Carian

Khamis, 3 Februari 2011

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai


恭喜 恭喜, 新年快乐

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbangsa cina, Duniaku Malaysia mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai.

Bersama kita memacu perubahan ke arah Malaysia yang sejahtera. Ubah Sekarang!!!

Muhasabah: Renungkan pada diri sendiri

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar? 

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?


Rabu, 2 Februari 2011

Selamatkan Pelajar Malaysia di Mesir

Mesir sedang bergolak kerana rakyatnya bangkit mendesak presidennya meletakkan jawatan. Disebalik kekecohan tersebut, para pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran mereka disana tersepit dan perlukan bantuan. Menurut sumber berita dari Harakahdaily, bantuan makanan dan urusan pemindahan pelajar-pelajar terbabit akan dibuat dengan kadar yang segera. Ini disebabkan ada pihak mengambil kesempatan di dalam kekecohan tersebut dengan merompak dan mengacau pelajar-pelajar ini.

Bagi yang berkemampuan, boleh menghulurkan bantuan disamping yang lain hulurkan doa dan solat hajat semoga pelajar-pelajar ini selamat dan dapat pulang ke tanah air. Menurut sumber yang sama, dimaklumkan bahawa menurut Dr Halimah Ali, Exco Kerajaan Selangor, bantuan akan dihantar dengan 3 buah pesawat TUDM dan pelajar-pelajar ini akan ditempatkan di Kompleks Tabung Haji, Jeddah untuk sementara waktu.

BERSAMA-SAMA KITA MENDOAKAN KESEJAHTERAAN MEREKA DAN PERLINDUNGAN ALLAH DARIPADA SEBARANG MUSIBAH KE ATAS MEREKA

[Gambar] sekitar majlis bacaan yasin mendoakan keselamatan rakyat Malaysia di Mesir

Selasa, 1 Februari 2011

RON97: Harga Petrol Meningkat 10 sen Lagi

Mengikut sumber-sumber industri. Telah diwar-warkan bahawa harga bahan api bagi jenis RON97 akan meningkat lagi kepada RM 2.50 (peningkatan sebanyak RM 0.10). Kenaikan ini merupakan kali kedua bagi tahun ini yang mana kenaikan sebelum ini adalah sebanyak 10 sen juga dari RM 2.30 seliter kepada RM 2.40. Seperti lazimnya, kenaikan ini kononnya tidak akan memberikan sebarang impak kenaikan terhadap harga-harga barangan seharian di Malaysia. Namun begitu, kebanyakan senario semasa menunjukkan perkara yang sebaliknya.

Diharapkan bahawa kenaikan ini tidak akan berkekalan dan mengelakkan dari sebarang tindakan untuk mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dikalangan para peniaga. Menurut sumber berita dari Bernama, dilaporkan bahawa, kenaikan ini dikatakan berpunca dari kenaikan harga minyak mentah dari USD$ 100 kepada USD$ 105 setong. Kaedah penentuan harga RON97 berpandukan kepada harga minyak semasa.

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan

1 Februari 2011. Hari ini merupakan Hari Wilayah Persekutuan bagi tiga wilayah persekutuan yang berada di dalam senarai negeri-negeri di Malaysia. Wilayah Persekutuan tersebut adalah:
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.

Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam kontinjen tunggal Wilayah Persekutuan. (ms.wikipedia.org)