Carian

Jumaat, 29 Mac 2013

Media Massa Disekat: Treler Pun Dihambat


Itulah yang terjadi apabila Treler Jelajah Negara Berkebajikan (JNB) milik Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memulakan perjalanan mereka menjelajah ke seluruh tempat di Malaysia. 

Pada tanggal 27 Mac 2013, PAS Kawasan Kuala Kangsar telah berjaya membawa dan menerima kedatangan Treler JNB untuk menjadi platform baru dalam menyampaikan maklumat kepada seluruh rakyat yang dahagakan maklumat yang tidak mungkin terdapat di media arus perdana. Perjalanan treler ini sepatutnya ditempatkan di hadapan Pejabat PAS Kawasan Kuala Kangsar. Namun, MPKK (Majlis Perbandaran Kuala Kangsar) dengan melalui YDP yang menggunakan kuasanya menyekat pasukan ini dari bertapak di tempat yang dirancang. Namun begitu, pemindahan lokasi program tidak melenturkan semangat pengunjung. Mereka sedaya upaya mencari maklumat lokasi terbaru dan hasilnya, lebih 1000 pengunjung telah hadir mendengar celoteh Pak Jabit, Bob Lokman dan 3 calon Parlimen Kuala Kangsar



Kehadiran melebihi 1000 orang memenuhi padang Istana Iskandariah, Kuala Kangsar
Pada 28 Mac 2013 pasukan JNB menyambung perjalanan mereka ke Ipoh. Konvoi ini disekat oleh pihak berkuasa yang mengikut kehendak pihak-pihak tertentu dengan kekuatan yang melampaui batas seolah-olah berniat untuk melambatkan dan menggagalkan program yang dianjurkan oleh PAS daripada motif untuk membuat pemeriksaan.

Diperiksa oleh JPJ


Kisah penahanan dan sekatan yang dibuat tidak menghalang jentera besi PAS ini dari bergerak ke tempat yang dipilih bagi menrik perhatian orang ramai khususnya kepada mereka yang ingin mendengar dari mulut pimpinan PAS sendir apa yang sedang berlaku di Malaysia tercinta. Insiden halang-menghalang boleh mengakibatkan kerajaan yang hampir ajal 5 tahunnya ini menemui titik noktah pemerintahan yang lebih cepat dan memberi ruang yang luas untuk pemerintahan yang baru mengambil alih Putrajaya dalam mentadbir kerajaan Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan