Carian

Jumaat, 27 Mei 2011

Cinta Yang Agung, Cinta Kepada Allah

Kuliah maghrib bersama Ustaz Khairul a.k.a Ustaz Budak Besar dari Besut, Terengganu
MASJID RIDZWANIAH, KUALA KANGSAR, PERAK
26 Mei 2011

Malam ini pertama kali nak mula blogging kuliah maghrib dengan kelengkapan baru. InsyaAllah, aku boleh memperoleh sesuatu dari kurniaan nikmat yang tidak terhingga ini.

Hari ni adalah hari pertama aku mendengar kuliah Ustaz Khairul, orang selalu panggil dia Ustaz Budak Besar sebab tubuh badan yang tinggi lampai dan besar. Kali ini beliau membawa sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA yang berbunyi:-

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "إن الله قال: من عادى لي ولياً فقد آذنته بالحرب. وما تقرب إلى عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه. وما يزال عبدي يتقرب إليَّ بالنوافل حتى أحبه. فإذا أحببته كنت سمعه الذي يسمع به، وبصره الذي يبصر به، ويده التي يبطش بها، ورجله التي يمشي بها. ولئن سألني لأعطينه، ولئن استعاذني لأعيذنه. وما ترددت عن شيء أنا فاعله ترددي عن قبض نفس المؤمن: يكره الموت، وأكره مساءته. ولا بد له منه" رواه البخاري.

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman : Sesiapa yang memusuhi wali-wali-Ku sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang ke atasnya. Dan tidaklah seseorang hamba itu menghampirkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Ku cintai melainkan dengan apa yang telah Aku fardhukan ke atasnya, berterusanlah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada mu dengan mengerjakan (amalan-amalan) nawafil hinggalah Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, Aku adalah penglihatannya yang dengannya ia melihat dan tangannya yang dengannya ia memegang dan kakinya yang dengannya ia berjalan. Dan jika ia meminta dari-Ku, Aku akan mengurniakannya dan jika ia memohon perlindungan dengan-Ku, Aku akan melindunginya."
 
Narrated Abu Huraira: Allah's Apostle said, "Allah said, 'I will declare war against him who shows hostility to a pious worshipper of Mine. And the most beloved things with which My slave comes nearer to Me, is what I have enjoined upon him; and My slave keeps on coming closer to Me through performing Nawafil (praying or doing extra deeds besides what is obligatory) till I love him, so I become his sense of hearing with which he hears, and his sense of sight with which he sees, and his hand with which he grips, and his leg with which he walks; and if he asks Me, I will give him, and if he asks My protection (Refuge), I will protect him; (i.e. give him My Refuge) and I do not hesitate to do anything as I hesitate to take the soul of the believer, for he hates death, and I hate to disappoint him." (Book #76, Hadith #509)

Kupasan pertama yang dibawa dari buku Jagalah Allah, nescaya Allah Menjagamu. Yang pertama, Cinta yang Agung. Kasih sayang yang sebenar adalah kasih sayang kepada Allah dan Rasul-Nya sahaja. Mengapa semuanya mesti kepada Allah? Cuba fikirkan... siapakah yang menciptakan udara (untuk kita bernafas), jasad (untuk beribadat), dunia (sebagai tempat persinggahan) dan berbagai nikmat lain lagi? Tentu jawapannya ialah Allah. Haaa... Kenapa pula kasih sayang terhadap rasul mesti diberikan sepenuhnya. Rasul diutuskan oleh Allah sebagai pesuruh-Nya dan dijadikan pedoman sepanjang hidup manusia. Nabi Muhammad diutuskan kepada umat akhir zaman adalah untuk membebaskan manusia dari belenggu kejahilan. Namun begitu, Rasulullah telah meninggalkan kita lebih 1400 tahun dahulu, tetapi panduan yang lengkap telah ditinggalkan oleh baginda dan baginda berpesan di dalam sebuah hadith, barangsiapa berpegang teguh pada kedua-duanya (Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya), maka dia tidak akan tersesat dek kejahilan. Hadith tersebut berbunyi:-

عَنْ أَبِي هْرَيْرَةَ رضي الله عنه، عن النبي (ص)، قال: تركت فيكم امرين لن تضلوا ما إن تمسكتم بهما: كتاب الله وسنتة نبيه

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda :" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara , kamu tidak akan sesat, selama kamu berpegang dgn kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunah Nabi "(Riwayat Imam Malik)

Kecintaan terhadap Allah adalah ditonjolkan dengan kepatuhan kita terhadap apa yang Allah telah sampaikan melalui Rasulullah dengan perantaraan Jibrail AS (wahyu) dan melaksanakan sepenuh hati tanpa rasa ragu-ragu. Jika masih ada keraguan atau alasan untuk mengelak dari melakukan perintah Allah, maka kecintaan terhadap Allah masih lemah.

