Carian

Isnin, 13 Februari 2012

Rasulullah: Utusan Allah Yang Dikasihi

Rasulullah SAW ialah contoh terbaik dikalangan umat Islam dan seluruh manusia. Baginda Rasulullah diutuskan ke bumi dengan membawa rahmat dan perutusan dari Allah SWT. Ketokohan baginda dinukilakan oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Mumtahinah, ayat ke 6 yang berbunyi:-

لَقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِيہِمۡ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ‌ۚ وَمَن يَتَوَلَّ فَإِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡغَنِىُّ ٱلۡحَمِيدُ

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Sabda Rasulullah SAW
عن أنس – رضي الله عنه – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من ولده ووالده والناس أجمعين

Dari Anas RA, Rasulullah SAW bersabda: Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi aku, lebih daripada mengasihi ibu bapanya, anaknya, dan sekalian umat manusia.


Kasih dan cinta seseorang hanyalah kepada Rasulullah SAW. Namun, kenapa ramai diluar sana yang menabur kasih terlarang berbanding kasih kepada Kekasih Allah.

Valentine’s Day, perayaan yang diraikan oleh penganut Kristian yang mengikut jejak langkah paderi mereka yang bercinta secara terlarang (Di dalam Kristian, seorang paderi tidak boleh berkahwin. Suatu ajaran yang melawan fitrah kejadian manusia) dan juga diraikan sebahagian besar remaja-remaja yang beragama Islam terutama di Malaysia. Di dalam Islam, adalah haram seorang yang beragama Islam meraikan sebarang bentuk perayaan yang mempunyai unsur agama selain daripada Islam. Meraikan mereka umpama mengiktiraf kewujudan dan kebenaran agama mereka. Menyama saingkan Islam dengan agama yang lain boleh membawa kepada kekufuran.

Berkasih-sayang dituntut didalam Islam, tidak kira sesama umat Islam atau bukan Islam. Islam mempromosikan ketenangan didalam hidup dengan mengtauhidkan Allah dan mendekat diri kepada Allah sebagai pencipta.

Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan di kalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah?

Menurut kenyataan Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali yang dipetik dari penulisan SBMNOOR berkata, Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.

Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara paderinya itu buat sementara waktu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.

Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu begitu istimewa? Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu.
Jika pun ingin mengingati kekasih atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari. Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredhai seperti mengadakan kenduri doa selamat atau sebagainya. Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana Baginda adalah manusia yang paling mencintai umatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan