Carian

Khamis, 25 Julai 2013

BN kekalkan kedudukan 17:15 dengan majoriti 2,500 lebih

Pilihanraya N. 01 Kuala Besut menyaksikan Barisan Nasional mengekalkan penguasaan ke atas peti undi DUN tersebut mengatasi calon PAS dengan 2500 lebih undi. Sudah banyak wang ditaburkan untuk menawan hati pengundi dan tidak menjadi sesuatu yang pelik jika BN boleh berada di dalam zon yang selesa.


Duit sempena PRK Kuala Besut merupakan pemberian terpilih dan tidak ada pada pengundi-pengundi selain dari kawasan DUN tersebut. Apa tujuannya? Maka sangatlah jelas bahawa duit ini bukan duit 'raya', tetapi duit 'rayuan undilah saya'.

Buat yang sudah bernazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur dan berbogel keliling Kuala Besut. Jangan terlampau angkuh dengan membuat kenyataan yang bukan-bukan. Berbogel adalah perkara maksiat (haram). Ada yang berpendapat mengatakan bahawa bernazar atas perkara batil/maksiat dikenakan kafarah. Maka berhati-hatilah dalam menjanjikan sesuatu apabila ingin mencapai sesuatu. Bernazar atas perkara sia-sia juga tiada faedahnya. Apa salah jika bernazar untuk khatam Al-Quran ke jika BN menang. Moga-moga beroleh pahala. Itu pun jikalau kemenangan itu tidak digauli atau dicampuri dengan aktiviti-aktiviti menghina ulamak sepanjang kempen, merasuah orang ramai, membuat fitnah dan mengadu-domba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan