Carian

Sabtu, 30 Mac 2013

Jadual Pengajian Masjid Ridzwaniah April 2013 sudah diterbitkan

Jadual pengajian sepanjang bulan April 2013 sudah dikeluarkan oleh pihak Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar, Perak.

Sukacita dimaklumkan bahawa pengunjung boleh memuat turun jadual tersebut melaui link ini atau skrol dibahagian MUAT TURUN di bawah.

Jadual April 2013 >> klik disini

Jadual adalah tertakluk kepada sebarang pindaan. Bersama kita dapat manfaatkan.

Admin

Jumaat, 29 Mac 2013

Media Massa Disekat: Treler Pun Dihambat


Itulah yang terjadi apabila Treler Jelajah Negara Berkebajikan (JNB) milik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memulakan perjalanan mereka menjelajah ke seluruh tempat di Malaysia. 

Pada tanggal 27 Mac 2013, PAS Kawasan Kuala Kangsar telah berjaya membawa dan menerima kedatangan Treler JNB untuk menjadi platform baru dalam menyampaikan maklumat kepada seluruh rakyat yang dahagakan maklumat yang tidak mungkin terdapat di media arus perdana. Perjalanan treler ini sepatutnya ditempatkan di hadapan Pejabat PAS Kawasan Kuala Kangsar. Namun, MPKK (Majlis Perbandaran Kuala Kangsar) dengan melalui YDP yang menggunakan kuasanya menyekat pasukan ini dari bertapak di tempat yang dirancang. Namun begitu, pemindahan lokasi program tidak melenturkan semangat pengunjung. Mereka sedaya upaya mencari maklumat lokasi terbaru dan hasilnya, lebih 1000 pengunjung telah hadir mendengar celoteh Pak Jabit, Bob Lokman dan 3 calon Parlimen Kuala Kangsar


Isnin, 18 Mac 2013

Peguam Kes Scorpene Di Temui Mati



KUALA LUMPUR 18 MAC: Peguam Perancis, Oliview Metzner, yang mewakili firma pertahanan DCNS dalam inkuiri kehakiman kes Scorpene, ditemui mati didakwa sebagai kes bunuh diri.Inkuiri kehakiman itu dimulakan oleh NGO hak asasi Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram).Mengikut BBC News Europe, mayat Metzner (gambar) ditemui terapung di lautan berhampiran pulau peribadinya di Brittany, barat laut Perancis.

Dilaporkan, polis menemui satu nota bunuh diri.Metzner mewakili kepentingan dalam DCNS – syarikat menjual dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia sedekad lalu.Suaram memfailkan siasatan kehakiman kepada mahkamah Perancis pada 2009 berhubung kemungkinan wujudnya rasuah dalam perjanjian Scorpene.

Jumaat, 15 Mac 2013

PI Bala: Kisah Altantuya menghantui pemimpin negara


Kredit: KeadilanDaily

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia hari ini selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini.

Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.

Beliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm.

Rabu, 13 Mac 2013

Bubar Parlimen: Rakyat Menunggu Tarikh Pilihanraya Umum ke-13

13 Mac 2013 (Rabu) ISTANA NEGARA - Mengikut beberapa sumber seperti Twit BHarian, kenderaan Perdana Menteri Malaysia dilihat beredar daripada Istana Negara pada jam 11.29 pagi tadi. Mungkinkah dengan menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka YDPA akan menemukan tarikh pilihanraya umum ke-13 yang memperlihatkan tarikh atau tempoh berkuasa kerajaan yang dilantik pada PRU ke-12 akan tamat tidak lama lagi.

Rabu, 6 Mac 2013

Doubts emerge over Malaysian assault on invaders

FELDA SAHABAT, Malaysia: Malaysia’s military yesterday launched a fierce assault including jet fighters on up to 300 Filipino intruders after a deadly three-week standoff, but the militants’ supporters said they had escaped and were alive and well.

Earlier Malaysia’s national police chief had also raised doubts about the success of the air and ground attack, saying “mopping up” operations had yet to find any bodies and suggesting at least some of the militants might have slipped away.

Malaysian Premier Najib Razak said as the raid was under way that he had no choice but to unleash the military to end Malaysia’s biggest security crisis in years after the interlopers refused to surrender and 27 people were killed.

Anwar Ibrahim: Kenapa Saman Utusan & TV3? Kenapa Tak Saman Philippine Da...

Ketenteraan yang hebat berdasarkan komunikasi yang baik

Sengsara kanser berakhir: Hugo Chavez meninggal dunia

Hugo Chavez
Berdasarkan berita yang dipetik daripada Reuters hari ini menyiarkan cerita mengenai kematian tokoh pemimpin sosialis, Hugo Chavez yang memerintah negara pengeluar minyak tersohor, Venezuela. Chavez yang sebelum dikenali dengan pemimpin yang lantang bersuara dalam menentang sebarang bentuk penindasan terutama terhadap golongan yang miskin. Chavez yang meninggal dunia pada usia 58 tahun meninggalkan legasi kepimpinannya dan penyokongnya yang bertaburan berjuta-juta diseluruh pelosok Venezuela.

Pemimpin mengakhiri pemerintahannya selama 14 tahun di Venezuela dengan pelbagai kenangan yang banyak memberikan impak kepada suasana politik dunia. Ekoran kematiannya juga, negara-negara sekitar Amerika Latin turut merasai kesannya kerana selama ini, Venezuela yang diterajui oleh Chavez banyak membantu terutamanya Cuba yang pulih daripada krisis ekonominya.