Carian

Selasa, 29 Januari 2013

Pakaian Harian Wanita Islam Sebagai Pakaian Solat

Dikongsi daripada penulisan Ustazah Aida


Hadis Nabi s.a.w:"sesungguhnya Ummu Salamah bertanya kepada nabi s.a.w, bolehkah seorang wanita solat dengan memakai baju kurung dan tudung tanpa jubah (yang menutup dari kepala ke kaki)? Baginda menjawab: "(boleh) jika baju itu labuh menutup kedua kakinya." (Riwayat Abu Daud).



Hadis Nabi s.a.w: " allah tidak akan menerima solat wanita yang sudah baligh kecuali dengan (memakai) khimar." (Riwayat Abu Daud).



Khimar: sesuatu yang menutupi kepala atau menutupi seluruh tubuh kecuali wajah dan kedua tapak tangan.



Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa Allah dan Rasulullah tidak pernah menetapkan pakaian solat utk wanita dengan syarat suci dan bersih serta menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua tapak tangan..oleh itu, pakaian harian seorang wanita islam dan pakaian solat tiada bezanya. Ini kerana pakaian harian yang dipakai oleh seorang wanita islam adalah pakaian yang boleh dipakai untuk solat.




Sebenarnya, apabila kaum wanita berpakaian mengikut kehendak syariat, tentunya lebih praktikal, khasnya bagi para pekerja yang seharian berada luar dari rumah dan kadang-kadang terpaksa melaksanakan tugas luar daripada pejabat. 



Sebab, apabila kita berpakaian mengikut syariat, apabila masuk waktu solat, mudah untuk kita terus melaksanakan tanggungjawab kepada allah dan tidak perlu mencari-cari pakaian solat yang akhirnya menjadi alasan kepada tidak solat..allah sudah memudahkan kaum wanita, kita yang meremehkannya dengan memakai pakaian yang tidak sesuai untuk solat.



Kesimpulan dan kejelasan yang dapat dibuat di sini adalah pakaian wanita islam yang belum boleh digunakan untuk solat (kecuali kotor dan tidak suci) merupakan pakaian islam yang belum sempurna dan wajib disempurnakan. Hal ini memang cukup berat untuk dilaksanakan oleh seorang muslimah apabila tidak diiringi dengan taqwa dan iman yang mantap kepada allah...kalau kita takut mati, berubahlah daripada sekarang..sebab mungkin kita akan mati dalam masa 2 jam lagi, kita tidak tahu..cepat-cepatlah berubah kerana azab allah bukan seperti melecur terkena air panas tetapi amat pedih daripada itu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan