Carian

Khamis, 26 September 2013

Al-Fatihah


Almarhum Tan Sri Azizan Razak: Disegani Kawan, Dihormati Lawan

ALOR SETAR, 26 Sept - Negara telah dikejutkan dengan pemergian seorang pejuang yang banyak berjasa kepada pembangunan ummah dan masyarakat. Tan Sri Azizan Razak, adalah nama yang tidak asing lagi ditelinga musuh-musuh politiknya, yang sentiasa cemburu dengan pencapaian beliau sewaktu mengepalai jentera pentadbiran negeri Kedah Darul Aman pada tahun 2008 - 2013. ADUN Sungai Limau ini bekerja keras mengembeling tenaga seluruhnya untuk kebajikan masyarakat sehingga beliau jatuh sakit selepas PRU-13.

Almarhum meninggal dunia pada jam 11.10 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah, meninggalkan 2 orang balu dan 14 orang anak setelah bekerja kuat untuk rakyat. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Amin.

Almarhum yang cukup dikenali dengan ketegasannya sewaktu mentadbir kerajaan negeri Kedah dan visinya sukar dibaca oleh lawan mahupun kawan sendiri. Ketokohannya patut dicontohi dan diteladani. Patah tumbuh hilang berganti. Namun, kehilangan beliau pasti sukar dicari ganti dan sangat memberi pengajaran kepada sesiapa yang mahu mengambil pengajaran.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'azam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan permaisuri mencemar duli menziarahi jenazah beliau yang ditempatkan sementera di Komplek PAS Pokok Sena sebelum dibawa ke Muasasah Darul Ulum untuk disemadikan. Pada 9 Mei yang lalu, Al-Marhum Tan Sri sudah mengalami pembedahan kaki yang disebabkan oleh penyakit kencing manis yang kronik yang membawa kepada pemotongan kedua belah kakinya.

[Gambar-gambar yang diambil dari blogger2]













 





Khamis, 19 September 2013

13 tahanan Ops Bubar dibebaskan

Hakim Mahkamah Tinggi Taiping memutuskan permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman diluluskan dan 13 tahanan dibebaskan sehingga kes tersebut didengar semula pada masa yang akan datang kelak.

Tertuduh diwakili barisan peguam yang berkaliber mampu meyakinkan hakim dengan hujah-hujah mereka yang , antap dan bernas. Alhamdulillah, pihak DM rasa bersyukur dengan keputusan ini dan berharap ia akan berjalan dengan lancar kelak.

Perjuangan: Tetap utuh walaupun disebalik jeriji besi

Mahkamah Tinggi Taiping hari ini akan mendengar rayuan kesemua tahanan yang dipenjarakan tempoh hari oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar. Mereka dibawa masuk setelah pihak mahkamah menetapkan hari ini kes ini akan didengari oleh hakim. Doa dan harapan diiringkan bersama para pejuang ini supaya mereka dihukum dengan seadil-adilnya tanpa dipengaruhi pihak tertentu yang tidak mahu kegiatan mereka terbongkar. Campur tangan dalam penghakiman akan memburukkan lagi persepsi masyarakat Malaysia terhadap sistem keadilan di negara ini.

Rabu, 18 September 2013

Minyak naik 20 sen seliter, barang nak naik berapa pula ye?

https://www.youtube.com/watch?v=hU8AEgq9lSM&feature=youtube_gdata_player

Selasa, 17 September 2013

Jadual Pengajian Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar pada bulan September 2013

Posting jadual terlewat. Harap maaf.

Jadual pengajian sepanjang bulan September 2013 sudah dikeluarkan oleh pihak Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar, Perak.

Sukacita dimaklumkan bahawa pengunjung boleh memuat turun jadual tersebut melalui link ini atau skrol dibahagian MUAT TURUN di bawah.

Jadual September 2013 >> klik disini

Jadual adalah tertakluk kepada sebarang pindaan. Bersama kita dapat manfaatkan.

Admin

Utusan tarik balik fitnah terhadap Husam, bayar kos RM40,000 - The Malaysian Insider

Utusan tarik balik fitnah terhadap Husam, bayar kos RM40,000 - The Malaysian Insider

Ahad, 15 September 2013

Tahalluf Siyasi: Maju Kehadapan, Bukan Undur Kebelakang

Dipetik daripada WhatsApp PRU14

Kaji Hanya Untuk Penambahbaikan

Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS? dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dikatakan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (Persefahaman Politik) dalam Pakatan Rakyat.

Saya tidak menghadiri Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam sekalipun saya benar-benar berhasrat untuk hadir. Keuzuran dan situasi kesihatan menghalang saya untuk hadir ke program yang saya sifatkan sangat bermakna itu. Justeru, saya tidak mendengar sendiri ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Berkemungkinan ia hanya ulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau ataupun sememangnya dipetik dari ucapan beliau, wallahulam.

Walau bagaimanapun, suka untuk saya memberikan respon terhadap tajuk yang digunakan di muka hadapan Sinar Harian iaitu PAKATAN RUGIKAN PAS? Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.

Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO. UMNO bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.

Senjata UMNO ialah perkauman, lambang UMNO ialah keris tidak bersarung, politik UMNO ialah politik samseng jalanan, sampai bila-bila non Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cermin mata politik UMNO yang penuh dengan habuk kebangsaan.

Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam. Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin UMNO sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini.

PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia.

Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur.

Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yang berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan daripada non Muslim.

Di sinilah letaknya misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik. Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara.

Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam. Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam. Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.

Sekian.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS.
Bertarikh : 9 Zulkaedah 1434H bersamaan 15 September 2013M

Jumaat, 13 September 2013

13 orang pendokong keadilan dipenjara 2 tahun dan didenda RM5000

KUALA KANGSAR, 13 Sept - Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini menjatuhkan hukuman 2 tahun penjara dan RM 5000 denda ke atas 13 pendokong keadilan yang ditangkap ekoran memprotes dan berdemonstrasi menentang pembentukan kerajaan kudeta Perak pada tahun 2009 yang lalu.

Hakim Nurshalla Hamzah menjatuhkan hukuman tersebut setelah 5 tahun kes ini dibicarakan dan juga selepas Barisan Nasional berasa selesa dengan mandat yang diperoleh pada PRU13 yang lalu.

Yang ditahan terdiri daripada peniaga, dan juga pelbagai latar belakang lagi dan mereka memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses 'pengadilan' dilakukan. Wakil peguam tertuduh menyatakan bahawa pihaknya akan memfailkan notis rayuan di mahkamah tinggi.

Kerajaan baru dibentuk pada tahun 2008 yang lalu merupakan gabungan pertama yang memerintah Perak selain daripada Barisan Nasional. Pelbagai polisi dilaksanakan yang bersifat mesra rakyat dan berkebajikan. Suasana tersebut tidak disenangi oleh Barisan Nasional dan mengatur strategi supaya kerajaan tersebut tumbang ke tangan mereka semula. Setelah 3 ADUN berpaling tadah, Jamaluddin (Behrang), Osman Jailu (Changkat Jering), dan Hee Yit Foong (Jelapang) menyatakan pendirian mereka sebagai Adun Bebas yang mesra BN, kerajaan Perak teraju Pakatan Rakyat dirampas dengan tidak demokratik dan BN menguasai kerajaan tersebut sehingga PRU13.

Dimaklumkan bahawa kesemua tertuduh dipenjarakan di Penjara Tapah.