Carian

Sabtu, 5 Januari 2013

Aku Naik Saksi Bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah, dan Rasulullah itu Pesuruh Allah

اشهد الا اله الا الله, واشهد ان محمد رسول الله
Penyaksian yang meyakini bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan Muhammad itu Pesuruh Allah.

Sejauh manakah penyaksian ini dizahirkan dan dilaksanakan sepanjang hayat kita di dunia ini?

Cuba perhatikan pemimpin-pemimpin ini berkata dan mereka ini mengaku bahawa mereka adalah muslim.


Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia ke-4, 1981 - 2003)
1984
"Bahawa masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama sama-sama bersetuju menolak undang-undang Islam di Malaysia" - Laporan The Star, 10 Oktober 1984

1991
"Perlaksanaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan" - Hasil temubual wartawan, 18 Ogos 1991

"Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata membuat persediaan untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka" - PAU, 8 November 1991


1992
"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" - Ucapan di Papar, Sabah, 2 Mei 1992

1994
"Hukum rejam kepada penzina adalah primitif" - Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994

"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini" - Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994

1996
"Apabila seseorang Islam hidup sebagai seorang minoriti di dalam negara asing, maka dia tidak perlu melaksanakan hukum-hukum Al-Qur'an atau hukum-hukum yang dirangka oleh ahli-ahli perundangan Islam di tempat lain atau di masa dulu." - Perasmian Seminar Mengenai Pentadbiran Undang-undang Islam, IKIM, KL, 23 Julai 1996

1997
"Yang salah ialah kita kerana mengutamakan penutupan aurat dan bukan pencegahan jenayah nafsu seks yang merupakan tujuan utama ajaran Islam" - PAU, 5 September 1997

"Siapa tau janggut Nabi macam mana? Siapa biasa tengok janggut Nabi? Ada gambar? Kita tak tahu. Ada pula yang kata janggut mesti sampai pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tahu" - Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997

"Kita tak tahu sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillete. Zaman Nabi ada Gillete ke? Tak ada? Pisau cukur pun tak ada masa itu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana-sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak... (di) padang pasir" - Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997

1999
 "Saya adalah Maha Fir'aun" - Laporan Berita Harian, 20 Julai 1999

2012
"Kita harus tahu apakah dianya hukum ini . Yang pertamanya hukum hudud ini  dibentuk oleh ahli-ahli Feqah. Dia tidak terdapat dalam quran. Dalam quran ada hukum-hukum tidaklah begitu keras  seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli Feqah." - UNIMAS, 26 Februari 2012

Kassim Ahmad (Penggerak Anti-Hadith)
1988
"Menjadikan selain kitab Allah (iaitu hadith nabi) sebagai sumber undang-undang, yakni menduakan sumber kuasa samalah dengan menyekutukan tuhan" - Laporan Utusan Malaysia, 1 Julai 1988






Dato Seri Mohd Najib Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia ke-6, 2008 - sekarang)
1992
"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan dikalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila huku hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu." - 20 April 1992

1993
"Negara ini akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan" - Laporan Utusan Malaysia, 20 April 1993

2011
"Undang-undang Hudud kita tidak akan laksanakan di Malaysia ini, walaupun kita terima bahawa ini undang-undang tuhan. Dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang-orang Islam, kita terima hakikat ini bahawa inilah undang-undang tuhan. Tetapi kalau kita nak laksanakan ia mesti berpaksi kepada realiti. Kalau kita tanya pada ulama', undang-undang Islam itu tidak boleh laksanakan melainkan kita ambil kira persekitaran dan realiti" - 24 September 2011

Tun Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia ke-5, 2004 - 2008)
1999
"Apa ertinya Negara Islam jika mundur" - Laporan Berita Harian, 13 November 1999

1 ulasan:

  1. Tiada apa yang mustahil kalau mencuba untuk melakukan hudud..Islam bukan agama yang kejam..Kalau kita bersatu hati InsyaAllah hukum islam boleh dilakukan di MAlaysia

    BalasPadam