Carian

Rabu, 17 April 2013

[Video] Letupan di Boston Marathon: Sasaran orang awam sangat dikecam.



Kejadian letupan di Larian Marathon Boston mengejutkan banyak pihak di seluruh dunia. Salam takziah buat keluarga mangsa letupan sama ada yang Muslim ataupun tidak. Admin melihat dan mengecam tindakan seumpama ini dilakukan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab sama ada secara tidak dirancang atau sebaliknya. Situasi letupan ini menimbulkan banyak spekulasi sama ada direka-reka dengan memangsakan sebahagian nyawa untuk menunding jari kepada pihak lain melakukannya atau memang ada pihak pengganas yang merancang pembunuhan. Mewujudkan suasana tegang di dalam sesebuah negara adalah perkara yang amat terkutuk dan tidak bertamadun.

Mengikut pembacaan admin di laman-laman berita dilaporkan ada kanak-kanak terkorban dan ramai lagi yang kehilangan nyawa serta 170 lebih yang cedera disebabkan serpihan bom yang meletup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan