Carian

Rabu, 16 Januari 2013

Agent Provocateur: Pencetus Huru-Hara

Agent Provocateur ialah ajen khas yang dilatih untuk menyusup masuk ke dalam sesuatu kumpulan atau organisasi bagi menimbulkan suasana yang kurang senang dan menimbul reaksi spontan untuk bertindak di luar kerangka sesuatu tugasan dan lebih spesifik adalah untuk menimbulkan situasi jenayah. Kebiasaannya ajen-ajen dilatih oleh polis atau pihak-pihak berkepentingan.

Himpunan Kebangkitan Rakyat atau HKR-KL112 merupakan sebuah perhimpunan aman yang berlangsung pada 12 Januari 2013 menuntut beberapa tuntutan terutamanya mengenai pembersihan sistem pilihanraya, tanah, sisa Lynas dan banyak lagi. Himpunan berakhir dengan aman dengan sorakan gembira dari kalangan peserta dan mereka sangat gembira pihak berkuasa terutama Polis DiRaja Malaysia memberikan kerjasama sepenuhnya dengan baik. Mereka dilihat bersalam-salaman sebelum beredar dan tiada satu kanister gas pemedih mata pun ditembak ke arah demonstran.


Namun begitu kenyatan Ketua Polis Negara bahawa ada segelintir daripada peserta yang mencaci pihak mereka pada 15 Januari 2013 kepada Malaysiakini memberikan gambaran bahawa peserta cuba membuat provokasi. Tetapi persoalannya, mengapakah pihak PDRM tidak mengambil sebarang tindakan sama ada menangkap atau melakukan sesuatu kepada peserta-peserta ini.

Dua keadaan yang boleh menimbulkan suasana tegang sebegitu rupa adalah berdasarkan bahawa:-
  1. Peserta tersebut terlampau geram kepada polis kerana imej dan perkhidmatan yang kerap kali berat sebelah kepada pihak kerajaan BN dan menafikan hak kepada sesiapa yang mendokong perjuangan pembangkang, atau
  2. Mereka ini adalah ajen provokasi untuk menaikkan semangat orang sekeliling untuk bertindak diluar batasan dan undang-undang. Ini pernah berlaku ketika Bersih 3.0 yang berlangsung pada 28 April 2012
 Ajen provokasi ini dilihat berpakai serupa dengan peserta perhimpunan tetapi mempunyai sedikit perbezaan supaya menjadi tanda untuk mengelakkan diri di pukul oleh polis. Antara yang dapat dilihat sendiri, seorang lelaki yang tegap badannya, bersusuk tubuh sesuai dikenali sebagai polis atau bouncer, mengenakan T-Shirt Bersih 4.0 (Bersih 4.0 merupakan gerakan Anti-Bersih 3.0) dan hanya membawa 2 bendera parti (PAS dan PKR, tetapi DAP tidak ada) dan 1 bendera negeri (Pulau Pinang). Keadaan mencurigakan dan disyaki salah seorang daripada ajen provokasi. Di maklumkan oleh rakan seperhimpunan, beberapa orang yang disyaki telah dikenalpasti dan mereka dikawal daripada bertindak. Sebahagian besar agenda ajen provokasi ini lumpuh semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) berlangsung. Namun begitu, disyaki ada masih terlepas pandang dan itu mungkin menimbulkan cacian yang disebut oleh Tan Sri Ismail Omar, KPN kepada Malaysiakini. Sekali ya yang mencaci itu adalah peserta yang tulen, tindakan yang sewajarnya boleh diambil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan