Carian

Khamis, 25 Julai 2013

PM umum bantuan RM500 kepada penjawat awam

Najib Razak
KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya.

Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya.

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya. - Bernama

Berita dipetik daripada SinarHarian

Komen DM, Selangor pun mengalami proses pemberian 1 kenaikan gaji tahunan tetapi masih mampu membayar bonus 1 bulan gaji. Kerajaan Malaysia hanya mampu membayar RM 500 dari gred 54 ke bawah. Gred JUSA C ke atas sehingga TURUS 1 apa cerita? Bersabarlah kakitangan kerajaan Najib, ada masa untuk berubah, anda sia-siakan dahulu sewaktu PRU-13, janganlah riuh sangat kalau tak dapat apa yang diimpikan. Doa2kanlah bonus yang CUEPACS usulkan itu berjaya dan dipersetujui oleh Najib Razak. Amin.

BN kekalkan kedudukan 17:15 dengan majoriti 2,500 lebih

Pilihanraya N. 01 Kuala Besut menyaksikan Barisan Nasional mengekalkan penguasaan ke atas peti undi DUN tersebut mengatasi calon PAS dengan 2500 lebih undi. Sudah banyak wang ditaburkan untuk menawan hati pengundi dan tidak menjadi sesuatu yang pelik jika BN boleh berada di dalam zon yang selesa.


Duit sempena PRK Kuala Besut merupakan pemberian terpilih dan tidak ada pada pengundi-pengundi selain dari kawasan DUN tersebut. Apa tujuannya? Maka sangatlah jelas bahawa duit ini bukan duit 'raya', tetapi duit 'rayuan undilah saya'.

Buat yang sudah bernazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur dan berbogel keliling Kuala Besut. Jangan terlampau angkuh dengan membuat kenyataan yang bukan-bukan. Berbogel adalah perkara maksiat (haram). Ada yang berpendapat mengatakan bahawa bernazar atas perkara batil/maksiat dikenakan kafarah. Maka berhati-hatilah dalam menjanjikan sesuatu apabila ingin mencapai sesuatu. Bernazar atas perkara sia-sia juga tiada faedahnya. Apa salah jika bernazar untuk khatam Al-Quran ke jika BN menang. Moga-moga beroleh pahala. Itu pun jikalau kemenangan itu tidak digauli atau dicampuri dengan aktiviti-aktiviti menghina ulamak sepanjang kempen, merasuah orang ramai, membuat fitnah dan mengadu-domba.

Rabu, 24 Julai 2013

Selangor umum bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya.

Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas menteri besar.


sumber: Malaysiakini


Komen DM, Kerajaan Negeri Perak dan Persekutuan apa tunggu lagi, takkan tak ada apa-apa kot. Kerajaan Selangor ada banyak lebihan, mereka boleh, mengapa Kerajaan Pusat atau kerajaan-kerajaan negeri yang lain tidak mahu belajar dengan mereka. Selamat membeli belah dengan berhemah buat kakitangan kerajaan negeri Selangor.

Ada Wakil atau Tidak, Islam Tetap Melarangnya

Berikut dipetik sebulat suara dari portal Malaysiakini

Dua daripada empat peserta Muslim dalam pertandingan Miss Malaysia World 2013 menafikan mempertikaikan fatwa yang mengharamkan umat Islam terlibat dalam acara ratu cantik.

Sara Amelia Muhammad Bernad (gambar kanan), 20 berkata, kenyataannya sebelum ini berhubung perkara itu pendapat peribadi dan tidak berniat melanggar fatwa, lapor Berita Harian.


"Saya tidak berniat menghina agama Islam, sebaliknya hanya menyatakan pendapat peribadi berhubung fatwa itu.

"Jika saya dianggap seolah-olah mencabar, saya mohon maaf," katanya melalui SMS kepada harian itu.

Sementara itu, Wafa Johanna De Korte, 19, pula dilapor berkata, beliau akur dengan pembatalan penyertaannya walaupun kecewa tidak dapat memenuhi impiannya.

"Saya berpendapat perlu ada wakil peserta Melayu, tetapi fatwa menetapkan orang Islam tidak dibenarkan menyertainya dan saya terpaksa akur," beliau dilapor sebagai berkata.

Komen DM, tiada istilah mewakili kaum atas perkara yang batil. Islam menjaga maruah manusia dari dinodai oleh syaitan dan nafsu. Maka mendedahkan aurat tetap haram dan berdosa di sisi Islam. Apakah memperdagangkan rupa bentuk tubuh kita untuk sesuatu nilai berbentuk wang dan kemasyhuran itu melebihi daripada ganjaran syurga Allah di akhirat nanti. Percayalah, hilangnya sebuah harga diri apabila dijaja tubuh  badan untuk kesenangan dan kemewahan hidup di dunia.

Isu Makan di Bilik Persalinan SK Pristana

Isu sekolah Sri Pristana, ini adalah artikel yang saya jumpa (terima kasih kepada sesiapa yang telah memberikan link blog tersebut). Ini adalah terjemahan nya.

Artikel ini di tulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut.

"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.

Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat: 

Isnin, 22 Julai 2013

Ramadhan sebagai Platform Perubahan

Setiap tahun manusia akan berjumpa dengan bulan yang paling mulia iaitu bulan Ramadhan. Pada bulan inilah manusia berlumba-lumba untuk memperbanyakkan tingkat pahala mereka melalui amal ibadat khusus dan sunat. Manusia berlumba-lumba ingin berubah daripada tidak baik kepada baik, daripada baik kepada lebih baik.

Ada sesetengah masyarakat yang diberikan hidayah oleh Allah dibulan Ramadhan dan ada juga yang mencari hidayah Allah dibulan Ramadhan seperti:


  1. Cuba untuk menunaikan solat cukup 5 waktu sehari semalam yang sebelum ini sangat malas solat.
  2. Cuba untuk bersedekah yang sebelum ini sangat kedekut dan berkira.
  3. Cuba untuk memakai tudung yang sebelum ini mendedahkan rambut.
  4. Cuba menjadi isteri yang baik dengan memasak juadah berbuka dan sahur untuk suami yang sebelum ini pergi dapur pun tidak mahu.
  5. Cuba untuk berpakaian longgar yang sebelum ini berpakaian ketat seperti sarung nangka.
  6. Cuba untuk bercakap baik yang sebelum ini selalu maki dan bercakap kasar dengan orang lain.
  7. Cuba senyum yang sebelum ini masam mencuka dan sombong.
  8. Cuba bagi salam yang selama ini pandang orang pun tidak mahu.
  9. Cuba menjaga batasan pergaulan yang sebelum ini suka bertepuk tampar antara lelaki dan perempuan bukan muhrim.
  10. Cuka berbuat baik dengan ibu bapa yang sebelum ini selalu menderhaka.

Khamis, 11 Julai 2013

Ucapan Sambutan Ramadhan oleh PM Britain



Ucapan sempena menyambut Ramadhan buat seluruh umat Islam di Britain dan seluruh dunia. Highlight yang paling baik adalah penumpuan beliau kepada seluruh umat Islam, sama ada di negara bergolak, aman dan mana-mana negara yang mengalami konflik menuntut keamanan dan demokrasi. Semoga Allah memberi hidayah-Nya kepada siapa Dia kehendaki. Amin.

Rabu, 10 Julai 2013

13 Kesilapan di Bulan Ramadhan

Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:- 
  1. Berpuasa tetapi tidak solat sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat; anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.
  2. Tidak menjaga batas-batas agama aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung, memakai pakaian yang ketat-ketat (short. legging, jeans), baju tidur, baju yang nipis sehingga seolah-olah tidak berpakaian kerana terlampau nipis.
  3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video, CD dan tidur.
  4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.
  5. Semakin cepat marah sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.
  6. Membazir ketika berbuka puasa. Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.
  7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah
  8. Membakar wang dengan membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun. Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah. "Sesungguhnya orang membazir itu merupakan saudara syaitan", petikan terjemahan salah satu ayat Al-Quran mengenai orang yang suka membazir.
  9. Hanya puasa makan dan minum sahaja. Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya; Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
  10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak; "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43) Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).
  11. Menang sorak, tarawih ala kadar solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itusendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna; Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat; Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.
  12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja dan tidak mahu menghayati ayat Al-Quran.
  13. Tidak mahu bersahur. "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)
 Sumber: http://smkasegamat.edu.my

dan disunting dengan beberapa input tambahan