Carian

Selasa, 1 Februari 2011

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan

1 Februari 2011. Hari ini merupakan Hari Wilayah Persekutuan bagi tiga wilayah persekutuan yang berada di dalam senarai negeri-negeri di Malaysia. Wilayah Persekutuan tersebut adalah:
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.

Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam kontinjen tunggal Wilayah Persekutuan. (ms.wikipedia.org)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan