Carian

Selasa, 6 September 2011

Jerebu mula melanda Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR, 6 Sept - Suasana menjadi panas dan mendung di Kuala Kangsar petang tadi kerana asap tebal menyelubungi keseluruhan bandar ini. Keadaan yang bertukar secara tiba-tiba ini mengundang implikasi yang kurang baik kepada persekitaran. Ruang udara diliputi asap dan kurang menyenangkan kepada sesiapa yang menghidapi masalah pernafasan.

Galeri Sultan Azlan Shah, Asap menyukarkan pemandangan

Isnin, 5 September 2011

Duniaku Malaysia sedang mengalami pengubahsuaian.

Pengubahsuaian sedang dilakukan untuk memberikan satu suasana yang lebih menarik dan selesa untuk pengunjung melayari blog ini.

Harap maaf diatas sebarang kesulitan

Sabtu, 3 September 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Duniaku Malaysia


Assalamualaikum WBT kepada semua pengunjung yang budiman. Selamat Hari Raya diucapkan meskipun hari lebaran sudah berlalu 5 hari dan hari ni merupakan hari ke-6. Namun begitu kehangatan masih terasa kepada yang akan masuk bekerja pada esok hari dengan juadah raya dibawa bersama ke pejabat dan dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Mengikut perancangan asal saya kan memenuhkan blog ni namu begitu apakan daya, tugasan untuk menyampaikan risalah dan info terbaru melalui video membatasi segalanya. Para pengunjung yang dihormati sekalian, saya, sepanjang Ramadhan 1432H menjalankan aktiviti merakam Kuliah Tafsir dan Tazkirah Ramadhan untuk tatapan orang ramai yang tidak dapat berkunjung di Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar, Perak pabila Ramadhan 1432H bertamu selama sebulan lamanya. Kuliah Tafsir yang dibawa oleh Al-Fadhil Ustaz Jamaluddin Ahmad yang merupakan pengerusi Badan Khidmat Masyarakat At-Toif, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak berkenaan dengan Surah Al-Ankabut yang membawa erti Labah-Labah. Surah ini membawa peserta kuliah mendalami banyak ilmu mengenai ujian terhadap iman seseorang, perjuangan nabi-nabi, dan beberapa aspek yang lain. Untuk Tazkirah sepanjang Ramadhan 1432H, Masjid Ridzuaniah mengadakan majlis ilmu sejurus selepas para jemaah menunaikan solat sunat terawih 8 rakaat. Para ustaz jemputan menyampaikan tazkirah mereka dengan pelbagai tajuk yang relevan dan terkini dengan info semasa di dalam dan luar negara. Para pengunjung boleh mengikuti rakaman tersebut di Saluran Duniaku Malaysia di Youtube http://www.youtube.com/nurikhsan2002, selamat menimba ilmu diucapkan. Akhir kalam, saya mohon maaf jika ada sebarang salah dan silap kepada seluruh pengunjung sekalian dan jumpa lagi....

Wassalam
نور احسان, ماليزيا