Wali Allah (Awliya' Allah)
Wali Allah adalah orang taqarrub dengan Allah, dekat hatinya dengan Allah. Mana nak tau dia dekat dengan Allah ataupun tidak? Jangan banyak soal? Diri kita sendiri kenal Allah atau tidak? Masyarakat Melayu sinonim dengan Wali-Wali Allah ini dengan perkara-perkara yang luar biasa yang boleh dilakukan oleh mereka. Karamah la katakan... Bak kata ustaz, saya pon ada karamah (jemaah ketawa kelucuan), karamah ni keistimewaan seseorang yang tidak ada pada orang lain. Kata Ustaz, karamah dia adalah badan yang besar, senang dikenali walaupun beliau masih muda, disenangi ramai dan karamah ini menjadi buah mulut orang Melayu yang sememangnya takjub dengan perkara sebegitu. Ada trend sebahagian manusia sekarang pergi bersuluk, memencilkan diri dari masyarakat dan kononnya mendekatkan diri kepada Allah. Rasulullah bersuluk atau memencilkan diri di Gua Hira' adalah sewaktu sebelum kerasulannya. Maka amalan bersuluk tidak diamalkan lagi setelah kerasulannya. Rasulullah duduk ditengah-tengah masyarakat berdakwah dan menyampaikan setiap apa yang telah diwahyukan kepada baginda. Maka

Rasulullah berkehendakkan kita menjadi wali Allah.Sesiapa yang bersusah payah menolong menegakkan agama Allah, nescaya Allah akan membelanya.Firman Allah SWT di dalam surah As-Saf, ayat 14 yang berbunyi:-

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُوٓاْ أَنصَارَ ٱللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ٱبۡنُ مَرۡيَمَ لِلۡحَوَارِيِّـۧنَ مَنۡ أَنصَارِىٓ إِلَى ٱللَّهِ‌ۖ قَالَ ٱلۡحَوَارِيُّونَ نَحۡنُ أَنصَارُ ٱللَّهِ‌ۖ فَـَٔامَنَت طَّآٮِٕفَةٌ۬ مِّنۢ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ وَكَفَرَت طَّآٮِٕفَةٌ۬‌ۖ فَأَيَّدۡنَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ عَلَىٰ عَدُوِّهِمۡ فَأَصۡبَحُواْ ظَـٰهِرِينَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong Isa Ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalanan ku) kepada Allah? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (Agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israel beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

Maka berlumba-lumbalah manusia ingin membuat kebajikan. Opss.... nanti dulu. Kebajikan yang macammana yang dituntut oleh Allah. Kebajikan menggunakan jalan yang haram dan melanggar syariat Allah adalah ditegah sama sekali. Ramai yang ingin membuat kebajikan kononnya ingin menambah pahala tetapi dalam keadaan yang sama dia melakukan perkara mungkar kepada Allah. Bagaimana boleh jadi begitu? Ambil contoh, konsert amal untuk apa-apa jenis projek mengumpul dana seperti membantu anak-anak yatim. Antara agenda konsert tersebut memasukkan adegan tari menari bercampur lelaki perempuan yang bukan muhrim (boleh kahwin), nyanyian oleh wanita dan didengari oleh kaum lelaki, berbogel didalam keadaan berpakaian (tak tutup aurat dan kalau tutup sekali pun bukannya tutup tetapi bungkus kerana sendat dan menampakkan bentuk tubuh) dan kelakuan tersebut bercanggah dengan syariat Islam. Islam menggalakkan umatnya membuat kebajikan, tetapi jika bercampur-baur dengan perkara haram, maka Islam menegahnya. Maka hasil derma dari usaha yang melanggar syariat adalah haram dan kesannya adalah kepada penerima derma tersebut kerana hasil haram menjadi darah daging mereka dan merosakkan hati.


bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan