Carian

Isnin, 5 Ogos 2013

Antara Munafik dan Kafir: Mana Lebih Bahaya?

Walaupun penulisan ini sudah lama, tetapi hari ini  baru terjumpa dan terdetik untuk memberikan komen atas penulisan beliau (Dr. Ridhuan Tee Abdullah, Cina-Islam) di Sinar Harian, 10 Jun 2013

"Pada 1 Jun minggu lalu saya dijemput berceramah (forum) oleh sebuah pertubuhan Islam di Singapura. Malangnya, setiba di sana saya ditahan dan disoal siasat selama 1 jam. Saya tidak tahu sebab musababnya. Tiga bulan lalu saya turut dijemput, tidak timbul masalah sebegini.
Sebelum itu, sudah lama juga (hampir 4 tahun) saya tidak ke Singapura kerana tidak dapat clearance daripada pihak berkuasa di sana. Saya sudah dapat agak sebabnya. Cuma, kali ini (2013) saya hairan kerana saya dijemput semula. Seperti biasa saya menerima jemputan tersebut.

Saya disoal siasat dengan pelbagai soalan bersifat amat peribadi. Semua perkara mengenai saya dan keluarga ditanya mahukan jawapan. Saya menjawab semua soalan dengan baik, sehinggalah percubaan untuk mengambil telefon bimbit saya. Ketika itu, saya mula berkeras, kerana ia terlalu peribadi dan saya tidak benarkan sama sekali.

Saya bertanya kenapa saya ditahan dan disoal siasat, mereka mengatakan ia prosedur biasa. Kenapa saya, bukan pelancong lain? Tiada jawapan.

Sejurus dilepaskan, saya bertanya kepada pihak penganjur. Mereka mengatakan ia ada kaitan dengan artikel yang saya tulis dalam akhbar-akhbar tempatan terutama menyentuh isu Melayu Islam di Malaysia, tidak ketinggalan di Singapura.

Jangkaan saya selama ini benar. Apa yang saya tulis kebelakangan ini, tidak disenangi oleh pihak berkuasa ultra kiasu di sana. Perangai ultra kiasu Malaysia sama sahaja dengan ultra kiasu Singapura.
(Komen #1)

Ingatan saya kepada kerajaan Malaysia, berhati-hatilah. Jangan gadaikan kepentingan negara seperti hartanah, rumah, air dan sebagainya atas nama persahabatan dan sangka baik. Belum tentu mereka menghargainya. Mereka mempunyai banyak duit dan boleh buat apa sahaja.

Sebahagian daripada hartanah di Johor dan Pulau Pinang sudah banyak dibeli dan menjadi hak milik kekal. Ini tidak termasuk di negeri lain (Malaysia). Apa pengajaran yang dapat dipetik daripada insiden ini? Bahaya ultra kiasu kepada negara.

Jika tidak dibendung, apakah nasib Melayu (Islam) di bumi Melayu. Justeru, saya mahukan umat Islam sedar, tidak kira apa jua partinya. Seagama tetap bersaudara, walaupun tidak sebangsa. Benar, kita perlu berbaik sangka. Tetapi apakah kita harus terus berdiam, jika musuh begitu nyata di depan mata dan sentiasa merancang untuk memusnahkan kita.
(Komen #2)

Bukanlah maksud saya kita turut bertindak memusnahkan mereka. Paling penting, kita perlu bertegas dengan mereka mulai sekarang. Jangan terlalu fikirkan soal pembangunan dan undi.
Menang sorak kampung tergadai. Kaduk naik junjung.

Bertindaklah mengikut perlembagaan. Jika mereka menyentuh isu-isu sensitif, seperti menghina Islam, raja dan Melayu (bangsa dan bahasa), yang terkandung dalam akta hasutan, jangan ragu-ragu dengan tindakan itu. Jika kita terus berlembut, kita akan terus menjadi mangsa. Jangan haraplah dengan berlembut, mereka akan mengundi kerajaan sedia ada.
(Komen #3)

Insiden yang saya alami cukup jelas. Ultra kiasu tidak mahu ada sesiapa yang menghalang mereka. Awal-awal lagi sudah dibanteras. Orang Melayu (Islam) yang belajar di sekolah kerajaan, tidak dibenarkan memakai tudung (menutup aurat). Umat Islam mesti akur dengan keputusan tersebut, suka atau tidak.

Jika berceramah, perkara yang tidak boleh disentuh adalah; polisi dan dasar kerajaan mereka tidak boleh dikritik, isu Israel tidak boleh disentuh, isu agama apatah lagi. Pendek kata, jika berceramah di Singapura, hanya boleh bercakap tajuk itu sahaja. Jangan unsur-unsur sindiran, hasutan dan sebagainya.
(Komen #4)

Berbeza sungguh demokrasi di negara kita dengan mereka. Kita terlalu memberi banyak kebebasan, sehingga ultra kiasu menjadi semakin berani. Sama ada isu tersebut sensitif atau tidak, semuanya dilanyak.

Kerajaan terus berdiam diri. Jika pihak berkuasa cuba bertindak, maka dituduh melanggar hak asasi manusia. Kita pun mengalah. Lihatlah bagaimana ultra kiasu membela wanita yang menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Pada mereka, itu tidak salah, malah dibenarkan. Sedangkan ultra kiasu tahu itu salah. Mereka begitu berani. Kenapa? Jawapannya, mudah, kerana adanya ultra kiasu menyebelahi mereka.
(Komen #5)

Kesimpulannya, janganlah kita asyik menuding jari kepada saudara seagama. Lihatlah sama musuh kita itu, kerana mereka lebih bahaya daripada saudara seagama.


Baiklah, ini suara saya. Jika ada yang rasa kurang berpuas hati anda boleh berikan komen atau buat post lain. Kebebasan bersuara termaktub di dalam perlembagaan dan tidak ada siapa yang boleh menghalangnya. Ok....

Komen #1
Perangai ultra kiasu Malaysia sama sahaja dengan ultra kiasu Singapura. Maka benarlah apa yang sedang berlaku sekarang, Ultra Kiasu yang dimaksudkan adalah UMNO yang takut kalah dan hilang kuasa. Hilang kuasa yang UMNO lagukan kepada seluruh anak melayu yang kurang celik maklumat, adalah kuasa memerintah mereka, bukan kuasa Melayu. Kita sudah jelas di dalam sebarang aktiviti-aktiviti kerajaan, sentimen benci-membenci antara kaum ditiupkan dan berbeza lirik untuk setiap kaum. 

Komen #2
Mengisahkan musuh negara dari luar tetapi lupa diri sendiri bekerjasama dengan perosak bangsa. Meskipun ini bulan yang mulia, kerajaan sedia ada hanya merangkak dalam melaksanakan syariat Islam. Alasannya, negara belum bersedia. Itu alasan lapuk, Selama 56 tahun, mengapa seluruh rakyat Malaysia tak faham Islam. Yang mereka faham dan hafal adalah rukun islam, syahadah, solat (itupun banyak yang tak solat), puasa, zakat, dan pergi haji. Soal lain langsung tak bersentuh, kalau ada pun, itupun sudah bertempik pembangkang bising, baru nak buat.

Komen #3
Barisan Nasional melanggar banyak akta dalam perlembagaan. Tetapi bila terkena pada rakyat marhaen yang kerdil, mereka menjadi tuan, sombong, bongkak, buat2 senyum berbaik2 seolah-olah pijak semut tak mati, tetapi perangai macam alim2 kucing, belakang orang kebas segalanya. Inilah budaya mengikut perlembagaan yang diamalkan di Malaysia. Dengan rakyat lain, dengan kroni lain.

Komen #4
Apabila pembangkang menyentuh soal dasar negara, nasibnya di ISA lah. Apabila Perdana Menteri mempersoal kewajaran melaksanakan hudud, rileks sahaja. Menteri Agama pun bersekedudukan memberi laluan terhadap penghinaan tersebut. Yang hanya boleh disentuh di Malaysia mengikut kehendak pimpinan tinggi kerajaan hanyalah, mandi junub, haid, nifas, puasa, pergi haji. Soal anak luar nikah, soal rosak akhlak dikalangan muda mudi tidak menjadi agenda utama, malah diundang artis berseluar ketat nampak bentuk sana sini (K-Pop) dan banyak lagi. Anak2 melayu paling obses dan paling cepat rosak dengan bertelanjang bulat berjalan sana sini (berpakaian tetapi sendat) sambil bertudung. Itulah yang Malaysia cari menjadi pelapis pentadbir negara.

Komen #5
Pada Barisan Nasional, ultra kiasu tidak menjadi masalah demi kuasa, dengan syarat ada yang boleh dikambing hitamkan, itu sudah memadai.Mereka seagama dengan kita, tetapi mereka menzalimi dan menutup mulut-mulut ilmiah Islam dari terus membicarakan tentang Daulah Islamiyyah yang mesti ditegakkan. Merekalah munafik itu, lebih bahaya berbanding dengan kafir yang terang menentang Islam. Munafik ibarat gunting dalam lipatan, Kafir ibarat harimau didepan mata. Terkoyak isi perut dirodok oleh gunting dan mati lebih awal berbanding diterkam oleh harimau.

Saya berani mengatakan beliau tidak berada di dunia sebenar kerana beliau sedang memakai kasut si penzalim. Si penzalim tidak rasa dia seorang penzalim, orang gila tak mengaku dia gila. Dr. Ridhuan seharusnya merasakan itulah sebenarnya berlaku dikalangan rakyat marhaen dipijak caci maki oleh kerajaan sedia sekarang ini di Malaysia. Dan ada banyak keadaan di Singapura banyak disalah tafsir oleh rakyat berdarah biru di Malaysia ini.

Sekian, Wallahu A'lam. Komen dari Melayu-Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan