Carian

Rabu, 21 Disember 2011

Dakwat kekal: Perkasa bagai budak hingusan

Dakwat kekal: Perkasa bagai budak hingusan

PARIT BUNTAR, 21 Dis: Umno dan NGOnya umpama budak hingusan yang tidak sedar hingusnya meleleh berhubung penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Bagi Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim, isu dakwat kekal itu telah mencetuskan pelbagai kisah yang menarik dan tidak kurang juga yang melucukan, telah membuatkan Umno hilang kewarasannya.

Selain itu, katanya NGO tegar Umno, Perkasa yang mana tindakan mereka telah menjelaskan betapa mereka hilang akal apabila timbul ura-ura Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menggunakan dakwat kekal pada PRU 13 tidak lama lagi.

Perkasa memberi amaran, tindakan SPR mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang akan menyebabkan orang Melayu tidak keluar mengundi dan akan membawa negara ke belakang.

“Sebenarnya langkah itu seiring dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya,” kata Khalil dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, pelbagai alasan yang langsung tidak kukuh dikemukakan oleh mereka kononnya bertujuan untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakyat.

“Umno BN dalam hal ini seperti budak hingusan yang tidak sedar hingusnya meleleh,” ujarnya sinis.

Rakyat ternanti-nanti, ujarnya bilakah agaknya kerajaan mahu mengorak langkah untuk ke arah perubahan, walaupun cuma satu harapan iaitu pelaksanaan dakwat kekal.

Menurutnya lagi, negara-negara yang lebih ‘hebat’ suasana sosiologinya seperti di beberapa negara di Timur Tengah dan Asia Tenggara telah pun menggunakan dakwat kekal dalam proses pilihan raya mereka.

Namun, ujarnya apabila sampai kepada batang hidung kumpulan pro Umno, penggunaannya terus dikatakan ketinggalan zaman, alasannya pula tidak dihuraikan lanjut secara hujah yang bernas.

Baru-baru ini, katanya blogger tegar Umno yang dikatakan ‘kebal’ perundangan, iaitu papagomo telah menerbitkan satu video mengenai tutorial menghilangkan palitan dakwat kekal di jari sebagai satu lagi usaha Umno menimbulkan keraguan rakyat.

“Saya katakan begitu kerana ia dirakam secara potong-potong dan edit semula sebagaimana yang dikatakan lima minit itu, mungkin juga dakwat itu telah dicampur dengan bahan lain yang boleh menghilangkan keasliannya, jika tulisan dalam blognya boleh dicampur dengan unsur fitnah, inikan pula dakwat miliknya, sudah pasti amat mudah dicampur dengan unsur lain,” katanya lagi.

Baginya, Umno sejak tahun 90-an lagi, sememangnya telah menjadi ejen pembunuh harapan rakyat, justeru ‘pembunuh’ sebegini perlu ditukar segera demi menjaga kestabilan negara yang tercinta ini.

Tegasnya, Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa harapan rakyat tidak mati begitu sahaja, buktinya boleh dilihat di empat buah negeri yang ditadbir Pakatan.

“Ini komitmen yang perlu dinilai seadilnya, saya boleh gambarkan betapa Malaysia boleh cemerlang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

Jumaat, 9 Disember 2011

Renungan Untuk Semua

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…"

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? 

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak? 

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama
Islam.

"Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan
terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan
permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana
kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan
dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas?
Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah
dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas
mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri
kamu."

Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur..
Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)

Hanya sekadar renungan….  


--
NUR IKHSAN SEFIAN
Malaysia