Carian

Jumaat, 13 September 2013

13 orang pendokong keadilan dipenjara 2 tahun dan didenda RM5000

KUALA KANGSAR, 13 Sept - Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini menjatuhkan hukuman 2 tahun penjara dan RM 5000 denda ke atas 13 pendokong keadilan yang ditangkap ekoran memprotes dan berdemonstrasi menentang pembentukan kerajaan kudeta Perak pada tahun 2009 yang lalu.

Hakim Nurshalla Hamzah menjatuhkan hukuman tersebut setelah 5 tahun kes ini dibicarakan dan juga selepas Barisan Nasional berasa selesa dengan mandat yang diperoleh pada PRU13 yang lalu.

Yang ditahan terdiri daripada peniaga, dan juga pelbagai latar belakang lagi dan mereka memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses 'pengadilan' dilakukan. Wakil peguam tertuduh menyatakan bahawa pihaknya akan memfailkan notis rayuan di mahkamah tinggi.

Kerajaan baru dibentuk pada tahun 2008 yang lalu merupakan gabungan pertama yang memerintah Perak selain daripada Barisan Nasional. Pelbagai polisi dilaksanakan yang bersifat mesra rakyat dan berkebajikan. Suasana tersebut tidak disenangi oleh Barisan Nasional dan mengatur strategi supaya kerajaan tersebut tumbang ke tangan mereka semula. Setelah 3 ADUN berpaling tadah, Jamaluddin (Behrang), Osman Jailu (Changkat Jering), dan Hee Yit Foong (Jelapang) menyatakan pendirian mereka sebagai Adun Bebas yang mesra BN, kerajaan Perak teraju Pakatan Rakyat dirampas dengan tidak demokratik dan BN menguasai kerajaan tersebut sehingga PRU13.

Dimaklumkan bahawa kesemua tertuduh dipenjarakan di Penjara Tapah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan