Carian

Selasa, 29 Januari 2013

Pakaian Harian Wanita Islam Sebagai Pakaian Solat

Dikongsi daripada penulisan Ustazah Aida


Hadis Nabi s.a.w:"sesungguhnya Ummu Salamah bertanya kepada nabi s.a.w, bolehkah seorang wanita solat dengan memakai baju kurung dan tudung tanpa jubah (yang menutup dari kepala ke kaki)? Baginda menjawab: "(boleh) jika baju itu labuh menutup kedua kakinya." (Riwayat Abu Daud).



Hadis Nabi s.a.w: " allah tidak akan menerima solat wanita yang sudah baligh kecuali dengan (memakai) khimar." (Riwayat Abu Daud).



Khimar: sesuatu yang menutupi kepala atau menutupi seluruh tubuh kecuali wajah dan kedua tapak tangan.



Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa Allah dan Rasulullah tidak pernah menetapkan pakaian solat utk wanita dengan syarat suci dan bersih serta menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua tapak tangan..oleh itu, pakaian harian seorang wanita islam dan pakaian solat tiada bezanya. Ini kerana pakaian harian yang dipakai oleh seorang wanita islam adalah pakaian yang boleh dipakai untuk solat.


Khamis, 24 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul: Kemenangan Islam Itu Pasti Datang

Capal kepunyaan Rasulullah SAW
Salam Maulidur Rasul buat kalian pengunjung blog ini dan pengunjung Facebook yang dikasihi sekalian. Rasulullah telah pergi meninggalkan kita hampir 1421 tahun hijrah (jika tak betul boleh maklumkan pada saya), namun pesanan dan ingatan baginda terhadap umatnya yang hidup selepas kewafatan baginda masih terngiang-ngiang melalui catatan yang ditulis oleh ulama' - ulama' hadith.

Rasulullah pernah mengingatkan bahawa baginda mewariskan 2 perkara yang mana jika umatnya pegang dengan bersungguh-sungguh, maka umatnya itu tidak akan sesat buat selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Rabu, 23 Januari 2013

Aceh Bergegar Lagi: Gempa berukuran 5.5 skala Ritcher

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un

Itu yang mampu diungkap berikut kejadian gempa bumi yang melanda bumi Aceh pada pagi 22 Januari 2013. Menurut sumber berita yang diperoleh melalui internet menyatakan bahawa seorang terkorban dan belasan yang lain cedera akibat runtuhan bangunan. Sekitar 80 lebih buah rumah runtuh kerana gegaran gempa bumi daratan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Kanak-kanak bermain dekat runtuhan kesan gempa bumi berskala 5.5 skala Ritcher

Kredit gambar
FOTO ANTARA/Irwansyah Putra/ed/ama/13
Gambar Gempa 22 Jan 2013 

Rabu, 16 Januari 2013

Isu 'Listen' Zohra vs KS Bawani: Masing-masing mahu berlepas tangan

Susulan dengan kebangkitan suara mahasiswa di Dewan Muadzam Shah, UUM Sintok, Kedah bersempena dengan Forum Suara Mahasiswa yang menjadi tegang kerana kecabulan Sharifah Zohra Jabeen didalam mengendalikan majlis dengan menghina dan menyekat KS Bawani daripada terus melontarkan pendapat kepada ahli dewan, beliau diperli dan dikutuk secukup-cukupnya atas tindakan liar beliau.


Yang lebih malang lagi Khaiy Jamaluddin menafikan bahawa Zohra mewakili BN.


Lagi teruk KIMMA juga berpendirian yang sama


Tup tup UUM pun tidak mahu mengaku juga

Tetapi mesti diingat, siapa penganjurnya, lihat poster dibawah




MPP UUM pun sepuluh sen jugak, sama sahaja nada mereka. Kasihan. Ada yang nak bangkang ke, sebelum nak kata apa-apa tengok bagi habis.

Agent Provocateur: Pencetus Huru-Hara

Agent Provocateur ialah ajen khas yang dilatih untuk menyusup masuk ke dalam sesuatu kumpulan atau organisasi bagi menimbulkan suasana yang kurang senang dan menimbul reaksi spontan untuk bertindak di luar kerangka sesuatu tugasan dan lebih spesifik adalah untuk menimbulkan situasi jenayah. Kebiasaannya ajen-ajen dilatih oleh polis atau pihak-pihak berkepentingan.

Himpunan Kebangkitan Rakyat atau HKR-KL112 merupakan sebuah perhimpunan aman yang berlangsung pada 12 Januari 2013 menuntut beberapa tuntutan terutamanya mengenai pembersihan sistem pilihanraya, tanah, sisa Lynas dan banyak lagi. Himpunan berakhir dengan aman dengan sorakan gembira dari kalangan peserta dan mereka sangat gembira pihak berkuasa terutama Polis DiRaja Malaysia memberikan kerjasama sepenuhnya dengan baik. Mereka dilihat bersalam-salaman sebelum beredar dan tiada satu kanister gas pemedih mata pun ditembak ke arah demonstran.

Pendidikan Percuma: KS Bawani, Mahasiswi Yang Berani

Listen! Listen! Listen! Listen! Listen! 
Listen! Listen! Listen! Listen! Listen!
(dah macam khutbah raya la pula kan?)

Gegak gempita seluruh pelosok negara Malaysia dengan suara Sharifah Zohra Jabeen yang memotong kebebasan bersuara seseorang dengan menarik alat pembesar suara serta menghina beliau dengan jawapan-jawapan yang tidak sebarang persoalan yang cuba diajukan oleh KS Bawani.

KS Bawani
KS Bawani, seorang mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM) bangkit untuk menyatakan pendiriannya mewakili mahasiswa/i dalam hal pendidikan percuma dan himpunan Bersih. Ucapan beliau dipotong mentah-mentah oleh Zohra dan menyuruh beliau diam dengan mengucapkan "Listen" berulang kali.

Tindakan Zohra yang sungguh sombong dan angkuh selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia membuatkan ramai bertambah muak dengan Barisan Nasional yang terang-terangan menyebut, kebebasan bersuara hanya kepada pemerintah sahaja. Setiap kerja pemerintah tidak boleh dipersoalkan meskipun hujah Bawani mengenai perbandingan negara-negara bermasalah dengan Malaysia sangatlah relevan.

Sharifah Zohra Jabeen
Meskipun BN dan pengikut-pengikutnya beranggapan bahawa Bawani dihantar oleh PR, maka itulah menunjukkan wajah sebenar BN yang memperlihatkan bahawa kerajaan yang ada sekarang bukanlah kerajaan Malaysia tetapi lebih sedap dipanggil kerajaan Barisan Nasional. Tindakan Zohra menghalang suara si cerdik pandai ini, membuatkan kebanyakan audien di dalam dewan tersebut diperbodohkan terus oleh Zohra dengan hujah yang tidak boleh diterima akal (hujah binatang ada masalah).

Tahniah buat mahasiswa/i berani dalam menyatakan kebenaran yang patut dilihat oleh semua orang dan biarkan rakyat menilai sejauh mana kebenaran itu diterima.



Selasa, 15 Januari 2013

Melucah: Aktiviti Kesukaan Cybertrooper UMNO


Gambar yang diubahsuai blogger fahaman UMNO-BN (Parpu Kari) bertujuan menfitnah Pakatan Rakyat (PR)
Gambar sebenar yang boleh dilihat di ZainHD.com
'Terima Kasih' BN sebagai pemerintah Malaysia kerana melahirkan generasi United Malays No Otak macam Parpu Kari nih. 'Tahniah'

Isnin, 14 Januari 2013

Public Lecture on Moderation: Comparative Religion Perspective

Prof. Dr. Mahmoud M. Ayoub
Today, we received great honour to have public lecture by Dr Mahmoud M. Ayoub from USA at Sultan Azlan Shah Islamic University College (SAS-IUC). 

Here his background. Dr. Mahmoud M. Ayoub was born in South Lebanon. He received his education at the American University of Beirut (BA, Philosophy, 1964), the University of Pennsylvania (M.A., Religious Thought, 1966), and Harvard University (Ph.D., History of Religion, 1975).

From 1988 to 2008, he was a Professor and director of Islamic Studies in the Department of Religion, Temple University, Philadelphia, an Adjunct Professor at the Duncan Black Macdonald Center, Hartford Seminary, Connecticut, a Research Fellow at the Middle East Center, University of Pennsylvania and the Tolson visiting professor at the Pacific School of Religion, Berkeley California. In 1998, Dr. Ayoub helped devise and launch a graduate M.A. level program in Muslim-Christian relations and comparative religion for the Centre for Christian-Muslim Studies, University of Balamand, Lebanon, and since the Spring of 1999, has been its visiting professor. Mahmoud Ayoub has also previously taught at San Diego State University, the University of Toronto, and McGill University.

Sabtu, 12 Januari 2013

[VIDEO] Kumpulan pertama bergerak ke Stadium Negara

Watch "Kumpulan pertama dari Masjid Negara" on YouTube

HKR KL112: Peserta kumpulan pertama sudah mula pergerakan.

Hj Muhammad bin Sabu sudah memberi taklimat awal kepada peserta yang berada di Masjid Negara. Kumpulan awal sedang diberi taklimat untuk mula bergerak ke Stadium Negara. Semua pasukan bersiap sedia termasuk polis, unit amal, dan perubatan dalam membantu melicinkan perjalanan program.

HKR KL112: Peserta mula berhimpun

Peserta mula dilihat berkumpul diperkarangan Masjid Negara

HKR KL112: Perayaan Buat Rakyat Malaysia


Selamat datang ke Kuala Lumpur dan menjejaki sejarah kegemilangan suara rakyat tahun 1957.

Pastikan beberapa perkara secara peribadi untuk disediakan
  1. Kamera (Static atau Video untuk merakam detik-detik bersejarah dan sebarang perkara yang tidak diingini (jika ada))
  2. Tuala (mengesat peluh)
  3. Garam (bersedia sebarang kemungkinan yang tidak diingini)
  4. Air mineral yang secukupnya untuk menghilangkan dahaga
Selamat berjalan kepada semua!!!

Sabtu, 5 Januari 2013

Aku Naik Saksi Bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah, dan Rasulullah itu Pesuruh Allah

اشهد الا اله الا الله, واشهد ان محمد رسول الله
Penyaksian yang meyakini bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan Muhammad itu Pesuruh Allah.

Sejauh manakah penyaksian ini dizahirkan dan dilaksanakan sepanjang hayat kita di dunia ini?

Cuba perhatikan pemimpin-pemimpin ini berkata dan mereka ini mengaku bahawa mereka adalah muslim.


Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia ke-4, 1981 - 2003)
1984
"Bahawa masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sama-sama bersetuju menolak undang-undang Islam di Malaysia" - Laporan The Star, 10 Oktober 1984

1991
"Perlaksanaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan" - Hasil temubual wartawan, 18 Ogos 1991

"Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata membuat persediaan untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka" - PAU, 8 November 1991