Carian

Khamis, 24 Januari 2013

Salam Maulidur Rasul: Kemenangan Islam Itu Pasti Datang

Capal kepunyaan Rasulullah SAW
Salam Maulidur Rasul buat kalian pengunjung blog ini dan pengunjung Facebook yang dikasihi sekalian. Rasulullah telah pergi meninggalkan kita hampir 1421 tahun hijrah (jika tak betul boleh maklumkan pada saya), namun pesanan dan ingatan baginda terhadap umatnya yang hidup selepas kewafatan baginda masih terngiang-ngiang melalui catatan yang ditulis oleh ulama' - ulama' hadith.

Rasulullah pernah mengingatkan bahawa baginda mewariskan 2 perkara yang mana jika umatnya pegang dengan bersungguh-sungguh, maka umatnya itu tidak akan sesat buat selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.


Umat Islam kini berada difasa perubahan sedang melangkah untuk mendekati Islam dan cuba memahami Islam dari pelbagai sudut. Bukan sekadar umat yang mengucapkan dua kalimah syahadah yang sudah menjadi taklif untuk melaksanakan segala hukum-hukum Allah, malah ada dikalangan yang belum memeluk Islam sudah ramai berjinak-jinak untuk mendekati Islam melalui lidah-lidah yang lembut yang meneruskan agenda Rasulullah dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah. Kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan keadilan yang selektif sudah mula perlahan-lahan ditinggalkan dan kesepaduan Islam mula berputik dan terbentuk.

Pedang milik baginda Rasulullah SAW
Kegemilangan Islam bukanlah melalui isolasi membentuk ruang masa yang eksklusif tetapi melalui kerjasama dan muafakat semua pihak yang menyokong dan mendokong kepada mesej Islam keseluruh masyarakat. Tidak timbul perbezaan warna kulit, dialek bahasa yang bercampur baur, bangsa yang bermacam-macam, dan lain-lain lagi dalam membentuk perpaduan sesebuah masyarakat. Islam tetap akan dijulang seperti yang direalisasikan oleh baginda Rasulullah sewaktu memerintah Madinah sebagai negara Islam tulen yang pertama. Madinah merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum dan etnik serta agama seperti Islam, Yahudi, Nasrani, Majusi, Arab, Parsi, Habsyi (Ethiopia), dll. Perbezaan ini tidak menghalang pembentukan pemerintahan Islam yang berdaya maju sehinggakan boleh mentadbir sebahagian besar dunia.

Dengan mengambil iktibar daripada kisah perjuangan Rasulullah, umat Islam wajib berpegang teguh dalam erti kata melaksanakan setiap tuntutan Al-Quran dengan menyeluruh dan menyampaikan keindahan Islam kepada masyarakat yang belum memahami Islam dan menghindarkan diri dari sifat-sifat munafik

3 ulasan:

  1. Salam Maulidur Rasul..Terima kasih sudi berkongsi ilmu..mohon share..

    BalasPadam
  2. silakan selagi bermanfaat untuk para pembaca sekalian

    BalasPadam