Carian

Rabu, 6 Mac 2013

Sengsara kanser berakhir: Hugo Chavez meninggal dunia

Hugo Chavez
Berdasarkan berita yang dipetik daripada Reuters hari ini menyiarkan cerita mengenai kematian tokoh pemimpin sosialis, Hugo Chavez yang memerintah negara pengeluar minyak tersohor, Venezuela. Chavez yang sebelum dikenali dengan pemimpin yang lantang bersuara dalam menentang sebarang bentuk penindasan terutama terhadap golongan yang miskin. Chavez yang meninggal dunia pada usia 58 tahun meninggalkan legasi kepimpinannya dan penyokongnya yang bertaburan berjuta-juta diseluruh pelosok Venezuela.

Pemimpin mengakhiri pemerintahannya selama 14 tahun di Venezuela dengan pelbagai kenangan yang banyak memberikan impak kepada suasana politik dunia. Ekoran kematiannya juga, negara-negara sekitar Amerika Latin turut merasai kesannya kerana selama ini, Venezuela yang diterajui oleh Chavez banyak membantu terutamanya Cuba yang pulih daripada krisis ekonominya. 


Chavez yang menderita penyakit kanser hampir 2 tahun lamanya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tentera di Caracas dengan kawalan ketat oleh pihak tentera. Pengumuman mengenai kematiannya dibuat oleh Maduro melalui televisyen. Pemergian beliau sangat-sangat dirasai oleh para penyokongnya.

Mengikut peraturan pilihanraya di Venezuela, 30 hari diperuntukkan untuk mengadakan pilihanraya bagi memilih presiden yang baharu. Maduro yang menjadi pilihan mendiang presiden, akan bertembung dengan calon yang pernah tewas kepada Chavez pada pilihanraya yang lalu, Henrique Capriles yang merupakan pemimpin pembangkang dan gabenor negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan