Carian

Khamis, 26 September 2013

Almarhum Tan Sri Azizan Razak: Disegani Kawan, Dihormati Lawan

ALOR SETAR, 26 Sept - Negara telah dikejutkan dengan pemergian seorang pejuang yang banyak berjasa kepada pembangunan ummah dan masyarakat. Tan Sri Azizan Razak, adalah nama yang tidak asing lagi ditelinga musuh-musuh politiknya, yang sentiasa cemburu dengan pencapaian beliau sewaktu mengepalai jentera pentadbiran negeri Kedah Darul Aman pada tahun 2008 - 2013. ADUN Sungai Limau ini bekerja keras mengembeling tenaga seluruhnya untuk kebajikan masyarakat sehingga beliau jatuh sakit selepas PRU-13.

Almarhum meninggal dunia pada jam 11.10 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah, meninggalkan 2 orang balu dan 14 orang anak setelah bekerja kuat untuk rakyat. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Amin.

Almarhum yang cukup dikenali dengan ketegasannya sewaktu mentadbir kerajaan negeri Kedah dan visinya sukar dibaca oleh lawan mahupun kawan sendiri. Ketokohannya patut dicontohi dan diteladani. Patah tumbuh hilang berganti. Namun, kehilangan beliau pasti sukar dicari ganti dan sangat memberi pengajaran kepada sesiapa yang mahu mengambil pengajaran.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'azam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dan permaisuri mencemar duli menziarahi jenazah beliau yang ditempatkan sementera di Komplek PAS Pokok Sena sebelum dibawa ke Muasasah Darul Ulum untuk disemadikan. Pada 9 Mei yang lalu, Al-Marhum Tan Sri sudah mengalami pembedahan kaki yang disebabkan oleh penyakit kencing manis yang kronik yang membawa kepada pemotongan kedua belah kakinya.

[Gambar-gambar yang diambil dari blogger2]













 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan