Carian

Sabtu, 28 Disember 2013

Berwisata ke Padang, Indonesia

Salamat pagi kalian semua, samoga pagi kalian sejahtera dan baik-baik aja.

28 Disember 2013
Assalamualaikum, kepada semua pengunjung sekalian, alhamdulillah hari ini merupakan hari ke 2 saya berada di RI (Republik Indonesia). Ketibaan kami semalam di Bandara Minangkabau disambut oleh sahabat-sahabat dari UPSI yang turut sama berwisata (melancong). Saya pun tidak berapa ingat nama pemandu pelancong kami, dalam keadaan agak letih dibawa menjamu selera di sebuah rumah makan (restoran/warung) di sekitar Payakumbuh, Padang. Hajat nak pekena lontong tak kesampaian, hanya dapat menjamah lauk pauk yang pelbagai disini. Budaya disini agak berbeza, lauk-pauk disajikan dalam kuantiti yang sedikit dan semua jenis lauk akan dihidangkan di dalam mangkuk kecil serta diletakkan di depan para pelanggan di meja makan. Kalau diusik atau dimakan, barulah lauk tersebut dikira. Kalau tidak, bayar sahaja apa yang anda usik. Bagi rakyat Malaysia yang melihat lauk pauk yg pelbagai, habis semua nak dirasa. As a result, keluarkan rupiahnya, dan bayar. Hehe

Perjalanan semalam dimulakan dengan melawat pantai malim kundang, kampung air manis. Menurut bapak pemandu pelancong tersebut, kampung tersebut mendapat nama dari peristiwa air yang dikumpulkan dari pergunungan disitu dihurungi semut apabila dibiarkan. Perjalanan memakan masa hampir 1 jam menaiki bukit dan menuruni bukit. Jadi, masing-masing sudah menjamu selera tadi dengan makanan yang agak berat, hasilnya perut masing-masing bergelora, nak muntah, loya, dsb. Mana idaknya, perjalanan tersebut bukan sekadar melalui bukit, tetapi selekoh-selekoh terlampau tajam, berpusing-pusing. Kalau driver Malaysia, pertama kali hendak memandu dikawasan ini, alamatnya, terjun gaung la. 

Sampai di pantai malim kundang, masing-masing senyum, wah ada pantai dan ramai orang. Ramai kanak-kanak, tetapi bukan boleh dibuat bermain bersama sesuka hati, kalau tiada rupiahnya, jangan sibuk-sibuk nak bergambar dengan mereka. Sekalipun nak melintas lorong air yang satu-satunya cara untuk elak kaki terkena air, pasti kena tol. 3000 rupiah, nah dik. Time balik yang saya bagi, masa masuk, tak tau, main jalan jer, nasib baik siren gate tol tak berbunyi, hehe.

Setelah selesai melawat objek wisata di pantai tersebut, kami pulang. Dalam perjalanan, kami bertanya, benarkah batu yang menyerupai manusia itu adalah malim kundang? Menurut ceritanya, malim kundang derhaka pada ibunya kerana malu kepada isterinya yang dikahwini adalah dari kalangan orang orang berada. Sumpah jadi batu, sama versi tanggang dan ibunya. Dan kami bercerita bahawa batu berbentuk manusia itu dalam keadaan mengiring dan disaluti simen yang didakwa untuk mengekalkan cerita tersebut. Pak pemandu pelancong dengan selambanya menjawab, kalau batu malim kundang itu dalam keadaan berdiri, susah untuk dibuat simen balutannya, jadi senang dapat batu yang baring, boleh buat cantik-cantik. Kenyataannya itu disambut dengan hilai tawa berdekah dekah dalam satu van. Kan dah terkena, batu malim kundang ini, cerita orang orang lama, belum ada kesahihah ceritanya.

Destinasi seterusnya adalah di kawasan air pancur (nama dah lupa, nanti update dengan gambar sekali ya). Dan seterusnya, menjamu selera di Rumah Makan Pak Datuk. Kalau pagi tadi pekena jus sirsak 8000 rupiah, kali ini, 12000 rupiah. Hahaha, jangan risau, harganya sama macam di Malaysia, 3 - 4 ringgit. Style makan yang sama. Kami solat zohor dan jamak qasar asar disini. Ada mushollah u tuk kemudahan tetamu.

perjalanan diteruskan dengan mengunjungi pusat sulaman kain putri minang, pandai sikek dan seterusnya bukit tinggi. 

fuh.... penat tulis, nanti sambung tau

Khamis, 19 Disember 2013

Pengurusan Tertinggi IPT Perlu Bijak Memahami Budaya Ilmu Dan Ilmuwan - Raja Nazrin

KUALA KANGSAR, 19 Dis (Bernama) -- Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah pengurusan tertinggi di sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu bijak memahami budaya ilmu dan ilmuwan serta menghargainya, bukan sekadar cekap mentadbir organisasi.

Baginda bertitah ini kerana keunggulan sesebuah IPT tidak terletak pada nama, sebaliknya dinilai dari segi kualiti graduan yang amat dipengaruhi oleh kualiti pengajian, manakala kualiti pengajian dipengaruhi kualiti tenaga akademik yang berkhidmat di dalam sesebuah institusi pengajian.

"Kualiti tenaga akademik pula dipengaruhi oleh budaya pengurusan yang diamalkan oleh sesebuah institusi pengajian," titah baginda pada majlis perasmian Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dan Istiadat Konvokesyen kali ke-6 di sini Khamis.

Sehubungan itu, baginda bertitah para ilmuwan di KUISAS perlu mempamerkan amalan minda yang terbuka dengan mencontohi budaya keterbukaan yang diamalkan di Madrasah Nizamiyah di Baghdad pada era Kerajaan Abassiyah.

"Madrasah itu setaraf dengan apa yang dikenali sebagai universiti pada hari ini, (Madrasah Nizamiyah) merupakan antara institusi pengajian tinggi yang paling berjaya dalam sejarah dunia Islam. Ia berperanan sebagai tapak memunculkan ilmuwan tersohor yang diiktiraf di peringkat antarabangsa antaranya Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali," titah baginda.

Raja Nazrin bertitah pada umumnya institusi pengajian yang berjaya mencapai tahap kecemerlangan dan diiktiraf unggul mengamalkan dua pendekatan utama iaitu menghargai autonomi intelek dan memiliki autonomi kewangan.

"Adalah penting bagi Institusi Pengajian Tinggi mengamalkan budaya autonomi intelek, (kerana autonomi intelek) berada di atas dan berkedudukan bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian, agar dapat memenuhi falsafah pengwujudannya sebagai perkampungan ilmu yang menghayati prinsip kesatuan dalam kepelbagaian.

"Di serata dunia, kebanyakan IPT yang unggul dan berjaya mencapai ranking gemilang, memiliki kekuatan kewangan dan autonomi kewangan. Institusi Pengajian Tinggi memerlukan pembiayaan kewangan yang besar untuk mempunyai barisan tenaga akademik tersohor serta berupaya melaksanakan program keilmuan dan program penyelidikan yang berkualiti tinggi," titah baginda.

Titah baginda, IPT juga mempunyai tanggungjawab sosial, ia bukan entiti perniagaan semata-mata bertujuan mengaut keuntungan secara mengenakan yuran yang terlalu tinggi hingga bercanggah dengan prinsip asal dan tujuan murni pendidikan.

Raja Nazrin bertitah IPT yang memiliki autonomi kewangan tidak hanya bergantung kepada sumber kewangan kerajaan dan sumber pendapatan daripada yuran pengajian, sebaliknya turut menerokai sumber pendapatan lain termasuk melakukan urus niaga, penerbitan berkualiti serta mendapatkan pembiayaan berbentuk kurniaan, tajaan dan derma.

Sehubungan itu, baginda bertitah KUISAS perlu mempunyai perancangan dan pelan kewangan yang mantap untuk menentukan kelangsungannya supaya tidak terkekang disebabkan sumber kewangan yang terbatas.

Para ilmuwan di KUISAS juga hendaklah mempamerkan amalan minda yang terbuka dengan menjadikan budaya keterbukaan yang diamalkan di Madrasah Nizamiyah di Baghdad pada era Kerajaan Abassiyah sebagai contoh, titah baginda.

Mengenai KUISAS, Raja Nazrin bertitah ia merupakan kesinambungan kepada Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) yang ditubuhkan pada tahun 2000.

Titah baginda melalui surat bertarikh 13 Dis tahun lepas, Kementerian Pengajian Tinggi memberikan kelulusan untuk KISDAR dinaik taraf kepada Kolej Universiti.

"Konvokesyen kali ini adalah konvokesyen julung kalinya atas nama Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah yang menganugerahkan Diploma kepada 305 graduan dalam sepuluh disiplin pengajian. Pada lima Konvokesyen terdahulu, KISDAR telah menghasilkan 669 graduan," titah baginda.

-- BERNAMA

Rabu, 30 Oktober 2013

Jadual Pengajian November 2013 Masjid Ridzuaniah

Saudara-saudara sekalian, jadul pengajian Masjid Ridzuaniah Kuala Kangsar sudah pun dikeluarkan. Maka DM merakamkan syukur tidak terhingga dapat jadual pengajian ini dikongsikan bersama pembaca dan boleh diedarkan ke seluruh umat manusia yang dahagakan ilmu pengetahuan di bidang agama.

Untuk terus ke fail jadual tersebut, sila klik di SINI

Semoga ada manfaatnya dan dirahmati Allah selalu. Para pembaca bebas mengakses jadual ini dan dialu-alukan untuk disebarluaskan.

Ahli Parlimen Lenggong beri 'Bola Tanggung' dalam sidang parlimen




KUALA LUMPUR: 'Bola tanggung' yang diberikan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (gambar) kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang Dewan Rakyat semalam, 'dilibas' dengan baik oleh Ahli Parlimen Marang itu sehingga Dewan Rakyat digegarkan dengan tepukan sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat daripada Pakatan Rakyat.

Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)mempersoalkan janji Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai ketika mencelah ucapan Ustaz Abdul Hadi di Dewan Rakyat, semalam.

"Ini bola tanggung yang kamu berikan kepada saya... Bukankah itu sebenarnya tanggung jawab Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat yang tidak menunaikan tanggung jawab ini," bidas Ustaz Abdul Hadi disambut tepukan meja dan sorakan sokongan anggota Dewan.

Menjelaskan diskriminasi kerajaan BN pusat di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Ustaz Abdul Hadi memberi contoh projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang sepatutnya menghubungkan negeri Pahang, Terengganu sehingga ke Kelantan.

"Selepas BN kalah (di Terengganu) pada tahun 1999, lebuh raya itu tidak dibuat maka Kerajaan PAS Negeri Terengganu ketika itu membuat inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya daripada kewangan anak syarikat dan konsortium luar negara, namun ia tersekat kerana perlu melalui MITI  (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri)  dan Bank Negara.

"Berikan kebebasan kepada negeri. Berikan kembali royalti kepada Terengganu dan Kelantan. Dia suruh kita buat, tapi dia cekik kita!" tegas Ustaz Abdul Hadi.

~HarakahDaily

Selasa, 29 Oktober 2013

Belanjawan: Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat

Assalamualaikum WBT kepada semua, anda bolek klik link-link di bawah untuk mendapatkan maklumat belanjawan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan (Barisan Nasional) dan Pembangkang (Pakatan Rakyat)

  • BELANJAWAN BARISAN NASIONAL Sila klik di SINI
  • BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT Sila klik di SINI
Peringatan
Link di atas adalah link terus ke tempat salinan belanjawan ini disebarkan. Pihak Duniaku Malaysia belum menyimpan secara persendirian salinan tersebut untuk memelihara kesahihan maklumat yang disampaikan kepada pembaca. Terima kasih

Selasa, 15 Oktober 2013

Salam Eidul Adha 1434H


Selamat menunaikan ibadah korban kepada seluruh umat Islam sedunia. Semoga korban tahun ini diterima oleh Allah sebagai amalan soleh yang boleh membawa kita menuju keredhaan Allah. Amin.

Khamis, 3 Oktober 2013

Chiang Mai (Day 2)

Alhamdulillah, as early at 4.40 am, I received FB tagged post from Mr Mohd Hussin stated that he had already at an airport this morning for the flight to Chiang Mai. Same flight number and same time of travel.

Last night, we have warm welcome from the organizer, CAAL with the floor performance of traditional dance from the local dancers. Prof. Dr. Tulus Tambunan give his speech on economic community among ASEAN members and does it matter for 2015, 2 years time from now. He highlighted some impact that might positively related to the movement but not to forget bundles of negative impact that might be triggered with the open economic policy practice soon. I have certainly agreed with his opinion gathered from the information centre in Jakarta, open economy might bring our micro, small and medium enterprises to the edge where they need to struggle more to survive and obtain sustainability in the current market. The cash flow also seem to be liquidified since everyone have same opportunity to compete with other members. Many points were highlighted and I hope to share with readers after return back from Chiang Mai on Saturday.

After Dr. Tambunan's talk, Ms. Kannika Buacheen began her explanation on the umbrella making effort done by her father in Borsang, an area which have traditional values represent the people of Chiang Mai. Umbrella as we knew it, its just only a tool to prevent us from getting soak during rainy time of shady feature to protect us from sunny heat. In Borsang, the umbrella making activity is well known around the world. They have lots of creativity crafted on the umbrella represent the people of Chiang Mai as well as Thailand. This effort was initiated around 20 years ago when Ms Kannika's father saw that many umbrella craftmens died and the tradition started to fade away. He gathered all masters into one roof and encourage them to worke together to produce these valuable handicraft to the world. As she mentioned in her speech, these umbrellas have an export value and most of the importers come from European and United States. Very nice work and this Friday we would like see and try by ourselves to make an umbrella at the umbrella making centre in Borsang. See you soon.

Today is the day for all presenters to show their work and sharing it with other members of the conference. My turn will be at 2.40 pm, Dr. Roslan will be at 9.40 am. May Allah give us strength to get it done. Yesterday, Prof Asep Hermawan, The Conference Chair invited us to join them in the next conference that will be held in Hong Kong. Wahhhh....... so excited to hear such big place. Hope to have a paper to bring it along.


Morning view 5:51am from the 14th floor, Empress Hotel, Chang Klan street
Good morning Chiang Mai, 6.32am with gorgeous rainbow

Having simple breakfast, toasted bread, jam, hard boiled egg (ahaha... what da...?), and vegies. Kind a good deal in foreign country, struggle to have halal food. So, we are here avoid to consume meat based food. Vegies and fish, its ok.


Rabu, 2 Oktober 2013

Chiang Mai (Day 1)

1.00pm Having our lunch at Sophia Restaurant nearby Night Bainto this conference and most of it came aar Street. Fuh.... so spicy Seafood Tom Yam and mint taste of Pad Kra Pao Beef.

Pad Kra Pao Beef

Spicy Seafood Tom Yam

2.15pm We are registering ourselves at counter and got some goodies from the organizer. The next agenda will be started at 6.00pm. So, we just get relax and laid back reading the proceeding book that bought at counter.


Dr Roslan reading proceeding book. Focus.

2nd IBSM International Conference on Business, Accounting, and Management

Hi, buddies.

For the first time I would like post in english and might be fun to see my english. Hope not to be so Manglish, hehe. Today, it  is our trip to Chiang Mai for 3 days 2 nights. Yeah, this is my first time ever trip to The Land of Orchid of Thailand. Happy? Of course.

Supposely, I have to attend the conference at Bangkok recently but I have cancelled it at very last minute. So, today we begin our journey to Chiang Mai with departure time of 0655 local time as pilot promise to us to land approximately on 0830 Chiang Mai time. We please to have people to pick us to the hotel since our member could not check in on time this morning. We missed a member for the trip and he might have flight for tomorrow morning.

Having flight 2 hours 45 minutes KUL-CNX at ETA 0840 made us dizzy and not forgot to have Pak Naseer's Nasi Lemak on board. Hehe, juz nice and still worry not have stomach ache after having it. Why? Its spicy and I rarely take breakfast with spicy food. Gastric.

So, now me and Dr Roslan, our Dean of Faculty of Management and Information Technology together will go to hotel and prepare for the opening ceremony at 1400 noon.

As was informed lately, Tn Hj Hussin will have tomorrow morning flight to Chiang Mai. We were landed safely to the Chiang Mai International Airport with rough power reversal done by pilot (felt like something need to thrown out, huhu) and arrived at hotel peacefully and just now, laid back before opening this afternoon.

Ok, see you later for next update.

Selasa, 1 Oktober 2013

TS Azizan dalam Kenangan: 'Cengih'nya Terngiang-ngiang, Kasihnya Dikenang

 
ALOR SETAR - Sesungguhnya pemergian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak ke rahmatullah pada Khamis lalu, benar-benar mengusik kenangan setiap individu mengenalinya.

Dari aspek kepimpinan sehinggalah soal kesederhanaan hidupnya termasuk cara pemakaian, terpahat dalam ingatan.

Antara yang mungkin tidak melupakan pemimpin yang mesra disapa Ustaz Azizan itu ialah Pengurus Pusat Pak...aian dan Jam Timor di Simpang Empat Kangkong dekat sini, Loh Fook Siang, 45.

Cerita Fook Siang, perkenalannya dengan Azizan bermula lebih sembilan tahun lalu apabila beliau sering berkunjung ke kedainya untuk membeli kelengkapan dan pakaian sekolah anak-anak.

“Dia adalah seorang pemimpin yang sederhana. Pertama kali dia datang ke kedai ini selepas PRU12, saya terkejut sebab dia masih berkunjung ke kedai saya walaupun sudah menjadi seorang pemimpin utama negeri ini.

“Tambahan pula, dia datang dengan menaiki kenderaan sendiri dan tidak menggunakan kenderaan rasmi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Fook Siang, mesra dipanggil Ah Siang berkata, Azizan adalah seorang pemimpin yang tidak mementingkan jenama, sebaliknya mengambil kira faktor harga pada barangan itu asalkan berpatutan dan tidak membazir.

“Setiap kali datang, dia akan berbelanja tidak lebih RM200 untuk keperluan anak-anak. Kalau untuk dirinya pula tidak lebih RM150.

Selalunya, dia akan beli baju kemeja putih lengan panjang untuk dipakai bersama blazer.

“Baju kemeja itu saya jual pada harga RM20 sehelai. Dia tidak memilih jenama, asalkan murah dan berkualiti. Setiap kali datang, dia akan beli sekurang-kurangnya dua atau tiga helai baju berserta dengan sehelai seluar slack berwarna hitam,” katanya merintis kenangan terhadap Azizan.

Ujar Ah Siang, atas kerana itu, dia juga kerap membuat pesanan tambahan untuk baju kemeja putih bagi memastikan Azizan tidak kecewa datang ke kedainya pada bila-bila masa.

“Kadang-kadang kalau nak pakai cermin mata pun, dia suka pakai yang berharga RM12. Dia beli cermin mata hitam di kedai saya. Sekali sekala itu ada juga dia beli baju batik berharga bawah RM50. Macam-macam corak dia beli, tapi tidak banyak, yang banyak dibeli ialah kemeja putih lengan panjang,” katanya.

Menurutnya, beliau pernah menghadiahkan Azizan sehelai baju pagoda pada malam sebelum PRU13 di rumahnya, di Sungai Limau.

“Satu perkara saya tidak dapat lupa adalah sewaktu melawatnya di rumah. Saya lihat keadaan dalam rumah dia begitu sederhana. Perabot dan televisyen juga semuanya barangan lama, tidak ada yang baru.

“Apa saya saksikan, sikap dia tidak seperti pemimpin lain yang suka bermegah dengan kekayaan. Saya ceritakan kepada rakan-rakan mengenai kehidupannya, mereka terkejut malah ada yang tidak percaya,” katanya.

Bagaimanapun, sangat menyedihkan apabila pertemuan pada jam 11 malam di rumahnya itu, Azizan sudah tidak berapa sihat dan kelihatan murung di dalam bilik.

“Saya lihat dia seperti sedang kesedihan. Terkejut juga saya apabila ternampak ibu jari kakinya bertukar jadi hitam seolah-olah membengkak. Bila ditanya, Azizan kata tidak ada apa perlu dirisaukan,” katanya.

Menurutnya, pemergian Azizan amat mengejutkan apabila dimaklumkan sendiri wakil Pas yang mengunjunginya di kedai kira-kira jam 12 tengah hari.

“Saya terkejut dengan berita itu, tetapi saya tidak dapat hadir majlis pengebumiannya sebab pekerja lain sedang cuti sakit, tidak ada orang nak jaga kedai. Bagaimanapun, saya doakan supaya rohnya aman di sana,” katanya.
 

Khamis, 26 September 2013

Al-Fatihah


Almarhum Tan Sri Azizan Razak: Disegani Kawan, Dihormati Lawan

ALOR SETAR, 26 Sept - Negara telah dikejutkan dengan pemergian seorang pejuang yang banyak berjasa kepada pembangunan ummah dan masyarakat. Tan Sri Azizan Razak, adalah nama yang tidak asing lagi ditelinga musuh-musuh politiknya, yang sentiasa cemburu dengan pencapaian beliau sewaktu mengepalai jentera pentadbiran negeri Kedah Darul Aman pada tahun 2008 - 2013. ADUN Sungai Limau ini bekerja keras mengembeling tenaga seluruhnya untuk kebajikan masyarakat sehingga beliau jatuh sakit selepas PRU-13.

Almarhum meninggal dunia pada jam 11.10 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah, meninggalkan 2 orang balu dan 14 orang anak setelah bekerja kuat untuk rakyat. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Amin.

Almarhum yang cukup dikenali dengan ketegasannya sewaktu mentadbir kerajaan negeri Kedah dan visinya sukar dibaca oleh lawan mahupun kawan sendiri. Ketokohannya patut dicontohi dan diteladani. Patah tumbuh hilang berganti. Namun, kehilangan beliau pasti sukar dicari ganti dan sangat memberi pengajaran kepada sesiapa yang mahu mengambil pengajaran.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'azam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan permaisuri mencemar duli menziarahi jenazah beliau yang ditempatkan sementera di Komplek PAS Pokok Sena sebelum dibawa ke Muasasah Darul Ulum untuk disemadikan. Pada 9 Mei yang lalu, Al-Marhum Tan Sri sudah mengalami pembedahan kaki yang disebabkan oleh penyakit kencing manis yang kronik yang membawa kepada pemotongan kedua belah kakinya.

[Gambar-gambar yang diambil dari blogger2]













 





Khamis, 19 September 2013

13 tahanan Ops Bubar dibebaskan

Hakim Mahkamah Tinggi Taiping memutuskan permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman diluluskan dan 13 tahanan dibebaskan sehingga kes tersebut didengar semula pada masa yang akan datang kelak.

Tertuduh diwakili barisan peguam yang berkaliber mampu meyakinkan hakim dengan hujah-hujah mereka yang , antap dan bernas. Alhamdulillah, pihak DM rasa bersyukur dengan keputusan ini dan berharap ia akan berjalan dengan lancar kelak.

Perjuangan: Tetap utuh walaupun disebalik jeriji besi

Mahkamah Tinggi Taiping hari ini akan mendengar rayuan kesemua tahanan yang dipenjarakan tempoh hari oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar. Mereka dibawa masuk setelah pihak mahkamah menetapkan hari ini kes ini akan didengari oleh hakim. Doa dan harapan diiringkan bersama para pejuang ini supaya mereka dihukum dengan seadil-adilnya tanpa dipengaruhi pihak tertentu yang tidak mahu kegiatan mereka terbongkar. Campur tangan dalam penghakiman akan memburukkan lagi persepsi masyarakat Malaysia terhadap sistem keadilan di negara ini.

Rabu, 18 September 2013

Minyak naik 20 sen seliter, barang nak naik berapa pula ye?

https://www.youtube.com/watch?v=hU8AEgq9lSM&feature=youtube_gdata_player

Selasa, 17 September 2013

Jadual Pengajian Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar pada bulan September 2013

Posting jadual terlewat. Harap maaf.

Jadual pengajian sepanjang bulan September 2013 sudah dikeluarkan oleh pihak Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar, Perak.

Sukacita dimaklumkan bahawa pengunjung boleh memuat turun jadual tersebut melalui link ini atau skrol dibahagian MUAT TURUN di bawah.

Jadual September 2013 >> klik disini

Jadual adalah tertakluk kepada sebarang pindaan. Bersama kita dapat manfaatkan.

Admin

Utusan tarik balik fitnah terhadap Husam, bayar kos RM40,000 - The Malaysian Insider

Utusan tarik balik fitnah terhadap Husam, bayar kos RM40,000 - The Malaysian Insider

Ahad, 15 September 2013

Tahalluf Siyasi: Maju Kehadapan, Bukan Undur Kebelakang

Dipetik daripada WhatsApp PRU14

Kaji Hanya Untuk Penambahbaikan

Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS? dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dikatakan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (Persefahaman Politik) dalam Pakatan Rakyat.

Saya tidak menghadiri Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam sekalipun saya benar-benar berhasrat untuk hadir. Keuzuran dan situasi kesihatan menghalang saya untuk hadir ke program yang saya sifatkan sangat bermakna itu. Justeru, saya tidak mendengar sendiri ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Berkemungkinan ia hanya ulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau ataupun sememangnya dipetik dari ucapan beliau, wallahulam.

Walau bagaimanapun, suka untuk saya memberikan respon terhadap tajuk yang digunakan di muka hadapan Sinar Harian iaitu PAKATAN RUGIKAN PAS? Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.

Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO. UMNO bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.

Senjata UMNO ialah perkauman, lambang UMNO ialah keris tidak bersarung, politik UMNO ialah politik samseng jalanan, sampai bila-bila non Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cermin mata politik UMNO yang penuh dengan habuk kebangsaan.

Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam. Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin UMNO sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini.

PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia.

Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur.

Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yang berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan daripada non Muslim.

Di sinilah letaknya misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik. Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara.

Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam. Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam. Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.

Sekian.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS.
Bertarikh : 9 Zulkaedah 1434H bersamaan 15 September 2013M

Jumaat, 13 September 2013

13 orang pendokong keadilan dipenjara 2 tahun dan didenda RM5000

KUALA KANGSAR, 13 Sept - Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini menjatuhkan hukuman 2 tahun penjara dan RM 5000 denda ke atas 13 pendokong keadilan yang ditangkap ekoran memprotes dan berdemonstrasi menentang pembentukan kerajaan kudeta Perak pada tahun 2009 yang lalu.

Hakim Nurshalla Hamzah menjatuhkan hukuman tersebut setelah 5 tahun kes ini dibicarakan dan juga selepas Barisan Nasional berasa selesa dengan mandat yang diperoleh pada PRU13 yang lalu.

Yang ditahan terdiri daripada peniaga, dan juga pelbagai latar belakang lagi dan mereka memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses 'pengadilan' dilakukan. Wakil peguam tertuduh menyatakan bahawa pihaknya akan memfailkan notis rayuan di mahkamah tinggi.

Kerajaan baru dibentuk pada tahun 2008 yang lalu merupakan gabungan pertama yang memerintah Perak selain daripada Barisan Nasional. Pelbagai polisi dilaksanakan yang bersifat mesra rakyat dan berkebajikan. Suasana tersebut tidak disenangi oleh Barisan Nasional dan mengatur strategi supaya kerajaan tersebut tumbang ke tangan mereka semula. Setelah 3 ADUN berpaling tadah, Jamaluddin (Behrang), Osman Jailu (Changkat Jering), dan Hee Yit Foong (Jelapang) menyatakan pendirian mereka sebagai Adun Bebas yang mesra BN, kerajaan Perak teraju Pakatan Rakyat dirampas dengan tidak demokratik dan BN menguasai kerajaan tersebut sehingga PRU13.

Dimaklumkan bahawa kesemua tertuduh dipenjarakan di Penjara Tapah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sabtu, 31 Ogos 2013

[Video] Haram demo di Mesir, halal pula di Syria: Agamawan jangan jadi bacul cari dalil untuk menyebelahi pihak yang batil



KUALA KANGSAR, 30 Ogos 2013 - Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan bahawa pihak-pihak tertentu tidak boleh membuat penyataan yang terpilih terhadap apa yang berlaku di Mesir dan di Syria. Beliau bersetuju dengan jangan keluar dengan senjata dan dalam masa yang sama menyifatkan penghujahan mengenai haram berdemonstrasi adalah kurang tepat. Kes ini merujuk kepada protes rakyat Mesir terhadap tindakan junta tentera Mesir merampas kuasa dari presiden Mesir yang sudah setahun dipilih melalui sistem demokrasi yang telus dihukumkan haram tetapi berlainan pula jadinya jika dihukumkan terhadap rakyat Syria yang menentang Presiden Basyar Al-Assad. Baru-baru ini Kerajaan Arab Saudi menyatakan sokongan terhadap tindakan tentera di Mesir dan sebaliknya di Syria. Beliau mengulas tindakan sesetengah agamawan yang mengikut arus di dalam menghukum sesuatu tindakan yang berlaku mutakhir ini di satu program anjuran Pusat Islam, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), Kuala Kangsar, Perak. Program yang dikenali sebagai Bicara Ad-Deen ini menampilkan tokoh-tokoh agama dari seluruh pelosok negara sebulan sekali bermula Julai lalu sehingga November tahun ini.

Selasa, 13 Ogos 2013

[Kartun] Syaitan Tak Sangka Ia Berlaku

إحلف كل ده حصل وإحنا محبوسين
Swear all this has happened and we are cooped up!!
Sumpah semua ni terjadi sewaktu kami kena penjara!!

Syaitan terkejut kejadian rampasan berlaku sewaktu mereka diikat dan dipenjarakan. Syaitan adalah entiti luar yang mengganggu kehidupan anak Adam. Yang lebih buruk adalah nafsu yang lebih teruk daripada syaitan perangainya bersarang di dalam tubuh diri manusia. Fikir2kan
 

Rabu, 7 Ogos 2013

Isnin, 5 Ogos 2013

Antara Munafik dan Kafir: Mana Lebih Bahaya?

Walaupun penulisan ini sudah lama, tetapi hari ini  baru terjumpa dan terdetik untuk memberikan komen atas penulisan beliau (Dr. Ridhuan Tee Abdullah, Cina-Islam) di Sinar Harian, 10 Jun 2013

"Pada 1 Jun minggu lalu saya dijemput berceramah (forum) oleh sebuah pertubuhan Islam di Singapura. Malangnya, setiba di sana saya ditahan dan disoal siasat selama 1 jam. Saya tidak tahu sebab musababnya. Tiga bulan lalu saya turut dijemput, tidak timbul masalah sebegini.
Sebelum itu, sudah lama juga (hampir 4 tahun) saya tidak ke Singapura kerana tidak dapat clearance daripada pihak berkuasa di sana. Saya sudah dapat agak sebabnya. Cuma, kali ini (2013) saya hairan kerana saya dijemput semula. Seperti biasa saya menerima jemputan tersebut.

Saya disoal siasat dengan pelbagai soalan bersifat amat peribadi. Semua perkara mengenai saya dan keluarga ditanya mahukan jawapan. Saya menjawab semua soalan dengan baik, sehinggalah percubaan untuk mengambil telefon bimbit saya. Ketika itu, saya mula berkeras, kerana ia terlalu peribadi dan saya tidak benarkan sama sekali.

Khamis, 25 Julai 2013

PM umum bantuan RM500 kepada penjawat awam

Najib Razak
KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.

Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya. - Bernama

Berita dipetik daripada SinarHarian

Komen DM, Selangor pun mengalami proses pemberian 1 kenaikan gaji tahunan tetapi masih mampu membayar bonus 1 bulan gaji. Kerajaan Malaysia hanya mampu membayar RM 500 dari gred 54 ke bawah. Gred JUSA C ke atas sehingga TURUS 1 apa cerita? Bersabarlah kakitangan kerajaan Najib, ada masa untuk berubah, anda sia-siakan dahulu sewaktu PRU-13, janganlah riuh sangat kalau tak dapat apa yang diimpikan. Doa2kanlah bonus yang CUEPACS usulkan itu berjaya dan dipersetujui oleh Najib Razak. Amin.

BN kekalkan kedudukan 17:15 dengan majoriti 2,500 lebih

Pilihanraya N. 01 Kuala Besut menyaksikan Barisan Nasional mengekalkan penguasaan ke atas peti undi DUN tersebut mengatasi calon PAS dengan 2500 lebih undi. Sudah banyak wang ditaburkan untuk menawan hati pengundi dan tidak menjadi sesuatu yang pelik jika BN boleh berada di dalam zon yang selesa.


Duit sempena PRK Kuala Besut merupakan pemberian terpilih dan tidak ada pada pengundi-pengundi selain dari kawasan DUN tersebut. Apa tujuannya? Maka sangatlah jelas bahawa duit ini bukan duit 'raya', tetapi duit 'rayuan undilah saya'.

Buat yang sudah bernazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur dan berbogel keliling Kuala Besut. Jangan terlampau angkuh dengan membuat kenyataan yang bukan-bukan. Berbogel adalah perkara maksiat (haram). Ada yang berpendapat mengatakan bahawa bernazar atas perkara batil/maksiat dikenakan kafarah. Maka berhati-hatilah dalam menjanjikan sesuatu apabila ingin mencapai sesuatu. Bernazar atas perkara sia-sia juga tiada faedahnya. Apa salah jika bernazar untuk khatam Al-Quran ke jika BN menang. Moga-moga beroleh pahala. Itu pun jikalau kemenangan itu tidak digauli atau dicampuri dengan aktiviti-aktiviti menghina ulamak sepanjang kempen, merasuah orang ramai, membuat fitnah dan mengadu-domba.

Rabu, 24 Julai 2013

Selangor umum bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya.

Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas menteri besar.


sumber: Malaysiakini


Komen DM, Kerajaan Negeri Perak dan Persekutuan apa tunggu lagi, takkan tak ada apa-apa kot. Kerajaan Selangor ada banyak lebihan, mereka boleh, mengapa Kerajaan Pusat atau kerajaan-kerajaan negeri yang lain tidak mahu belajar dengan mereka. Selamat membeli belah dengan berhemah buat kakitangan kerajaan negeri Selangor.

Ada Wakil atau Tidak, Islam Tetap Melarangnya

Berikut dipetik sebulat suara dari portal Malaysiakini

Dua daripada empat peserta Muslim dalam pertandingan Miss Malaysia World 2013 menafikan mempertikaikan fatwa yang mengharamkan umat Islam terlibat dalam acara ratu cantik.

Sara Amelia Muhammad Bernad (gambar kanan), 20 berkata, kenyataannya sebelum ini berhubung perkara itu pendapat peribadi dan tidak berniat melanggar fatwa, lapor Berita Harian.


"Saya tidak berniat menghina agama Islam, sebaliknya hanya menyatakan pendapat peribadi berhubung fatwa itu.

"Jika saya dianggap seolah-olah mencabar, saya mohon maaf," katanya melalui SMS kepada harian itu.

Sementara itu, Wafa Johanna De Korte, 19, pula dilapor berkata, beliau akur dengan pembatalan penyertaannya walaupun kecewa tidak dapat memenuhi impiannya.

"Saya berpendapat perlu ada wakil peserta Melayu, tetapi fatwa menetapkan orang Islam tidak dibenarkan menyertainya dan saya terpaksa akur," beliau dilapor sebagai berkata.

Komen DM, tiada istilah mewakili kaum atas perkara yang batil. Islam menjaga maruah manusia dari dinodai oleh syaitan dan nafsu. Maka mendedahkan aurat tetap haram dan berdosa di sisi Islam. Apakah memperdagangkan rupa bentuk tubuh kita untuk sesuatu nilai berbentuk wang dan kemasyhuran itu melebihi daripada ganjaran syurga Allah di akhirat nanti. Percayalah, hilangnya sebuah harga diri apabila dijaja tubuh  badan untuk kesenangan dan kemewahan hidup di dunia.

Isu Makan di Bilik Persalinan SK Pristana

Isu sekolah Sri Pristana, ini adalah artikel yang saya jumpa (terima kasih kepada sesiapa yang telah memberikan link blog tersebut). Ini adalah terjemahan nya.

Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut.

"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.

Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat: 

Isnin, 22 Julai 2013

Ramadhan sebagai Platform Perubahan

Setiap tahun manusia akan berjumpa dengan bulan yang paling mulia iaitu bulan Ramadhan. Pada bulan inilah manusia berlumba-lumba untuk memperbanyakkan tingkat pahala mereka melalui amal ibadat khusus dan sunat. Manusia berlumba-lumba ingin berubah daripada tidak baik kepada baik, daripada baik kepada lebih baik.

Ada sesetengah masyarakat yang diberikan hidayah oleh Allah dibulan Ramadhan dan ada juga yang mencari hidayah Allah dibulan Ramadhan seperti:


  1. Cuba untuk menunaikan solat cukup 5 waktu sehari semalam yang sebelum ini sangat malas solat.
  2. Cuba untuk bersedekah yang sebelum ini sangat kedekut dan berkira.
  3. Cuba untuk memakai tudung yang sebelum ini mendedahkan rambut.
  4. Cuba menjadi isteri yang baik dengan memasak juadah berbuka dan sahur untuk suami yang sebelum ini pergi dapur pun tidak mahu.
  5. Cuba untuk berpakaian longgar yang sebelum ini berpakaian ketat seperti sarung nangka.
  6. Cuba untuk bercakap baik yang sebelum ini selalu maki dan bercakap kasar dengan orang lain.
  7. Cuba senyum yang sebelum ini masam mencuka dan sombong.
  8. Cuba bagi salam yang selama ini pandang orang pun tidak mahu.
  9. Cuba menjaga batasan pergaulan yang sebelum ini suka bertepuk tampar antara lelaki dan perempuan bukan muhrim.
  10. Cuka berbuat baik dengan ibu bapa yang sebelum ini selalu menderhaka.

Khamis, 11 Julai 2013

Ucapan Sambutan Ramadhan oleh PM Britain



Ucapan sempena menyambut Ramadhan buat seluruh umat Islam di Britain dan seluruh dunia. Highlight yang paling baik adalah penumpuan beliau kepada seluruh umat Islam, sama ada di negara bergolak, aman dan mana-mana negara yang mengalami konflik menuntut keamanan dan demokrasi. Semoga Allah memberi hidayah-Nya kepada siapa Dia kehendaki. Amin.

Rabu, 10 Julai 2013

13 Kesilapan di Bulan Ramadhan

Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:- 
  1. Berpuasa tetapi tidak solat sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat; anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.
  2. Tidak menjaga batas-batas agama aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung, memakai pakaian yang ketat-ketat (short. legging, jeans), baju tidur, baju yang nipis sehingga seolah-olah tidak berpakaian kerana terlampau nipis.
  3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video, CD dan tidur.
  4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.
  5. Semakin cepat marah sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.
  6. Membazir ketika berbuka puasa. Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.
  7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah
  8. Membakar wang dengan membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun. Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah. "Sesungguhnya orang membazir itu merupakan saudara syaitan", petikan terjemahan salah satu ayat Al-Quran mengenai orang yang suka membazir.
  9. Hanya puasa makan dan minum sahaja. Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya; Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
  10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak; "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43) Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).
  11. Menang sorak, tarawih ala kadar solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itusendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna; Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat; Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.
  12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja dan tidak mahu menghayati ayat Al-Quran.
  13. Tidak mahu bersahur. "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)
 Sumber: http://smkasegamat.edu.my

dan disunting dengan beberapa input tambahan