Carian

Khamis, 18 April 2013

Musa Hasan: Bekas KPN menyeru Kerajaan Malaysia yang bakal diberi mandat penggal ke-13 (Pakatan Rakyat) untuk masuk pulihkan sistem 'System Overhaul'.

Harakahdaily, 17 April 2013


Musa Hasan
APRIL 17: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan menyeru kepada pemulihan sistem penguatkuasaan undang-undang di negara ini berdasarkan kepada apa yang beliau sifatkan kegagalan pihak polis untuk menguatkuasakan undang-undang.

Beliau berkata demikian didalam satu forum berkenaan dengan peralihan kuasa yang lancar dan aman, Musa Hasan yang pernah berada dibawah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein sebelum beliau tamat perkhidmatan pada tahun 2010, mengecam tindakan polis yang tidak ambil peduli terhadap sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin BN termasuklah bekas perdana menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad.

Hishamudin Tun Hussein
"Bagi saya, itu (kenyataan tersebut) dilihat seperti hasutan", Portal Malaysiakini memetik kenyataan Musa berhubungan dengan kenyataan Tun Mahathir menyatakan akan ada huru-hara jika Lim Kit Siang iaitu Penasihat DAP menang di Gelang Patah, dan kenyataan Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO yang meramalkan akan berulang peristiwa 13 Mei jika UMNO kalah pada pilihanraya akan datang di Perhimpunan Agung UMNO yang lepas.

"Polis perlu mengambil tindakan serta-merta. Jangan hanya membuat kenyataan-kenyataan. Apabila orang melakukan sesuatu seperti itu, anda berdiam diri," kata Musa.

Beliau kemudian menyeru kepada pemulihan sistem 'overhaul' dengan menukarkan kerajaan dan dalam masa yang sama menghapuskan amalan rasuah.

"Bagi saya, perkara yang paling penting dan perlu dibasmi ialah rasuah. Seperti mana saya katakan, jika anda melakukan sesuatu seperti mana menteri dan kerajaan yang ada sekarang ini buat, tidak ada gunanya. Jika anda hendak tukar, tukar sepenuhnya", kata Musa yang dipetik oleh Malaysiakini

(This article translated from the original article published by Harakahdaily.net. This translation could be vary and  correction (if any) are most welcome)

Rabu, 17 April 2013

[Video] Letupan di Boston Marathon: Sasaran orang awam sangat dikecam.



Kejadian letupan di Larian Marathon Boston mengejutkan banyak pihak di seluruh dunia. Salam takziah buat keluarga mangsa letupan sama ada yang Muslim ataupun tidak. Admin melihat dan mengecam tindakan seumpama ini dilakukan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab sama ada secara tidak dirancang atau sebaliknya. Situasi letupan ini menimbulkan banyak spekulasi sama ada direka-reka dengan memangsakan sebahagian nyawa untuk menunding jari kepada pihak lain melakukannya atau memang ada pihak pengganas yang merancang pembunuhan. Mewujudkan suasana tegang di dalam sesebuah negara adalah perkara yang amat terkutuk dan tidak bertamadun.

Mengikut pembacaan admin di laman-laman berita dilaporkan ada kanak-kanak terkorban dan ramai lagi yang kehilangan nyawa serta 170 lebih yang cedera disebabkan serpihan bom yang meletup.

Isnin, 15 April 2013

Versi terang-terangan: BN terdesak, wang negara dijoli untuk kempen

Semalam satu post mengenai kempen Najib di Youtube. Hari ini confirm kempen BN di Youtube. Mana BN dapat duit? Tentunya menggunakan dana kerajaan. BN tak pernah minta derma macam parti naungan bersama, DAP-PAS-PKR. Mana sumbernya? kalau bukan kerajaan, tentu kroni-kroni besar. Siapa lagi kroni besar kalau bukan taukey kasino, tauke petronas, tauke gula, tauke beras dan segala macam tauke lah. Haa....!!! RM 1.22 juta sehari untuk membuat di Youtube. RM 1.22 juta boleh buat satu set kluster, 4 buah rumah kembar super-siam. Huhuhu


Perubahan? Haa? Dah gila ke Najib? Kalau undi BN jugak maknanya tak akan ada perubahan. 2008-2013 menyaksikan perubahan yang Najib canang-canangkan, iaitu pertambahan hutang kerajaan kepada lebih RM 500 billion. Hoi!!! ni bukan RM 50 hengget, ni RM 500 bilion.

Selasa, 9 April 2013

Muhyiddin Yassin celaru



Oppss!!! kantoi sudah...

[Video] Generasi manusia yang kurang sesuai berada dalam negara demokratik

[Video] Harapan Rakyat: Penerangan Strategi Turun Harga Minyak

[Video] Harapan Rakyat: Penerangan Penghapusan Tol

[Video] Harapan Rakyat: Penerangan Pendidikan Percuma, Tak Perlu Pinjam PTPTN lagi

[Video] Harapan Rakyat: Penerangan Strategi Turun Harga Kereta

[Video] Apa yang perlu dimegahkan dengan pemberian BR1M RM500

Jumaat, 5 April 2013

Pihak BN mula tunjukkan perangai mereka apabila bertanding dengan orang lain


[Video] Pulau Pinang bubar DUN pada hari Jumaat, Penghulu Segala Hari

[Video] Dewan Undangan Negeri Kelantan dibubarkan

Video streaming by Ustream

Jelajah Merdeka Rakyat di Gerik: Ribuan yang hadir dan 7600++ penonton di Livestream




Ceramah para pimpinan Pakatan Rakyat di Gerik melalui program Jelajah Merdeka Rakyat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat sambutan yang luar biasa selepas pengumuman pembubaran Parlimen Malaysia oleh DS Najib Razak semalam.

Lihat link di sebelah kanan untuk replay >>>
Ribuan membanjiri kawasan tapak ceramah dan pihak pengurusan media juga membuat lintas langsung yang disiarkan di Livestream. Penonton di Livestream melonjak dari 5000 kepada 7600 ke atas pabila DS Anwar tiba dan berucap. Ini menunjukan pentanda angin perubahan makin terasa dan rakyat mahukan pembaharuan dalam pentadbiran negara.

Selamat malam diucapkan kepada semua, dan jumpa lagi untuk siaran seterusnya via Duniaku-Malaysia.com

Rabu, 3 April 2013

BARISAN NASIONAL vs PAKATAN RAKYAT

Pembubaran DUN Selangor esok

Tan Sri Khalid Ibrahim
SHAH ALAM, 3 APR:  DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk mengadakan satu upacara pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS) esok di Istana Alam Shah, Klang pada jam 2.30 petang.

Majlis tersebut berikutan pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah mengadap DYMM Sultan Selangor di Istana Alam Shah pada 1.30 petang tadi bagi memaklumkan Parlimen telah dibubarkan.

Kenderaan yang dinaiki Abdul Khalid dilihat keluar daripada istana pada jam 2.30 petang hari ini setelah pertemuan selama sejam itu.

Dalam satu kenyataannya, upacara pembubaran ini juga akan disaksikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor serta Ahli Majlis Dewan Di Raja.

Nik Aziz Jawab Tulisan Pelacuran New Straits Times – Kelantan After Dark


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Bismillah, saya membaca laporan muka hadapan New Straits Times semalam yang memaparkan di muka hadapan laporan mengenai masalah sosial di Kelantan dengan tajuk Kelantan After Dark. Ia disambung pula dengan paparan Buletin Utama TV3 malam semalam dan juga kenyataan seorang pemimpin utama UMNO Kelantan yang mengatakan bahawa ini adalah bukti Kelantan tidak sempurna.

Respon saya ialah saya tidak pernah menyatakan bahawa Kelantan sempurna. Namun, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik untuk mengekang aktiviti tidak bermoral di negeri ini. Kami mengharamkan premis judi, rumah-rumah urut dan menghalang penjualan minuman keras secara terbuka. Jika ia wujud, ertinya kewujudannya tanpa lesen dan secara haram. Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui, adakah apabila meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara contohnya bermakna ia direstui oleh kerajaan pusat?

[Video] Pembubaran Dewan Undangan Negeri Kelantan akan menyusul selaras dengan PRU-13



Tazkirah sedikit sebelum Kelantan mengikut jejak langkah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Umum (Parlimen dan DUN) kali ke-13. Islam menjadi tonggak utama meskipun ada kekurangan sana sini, semoga Allah mendampingi dan membimbing kita ke arah keredhaan-Nya. Amin

[Video] Pembubaran Parlimen Malaysia



Video pembubaran parlimen yang mungkin menyatakan Najib agak gementar ketika membuat pengumuman sehingga tersilap dan tersasul menyebut tahun. Sepatutnya 2013 tetapi disebut 2012. Ini merupakan ujian paling getir buat pemerintahan seorang waris negarawan, Tun Abdul Razak.

Isnin, 1 April 2013

Bila UMNO bercakap pasal tamadun

Baru-baru ini Barisan Nasional (BN) dengan masa yang singkat menggunakan pelbagai cara meraih sokongan rakyat sekalipun belum tempoh masa berkempen bermula lagi iaitu dengan menaikkan beberapa papan tanda sokongan terhadap Najib. Bandar Kuala Kangsar menyaksikan papan-papan tersebut diturunkan mungkin atas arahan PBT berkat kesungguhan warga KK menyuarakan bantahan. Tetapi yang ini insiden merobohkan papan tersebut oleh tangan-tangan tertentu yang belum sahih siapakah yang bertanggungjawab, UMNO sendiri ke atau orang lain.


Kejadian ini diulas oleh Zambry sebagai perbuatan tidak bertamadun dan seolah menunding jari ke arah pihak lawan politiknya. Baiklah, mari lihat perbuatan penyokong-penyokong BN yang ber'tamadun' itu untuk penilaian bersama.


Billboard ini kepunyaan seseorang yang menyokong PKR. Dirobohkan oleh pihak yang sangat ber'tamadun' dengan bantuan SUK.