourse Series. Program anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan UiTM merupakan sebuah program tahunan membincangkan topik-toik yang berkaitan dengan dasar-dasar, strategi, dan cabaran semasa. Pada program kali ini topik inovasi menjadi pilihan penganjur. Dan mereka menampilkan beberapa orang panelist dari pelbagai sektor. Program yang dijadualkan bermula jam 8pagi dan akan berakhir sekitar 1.15 petang. Untuk liputan lanjut akan menyusul kemudian.

--
NUR IKHSAN SEFIAN
Malaysia

Isnin, 31 Oktober 2011

[VIDEO] Koleksi Kuliah Tafsir Ramadhan 1432H



Assalamualaikum WBT, dan selamat bersua kembali. Kepada pendengar kuliah agama, saluran Duniaku Malaysia di Youtube sudah memuat naik satu koleksi kuliah tafsir Ramadhan berkenaan Surah Al-Ankabut. Kupasan demi kupasan dibuat oleh Al-Fadhil Ustaz Jamaluddin Ahmad beserta dengan contoh-contoh semasa yang boleh diaplikasikan didalam kehidupan seharian kita yang semakin mencabar. Para pembaca sekalian, koleksi kali ini merupakan koleksi lengkap hasil rakaman dari mula sehingga akhir dan para pendengar boleh membuka lembaran surah berkenaan untuk rujukan. Namun begitu, suka diingatkan, video-video ini dibahagikan mengikut masa 30 minit maksima bagi setiap sesi kuliah. Ini bermakna sebagai contoh, 1 jam 30 minit kuliah akan dibahagikan kepada tiga bahagian (part). Keseluruhan koleksi ini mempunyai 21 siri. Saya berharap para pembaca dan pendengar sekalian dapat menimba sedikit ilmu dari usaha saya yang tak seberapa ini. Untuk koleksi penuh didalam bentuk DVD (11 DVD), sila berhubung dengan saya di nurikhsan2002@gmail.com

Sekian, dan jumpa lagi

Selasa, 6 September 2011

Jerebu mula melanda Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR, 6 Sept - Suasana menjadi panas dan mendung di Kuala Kangsar petang tadi kerana asap tebal menyelubungi keseluruhan bandar ini. Keadaan yang bertukar secara tiba-tiba ini mengundang implikasi yang kurang baik kepada persekitaran. Ruang udara diliputi asap dan kurang menyenangkan kepada sesiapa yang menghidapi masalah pernafasan.

Galeri Sultan Azlan Shah, Asap menyukarkan pemandangan

Isnin, 5 September 2011

Duniaku Malaysia sedang mengalami pengubahsuaian.

Pengubahsuaian sedang dilakukan untuk memberikan satu suasana yang lebih menarik dan selesa untuk pengunjung melayari blog ini.

Harap maaf diatas sebarang kesulitan

Sabtu, 3 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Duniaku Malaysia


Assalamualaikum WBT kepada semua pengunjung yang budiman. Selamat Hari Raya diucapkan meskipun hari lebaran sudah berlalu 5 hari dan hari ni merupakan hari ke-6. Namun begitu kehangatan masih terasa kepada yang akan masuk bekerja pada esok hari dengan juadah raya dibawa bersama ke pejabat dan dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Mengikut perancangan asal saya kan memenuhkan blog ni namu begitu apakan daya, tugasan untuk menyampaikan risalah dan info terbaru melalui video membatasi segalanya. Para pengunjung yang dihormati sekalian, saya, sepanjang Ramadhan 1432H menjalankan aktiviti merakam Kuliah Tafsir dan Tazkirah Ramadhan untuk tatapan orang ramai yang tidak dapat berkunjung di Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar, Perak pabila Ramadhan 1432H bertamu selama sebulan lamanya. Kuliah Tafsir yang dibawa oleh Al-Fadhil Ustaz Jamaluddin Ahmad yang merupakan pengerusi Badan Khidmat Masyarakat At-Toif, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak berkenaan dengan Surah Al-Ankabut yang membawa erti Labah-Labah. Surah ini membawa peserta kuliah mendalami banyak ilmu mengenai ujian terhadap iman seseorang, perjuangan nabi-nabi, dan beberapa aspek yang lain. Untuk Tazkirah sepanjang Ramadhan 1432H, Masjid Ridzuaniah mengadakan majlis ilmu sejurus selepas para jemaah menunaikan solat sunat terawih 8 rakaat. Para ustaz jemputan menyampaikan tazkirah mereka dengan pelbagai tajuk yang relevan dan terkini dengan info semasa di dalam dan luar negara. Para pengunjung boleh mengikuti rakaman tersebut di Saluran Duniaku Malaysia di Youtube http://www.youtube.com/nurikhsan2002, selamat menimba ilmu diucapkan. Akhir kalam, saya mohon maaf jika ada sebarang salah dan silap kepada seluruh pengunjung sekalian dan jumpa lagi....

Wassalam
نور احسان, ماليزيا

Isnin, 8 Ogos 2011

Kuliah Tafsir - Hari Pertama - Part 1.rmvb


KULIAH TAFSIR RAMADHAN 1432H - 1 RAMADHAN 1432H

VIEW PLAYLIST DI SALURAN http://www.youtube.com/nurikhs​an2002">DUNIAKU MALAYSIA

Isnin, 25 Julai 2011

HMS ABU BAKAR: OH TUHAN SELAMATKAN PALESTIN

HMS ABU BAKAR: OH TUHAN SELAMATKAN PALESTIN:

Palestin
Terkenal namamu
Sejak dulu
Tempat nabi-nabi berjuang
Ada yang terbilang
Semangat juang
Tak pernah hilang
Tanah pejuang-pej..."

Jumaat, 27 Mei 2011

Cinta Yang Agung, Cinta Kepada Allah

Kuliah maghrib bersama Ustaz Khairul a.k.a Ustaz Budak Besar dari Besut, Terengganu
MASJID RIDZWANIAH, KUALA KANGSAR, PERAK
26 Mei 2011

Malam ini pertama kali nak mula blogging kuliah maghrib dengan kelengkapan baru. InsyaAllah, aku boleh memperoleh sesuatu dari kurniaan nikmat yang tidak terhingga ini.

Hari ni adalah hari pertama aku mendengar kuliah Ustaz Khairul, orang selalu panggil dia Ustaz Budak Besar sebab tubuh badan yang tinggi lampai dan besar. Kali ini beliau membawa sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang berbunyi:-

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "إن الله قال: من عادى لي ولياً فقد آذنته بالحرب. وما تقرب إلى عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه. وما يزال عبدي يتقرب إليَّ بالنوافل حتى أحبه. فإذا أحببته كنت سمعه الذي يسمع به، وبصره الذي يبصر به، ويده التي يبطش بها، ورجله التي يمشي بها. ولئن سألني لأعطينه، ولئن استعاذني لأعيذنه. وما ترددت عن شيء أنا فاعله ترددي عن قبض نفس المؤمن: يكره الموت، وأكره مساءته. ولا بد له منه" رواه البخاري.

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman : Sesiapa yang memusuhi wali-wali-Ku sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang ke atasnya. Dan tidaklah seseorang hamba itu menghampirkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Ku cintai melainkan dengan apa yang telah Aku fardhukan ke atasnya, berterusanlah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada mu dengan mengerjakan (amalan-amalan) nawafil hinggalah Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, Aku adalah penglihatannya yang dengannya ia melihat dan tangannya yang dengannya ia memegang dan kakinya yang dengannya ia berjalan. Dan jika ia meminta dari-Ku, Aku akan mengurniakannya dan jika ia memohon perlindungan dengan-Ku, Aku akan melindunginya."
 
Narrated Abu Huraira: Allah's Apostle said, "Allah said, 'I will declare war against him who shows hostility to a pious worshipper of Mine. And the most beloved things with which My slave comes nearer to Me, is what I have enjoined upon him; and My slave keeps on coming closer to Me through performing Nawafil (praying or doing extra deeds besides what is obligatory) till I love him, so I become his sense of hearing with which he hears, and his sense of sight with which he sees, and his hand with which he grips, and his leg with which he walks; and if he asks Me, I will give him, and if he asks My protection (Refuge), I will protect him; (i.e. give him My Refuge) and I do not hesitate to do anything as I hesitate to take the soul of the believer, for he hates death, and I hate to disappoint him." (Book #76, Hadith #509)

Ahad, 22 Mei 2011

[Hadith] Perumpamaan Ilmu

عن ‏ ‏أبي موسى ‏‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏مثل ما بعثني الله به من الهدى والعلم كمثل ‏ ‏الغيث ‏ ‏الكثير أصاب أرضا فكان منها نقية قبلت الماء فأنبتت ‏ ‏الكلأ ‏ ‏والعشب الكثير وكانت منها ‏ ‏أجادب ‏ ‏أمسكت الماء فنفع الله بها الناس فشربوا وسقوا وزرعوا وأصابت منها طائفة أخرى إنما هي ‏ ‏قيعان ‏ ‏لا تمسك ماء ولا تنبت ‏ ‏كلأ ‏ ‏فذلك مثل من فقه في دين الله ونفعه ما بعثني الله به فعلم وعلم ومثل من لم يرفع بذلك رأسا ولم يقبل هدى الله الذي أرسلت به

Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda: Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya.

Narrated Abu Musa: The Prophet said, "The example of guidance and knowledge with which Allah has sent me is like abundant rain falling on the earth, some of which was fertile soil that absorbed rain water and brought forth vegetation and grass in abundance. (And) another portion of it was hard and held the rain water and Allah benefited the people with it and they utilized it for drinking, making their animals drink from it and for irrigation of the land for cultivation. (And) a portion of it was barren which could neither hold the water nor bring forth vegetation (then that land gave no benefits). The first is the example of the person who comprehends Allah's religion and gets benefit (from the knowledge) which Allah has revealed through me (the Prophets and learns and then teaches others. The last example is that of a person who does not care for it and does not take Allah's guidance revealed through me (He is like that barren land.)" (Sahih Bukhari, Book #3, Hadith #79)

Rabu, 11 Mei 2011

Malaikat Maut mengintai kita 70 kali sehari

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

 
Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Selasa, 10 Mei 2011

Kesihatan bukan justifikasi kenaikan harga gula

Afiq Hizami, Pelatih UKM

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Walaupun harga barang dijangkakan turun ekoran kenaikan nilai ringgit namun harga gula dinaikkan yang sudah pasti bakal memberi beban kepada rakyat, terutamanya kepada pejaja warung kecil dan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli (gambar) berkata, kenaikan ini tidak wajar bahkan menolak sama sekali sasarannya untuk menekan agar orang ramai mengurangkan penggunaan gula untuk mengurangkan masalah kesihatan.

"Teori yang mengatakan kenaikkan harga gula boleh mengurangkan masalah kesihatan yang berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan haruslah diterapkan melalui pendidikan dan kefahaman, bukan dengan menaikkan harga gula," jelas beliau yang merupakan bekas pensyarah perubatan bahagian kesihatan awam di Fakuti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau yang juga merupakan Bendahari PAS pusat mengulas mengenai kenaikkan harga gula sebanyak 20 sen menjadi RM 2.30 yang bermula hari ini berbanding dengan harga sebelumnya RM 2.10.

Menurut kerajaan, kenaikan itu sebahagian daripada langkah rasionalisasi, yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta.

Rabu, 4 Mei 2011

Buat Ingatan Kaum Hawa dan Panduan untuk Suami dan Bakal Suami

Gambar dari lakaranhidupku.wokeyh.com
Kepada yang akan atau sudah beristeri, buat info ini sebagai panduan.

Dosa-dosa wanita.....

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .

Selasa, 12 April 2011

Juruterbang helikopter meninggal dunia

Insiden kemalangan yang meragut nyawa seorang juruterbang helikopter kepunyaan Sabah Air tersebar dengan meluas selari dengan kempen pilihanraya negeri Sarawak ke-10. Allahyarham
memandu helikopter jenis Bell 206 milik syarikat tersebut terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari meninggal dunia pada pukul 8.36 malam tadi pada ketinggian 10 kaki.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku mangsa menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Juruterbang, Kapten Sahimi Razali, 38 (gambar), mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Menurut sumber blogger yang lain, jenazah akan dikembumikan di Kota Bharu.
 
 
 
 
 
 

foto zairidinzly


foto themalaysianinsider

Rabu, 6 April 2011

Khamis, 3 Mac 2011

Necmettin Erbakan: Pemimpin Terkenal Pergi Buat Selamanya

Necmettin Erbakan (29 Oktober 1926 – 27 Februari 2011) adalah seorang jurutera Turki, tokoh akademik dan ahli politik terkenal (mengepalai politik). Beliau pernah menjadi Perdana Menteri Turki dari 1996 sehingga 1997 dan merupakan perdana menteri yang Islamik (Turki terkenal dengan Sekularisme yang dibawa oleh Mustafa Kamal Attartuk). Beliau ditekan oleh kuasa tentera untuk meletakkan jawatan perdana menteri and dihalang berpolitik oleh mahkamah perlembagaan Turki.

Pemergian beliau memberikan satu impak kehilangan pemimpin terbilang dikalangan jemaah Islam seluruh dunia. lebih berjuta rakyat Turki membanjiri tengah kota Istanbul untuk memberikan penghormatan terakhir dan solat jenazah selepas bertolak dari Ankara. Majlis yang ringkas dihadiri oleh Presiden Turki, Abdullah Gul dan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Khamis, 3 Februari 2011

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai


恭喜 恭喜, 新年快乐

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbangsa cina, Duniaku Malaysia mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai.

Bersama kita memacu perubahan ke arah Malaysia yang sejahtera. Ubah Sekarang!!!

Muhasabah: Renungkan pada diri sendiri

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? 

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?


Rabu, 2 Februari 2011

Selamatkan Pelajar Malaysia di Mesir

Mesir sedang bergolak kerana rakyatnya bangkit mendesak presidennya meletakkan jawatan. Disebalik kekecohan tersebut, para pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran mereka disana tersepit dan perlukan bantuan. Menurut sumber berita dari Harakahdaily, bantuan makanan dan urusan pemindahan pelajar-pelajar terbabit akan dibuat dengan kadar yang segera. Ini disebabkan ada pihak mengambil kesempatan di dalam kekecohan tersebut dengan merompak dan mengacau pelajar-pelajar ini.

Bagi yang berkemampuan, boleh menghulurkan bantuan disamping yang lain hulurkan doa dan solat hajat semoga pelajar-pelajar ini selamat dan dapat pulang ke tanah air. Menurut sumber yang sama, dimaklumkan bahawa menurut Dr Halimah Ali, Exco Kerajaan Selangor, bantuan akan dihantar dengan 3 buah pesawat TUDM dan pelajar-pelajar ini akan ditempatkan di Kompleks Tabung Haji, Jeddah untuk sementara waktu.

BERSAMA-SAMA KITA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN MEREKA DAN PERLINDUNGAN ALLAH DARIPADA SEBARANG MUSIBAH KE ATAS MEREKA

[Gambar] sekitar majlis bacaan yasin mendoakan keselamatan rakyat Malaysia di Mesir

Selasa, 1 Februari 2011

RON97: Harga Petrol Meningkat 10 sen Lagi

Mengikut sumber-sumber industri. Telah diwar-warkan bahawa harga bahan api bagi jenis RON97 akan meningkat lagi kepada RM 2.50 (peningkatan sebanyak RM 0.10). Kenaikan ini merupakan kali kedua bagi tahun ini yang mana kenaikan sebelum ini adalah sebanyak 10 sen juga dari RM 2.30 seliter kepada RM 2.40. Seperti lazimnya, kenaikan ini kononnya tidak akan memberikan sebarang impak kenaikan terhadap harga-harga barangan seharian di Malaysia. Namun begitu, kebanyakan senario semasa menunjukkan perkara yang sebaliknya.

Diharapkan bahawa kenaikan ini tidak akan berkekalan dan mengelakkan dari sebarang tindakan untuk mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dikalangan para peniaga. Menurut sumber berita dari Bernama, dilaporkan bahawa, kenaikan ini dikatakan berpunca dari kenaikan harga minyak mentah dari USD$ 100 kepada USD$ 105 setong. Kaedah penentuan harga RON97 berpandukan kepada harga minyak semasa.

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan

1 Februari 2011. Hari ini merupakan Hari Wilayah Persekutuan bagi tiga wilayah persekutuan yang berada di dalam senarai negeri-negeri di Malaysia. Wilayah Persekutuan tersebut adalah:
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.

Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam kontinjen tunggal Wilayah Persekutuan. (ms.wikipedia.org)


Jumaat, 21 Januari 2011

Al-Fatihah: ADUN Merlimau meninggal dunia

Sumber: Cina Islam
Al-Fatihah buat Almarhum Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 55 (Gambar) yang telah kembali keRahmatullah pada 8.10 malam tadi dan salam takziah kepada seluruh keluarga beliau.

Menurut sumber dari blogger Cina Islam, Almarhum dimasukkan ke Hospital Putra, Melaka pada 13 Januari yang lalu bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri jantung yang tersumbat. Jenazah beliau diiring pulang oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ke Kampung Tersusun Lipat Kajang, Merlimau
 
Menurut sumber yang sama, kematian beliau disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu Radhuana Salleh.
 
Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.
KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengiringi jenazah ADUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 55, dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Tersusun Lipat Kajang, Merlimau. - BHFoto Rasul Azli Samad/Jan 20, 2011 10:50 pm

Ahad, 16 Januari 2011

Menangkan Calon Kita

HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011


I

Bila ada kekosongan kerusi
Di Dewan Undangan Negeri
Di Dewan Rakyat
Disebabkan kematian
Akan ada pemilihan
Ada rezeki limpahan
Daripada pihak gerombolan
Hilang punca jalan
Jalan perkauman sempit
Dibiarkan budaya rempit
Suruh bersatu bila tersepit
Gelak ketawa jin aprit
Pengikut-pengikutnya dapat duit
Tiba-tiba orang di DUN Tenang
Suasana sudah tak tenang
Berkeliaran beruang-beruang
Beredar wang
O.K.U berkesempatan dapat wang
Syaratnya teruskan temberang
"Ketuanan Melayu" dah goyang
Ramai melahirkan anak-anak gampang
Khurafat dihidupkan semula
Menaikkan tiang seri dilakukan oleh Dato Seri
Dipamerkan
Di surat-surat khabar harian
Bila isu ancak ditimbulkan
Ada pembelaan
Daripada orang besar jawatan agama
Dengan khurafat sanggup bekerjasama
Tujuan menjaga nama
Orang kesayangannya
Ini bahaya
Bila khurafat ancak dianggap budaya Melayu saja
Bermotifkan harta
Di akhirat pasti berdukacita
Pasti menderita
Oleh itu orang-orang di DUN Tenang
Jasa Nabi elok dikenang
Ambil air sembahyang
Kuburkan calon politik wang
Pilih yang betul-betul sembahyang
Dengan jemaah Islam dia berjuang


II

Dalam sungai ikan berenang
Bila mengail dapat haruan
Undi Bulan di DUN Tenang
Ini membuktikan anda beriman


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Sabtu, 8 Januari 2011

Chapter 1 Case: Assessing the Goal of Sports Products, Inc

MBA Managerial Finance

Principles of Managerial Finance
Lawrence J. Gitman

Loren Seguara and Dale Johnson both work for Sports Products, Inc., a major producer of boating equipment and accessories. Loren works as a clerical assistant in the Accounting Department, and Dale works as a packager in the Shipping Department. During their lunch break one day, they began talking about the company. Dale complained that he had always worked hard trying not to waste packing materials and efficiently and cost-effectively performing his job. In spite of his efforts and those of his co-workers in the department, the firm’s stock price had declined nearly $2 per share over the past 9 months. Loren indicated that she shared Dale’s frustration, particularly because the firm’s profits had been rising. Neither could understand why the firm’s stock price was falling as profits rose. Loren indicated that she had seen documents describing the firm’s profit-sharing plan under which all managers were partially compensated on the basis of the firm’s profits. She suggested that maybe it was profit that was important to management, because it directly affected their pay. Dale said, “That doesn’t make sense, because the stockholders own the firm. Shouldn’t management do what’s best for stockholders? Something’s wrong!” Loren responded, “Well, maybe that explains why the company hasn’t concerned itself with the stock price. Look, the only profits that stockholders receive are in the form of cash dividends, and this firm has never paid dividends during its 20-year history. We as stockholders therefore don’t directly benefit from profits. The only way we benefit is for the stock price to rise.” Dale chimed in, “That probably explains why the firm is being sued by state and federal environmental officials for dumping pollutants in the adjacent stream. Why spend money for pollution control? It increases costs, lowers profits, and therefore lowers management’s earnings!”

Loren and Dale realized that the lunch break had ended and they must quickly return to work. Before leaving, they decided to meet the next day to continue their discussion.

TO DO
  1. What should the management of Sports Products, Inc., pursue as its overriding goal? Why? 
  2. Does the firm appear to have an agency problem? Explain.
  3. Evaluate the firm’s approach to pollution control. Does it seem to be ethical? Why might incurring the expense to control pollution be in the best interests of the firm’s owners despite its negative effect on profits?
  4. Does the firm appear to have an effective corporate governance structure?
    Explain any shortcomings.
  5. On the basis of the information provided, what specific recommendations would you offer the firm?

Sabtu, 1 Januari 2011

Kelantan Isytihar Cuti Peristiwa 2 Januari 2011

Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim mengisytiharkan 2 Januari 2011 merupakan cuti peristiwa sempena meraikan kemenangan pasukan bola negara merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki buat kali yang pertama tempoh hari.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak telah mengumumkan bahawa 31 Disember 2010 merupakan cuti umum sempena kejayaan tersebut yang menamatkan penantian 14 tahun memperoleh piala tersebut

Sumber berita dan diterjemah dari BERNAMA

Selamat Tahun Baru Masehi 2011

Azam baru, tekad baru, tingkatkan daya usaha perjuangan merupakan perkara yang akan muncul tatkala tibanya tahun baru. Tahun baru menjanjikan pengalaman yang berbeza dan suasana yang berlainan meskipun kadangkala fenomena atau pola sentiasa sama. Tidak mengapa nampak sama, kerana segalanya akan memberikan pengajaran sama ada baik mahupun yang buruk. 

Sebagai seorang manusia terutama yang beragama Islam, Islam menganjurkan perubahan dari perkara yang negatif kepada positif, yang baik kepada yang lebih baik. Tidak ada kerugian sedikit pun jika bersama dengan Islam. Mari berubah bersama-sama dengan Islam demi mencari keredhaan Allah SWT.