Carian

Khamis, 18 April 2013

Musa Hasan: Bekas KPN menyeru Kerajaan Malaysia yang bakal diberi mandat penggal ke-13 (Pakatan Rakyat) untuk masuk pulihkan sistem 'System Overhaul'.

Harakahdaily, 17 April 2013


Musa Hasan
APRIL 17: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan menyeru kepada pemulihan sistem penguatkuasaan undang-undang di negara ini berdasarkan kepada apa yang beliau sifatkan kegagalan pihak polis untuk menguatkuasakan undang-undang.

Beliau berkata demikian didalam satu forum berkenaan dengan peralihan kuasa yang lancar dan aman, Musa Hasan yang pernah berada dibawah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussein sebelum beliau tamat perkhidmatan pada tahun 2010, mengecam tindakan polis yang tidak ambil peduli terhadap sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin BN termasuklah bekas perdana menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad.

Hishamudin Tun Hussein
"Bagi saya, itu (kenyataan tersebut) dilihat seperti hasutan", Portal Malaysiakini memetik kenyataan Musa berhubungan dengan kenyataan Tun Mahathir menyatakan akan ada huru-hara jika Lim Kit Siang iaitu Penasihat DAP menang di Gelang Patah, dan kenyataan Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO yang meramalkan akan berulang peristiwa 13 Mei jika UMNO kalah pada pilihanraya akan datang di Perhimpunan Agung UMNO yang lepas.

"Polis perlu mengambil tindakan serta-merta. Jangan hanya membuat kenyataan-kenyataan. Apabila orang melakukan sesuatu seperti itu, anda berdiam diri," kata Musa.

Beliau kemudian menyeru kepada pemulihan sistem 'overhaul' dengan menukarkan kerajaan dan dalam masa yang sama menghapuskan amalan rasuah.

"Bagi saya, perkara yang paling penting dan perlu dibasmi ialah rasuah. Seperti mana saya katakan, jika anda melakukan sesuatu seperti mana menteri dan kerajaan yang ada sekarang ini buat, tidak ada gunanya. Jika anda hendak tukar, tukar sepenuhnya", kata Musa yang dipetik oleh Malaysiakini

(This article translated from the original article published by Harakahdaily.net. This translation could be vary and  correction (if any) are most welcome)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan