Carian

Sabtu, 31 Ogos 2013

[Video] Haram demo di Mesir, halal pula di Syria: Agamawan jangan jadi bacul cari dalil untuk menyebelahi pihak yang batil



KUALA KANGSAR, 30 Ogos 2013 - Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan bahawa pihak-pihak tertentu tidak boleh membuat penyataan yang terpilih terhadap apa yang berlaku di Mesir dan di Syria. Beliau bersetuju dengan jangan keluar dengan senjata dan dalam masa yang sama menyifatkan penghujahan mengenai haram berdemonstrasi adalah kurang tepat. Kes ini merujuk kepada protes rakyat Mesir terhadap tindakan junta tentera Mesir merampas kuasa dari presiden Mesir yang sudah setahun dipilih melalui sistem demokrasi yang telus dihukumkan haram tetapi berlainan pula jadinya jika dihukumkan terhadap rakyat Syria yang menentang Presiden Basyar Al-Assad. Baru-baru ini Kerajaan Arab Saudi menyatakan sokongan terhadap tindakan tentera di Mesir dan sebaliknya di Syria. Beliau mengulas tindakan sesetengah agamawan yang mengikut arus di dalam menghukum sesuatu tindakan yang berlaku mutakhir ini di satu program anjuran Pusat Islam, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), Kuala Kangsar, Perak. Program yang dikenali sebagai Bicara Ad-Deen ini menampilkan tokoh-tokoh agama dari seluruh pelosok negara sebulan sekali bermula Julai lalu sehingga November tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan