Carian

Sabtu, 5 November 2011

Eidul Adha: Pengorbanan Kerana Allah

From Evernote:

Eidul Adha: Pengorbanan Kerana Allah

Labbaikallahummalabbaik, labbaikala syarikalakalabbaik, takbir dan tahmid memuji kebesaran Allah Yang Maha Esa berkumandang sejak pagi tadi jikalau mengikut pergerakan jemaah haji untuk berwukuf di Arafah dan selepas Asar bagi amalan kebiasaan umat Islam di nusantara ini. Hari Raya Eidul Adha disambut setahun sekali dan rata-rata umat Islam berlumba-lumba untuk melakukan ibadah korban iaitu menyembelih binatang An'Am. Pengertian korban adalah sangat luas dan tidak hanya mencakupi kepada sembelihan sahaja. Pengorbanan untuk meninggalkan perkara-perkara mungkar dan berhijrah kepada mengtauhidkan Allah serta hukum-Nya. Itu menjadikan seseorang itu lebih baik dimasa mendatang.

Berjuta umat manusia yang berpegang pada aqidah mentauhidkan Allah berpusu-pusu melangkah kaki mendekat diri dan memenuhi tuntutan rukun Islam ke-5 ini di Arafah. Semoga setiap amalan yang dikerjakan akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang setimpal dan mendapat haji yang mabrur bukanlah haji yang malboro, hehe. Ramai orang nak pergi kerana ingin menunaikan atau melepaskan fardhu sahaja. Bukan nak bersungguh-sungguh. Bersungguh-sungguh yang macammana? Iaitu bersungguh-sungguh mengabdikan diri kepada Allah, menyerahkan diri hanya kepada Allah dan mengikut segala yang telah digariskan oleh Allah. Apabila kesungguhan begitu ditampilkan sama ada pergi haji ataupun tidak, maka akan terpancar perubahan didalam diri dan kelakuannya. Ramai yang pergi haji tetapi pulang dengan kesan yang lebih teruk dari yang sebelumnya. Kita tak mahu lah perkara itu terjadi pada diri kita. Itulah pengorbanan yang suci yang dituntut oleh Allah.

Antara pengorbanan yang lain yang dituntut oleh Islam adalah berusaha menegakkan Islam dengan pelbagai cara meskipun ditentang oleh sesiapa sahaja. Islam adalah hak Allah dan kita mesti jaga hak itu dan Islam perlu disebarkan kepada semua tidak kira bangsa, warna kulit atau bahasa. Islam tidak terhad kepada Melayu dan Melayu belum tentu semua Islam. Kita mesti berazam menjaga Islam lebih dari menjaga bangsa sendiri kerana bangsa tidak maju ke hadapan tanpa Islam. Eh, bangsa lain maju je, itu zahir pada mata kepala manusia yang terhad ini, padahal disisi Allah ia tiada makna. Ketaqwaan dan kesungguhan menegakkan Islam lebih berbaloi dan bangsa yang mendokong Islam sebagai teras kehidupan akan lebih maju dari sudut rohani dan jasmani. Islam tidak boleh bergerak jika dibatasi kepada fahaman kebangsaan kerana Islam bersifat universal.

Sempena hari raya haji ini, kita perlu berkorban kerana Allah demi Islam dan kesinambungan setiap insan untuk berjaya di dunia dan akhirat adalah dengan Islam. Jom bersama-sama membersihkn diri kita dari fahaman-fahaman sekularisme dan kembali kepada Islam untuk kepentingan sejagat.

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA 1432H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan