Carian

Rabu, 16 Januari 2013

Pendidikan Percuma: KS Bawani, Mahasiswi Yang Berani

Listen! Listen! Listen! Listen! Listen! 
Listen! Listen! Listen! Listen! Listen!
(dah macam khutbah raya la pula kan?)

Gegak gempita seluruh pelosok negara Malaysia dengan suara Sharifah Zohra Jabeen yang memotong kebebasan bersuara seseorang dengan menarik alat pembesar suara serta menghina beliau dengan jawapan-jawapan yang tidak sebarang persoalan yang cuba diajukan oleh KS Bawani.

KS Bawani
KS Bawani, seorang mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM) bangkit untuk menyatakan pendiriannya mewakili mahasiswa/i dalam hal pendidikan percuma dan himpunan Bersih. Ucapan beliau dipotong mentah-mentah oleh Zohra dan menyuruh beliau diam dengan mengucapkan "Listen" berulang kali.

Tindakan Zohra yang sungguh sombong dan angkuh selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia membuatkan ramai bertambah muak dengan Barisan Nasional yang terang-terangan menyebut, kebebasan bersuara hanya kepada pemerintah sahaja. Setiap kerja pemerintah tidak boleh dipersoalkan meskipun hujah Bawani mengenai perbandingan negara-negara bermasalah dengan Malaysia sangatlah relevan.

Sharifah Zohra Jabeen
Meskipun BN dan pengikut-pengikutnya beranggapan bahawa Bawani dihantar oleh PR, maka itulah menunjukkan wajah sebenar BN yang memperlihatkan bahawa kerajaan yang ada sekarang bukanlah kerajaan Malaysia tetapi lebih sedap dipanggil kerajaan Barisan Nasional. Tindakan Zohra menghalang suara si cerdik pandai ini, membuatkan kebanyakan audien di dalam dewan tersebut diperbodohkan terus oleh Zohra dengan hujah yang tidak boleh diterima akal (hujah binatang ada masalah).

Tahniah buat mahasiswa/i berani dalam menyatakan kebenaran yang patut dilihat oleh semua orang dan biarkan rakyat menilai sejauh mana kebenaran itu diterima.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan