Carian

Isnin, 1 April 2013

Bila UMNO bercakap pasal tamadun

Baru-baru ini Barisan Nasional (BN) dengan masa yang singkat menggunakan pelbagai cara meraih sokongan rakyat sekalipun belum tempoh masa berkempen bermula lagi iaitu dengan menaikkan beberapa papan tanda sokongan terhadap Najib. Bandar Kuala Kangsar menyaksikan papan-papan tersebut diturunkan mungkin atas arahan PBT berkat kesungguhan warga KK menyuarakan bantahan. Tetapi yang ini insiden merobohkan papan tersebut oleh tangan-tangan tertentu yang belum sahih siapakah yang bertanggungjawab, UMNO sendiri ke atau orang lain.


Kejadian ini diulas oleh Zambry sebagai perbuatan tidak bertamadun dan seolah menunding jari ke arah pihak lawan politiknya. Baiklah, mari lihat perbuatan penyokong-penyokong BN yang ber'tamadun' itu untuk penilaian bersama.


Billboard ini kepunyaan seseorang yang menyokong PKR. Dirobohkan oleh pihak yang sangat ber'tamadun' dengan bantuan SUK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan