Carian

Sabtu, 28 Disember 2013

Berwisata ke Padang, Indonesia

Salamat pagi kalian semua, samoga pagi kalian sejahtera dan baik-baik aja.

28 Disember 2013
Assalamualaikum, kepada semua pengunjung sekalian, alhamdulillah hari ini merupakan hari ke 2 saya berada di RI (Republik Indonesia). Ketibaan kami semalam di Bandara Minangkabau disambut oleh sahabat-sahabat dari UPSI yang turut sama berwisata (melancong). Saya pun tidak berapa ingat nama pemandu pelancong kami, dalam keadaan agak letih dibawa menjamu selera di sebuah rumah makan (restoran/warung) di sekitar Payakumbuh, Padang. Hajat nak pekena lontong tak kesampaian, hanya dapat menjamah lauk pauk yang pelbagai disini. Budaya disini agak berbeza, lauk-pauk disajikan dalam kuantiti yang sedikit dan semua jenis lauk akan dihidangkan di dalam mangkuk kecil serta diletakkan di depan para pelanggan di meja makan. Kalau diusik atau dimakan, barulah lauk tersebut dikira. Kalau tidak, bayar sahaja apa yang anda usik. Bagi rakyat Malaysia yang melihat lauk pauk yg pelbagai, habis semua nak dirasa. As a result, keluarkan rupiahnya, dan bayar. Hehe

Perjalanan semalam dimulakan dengan melawat pantai malim kundang, kampung air manis. Menurut bapak pemandu pelancong tersebut, kampung tersebut mendapat nama dari peristiwa air yang dikumpulkan dari pergunungan disitu dihurungi semut apabila dibiarkan. Perjalanan memakan masa hampir 1 jam menaiki bukit dan menuruni bukit. Jadi, masing-masing sudah menjamu selera tadi dengan makanan yang agak berat, hasilnya perut masing-masing bergelora, nak muntah, loya, dsb. Mana idaknya, perjalanan tersebut bukan sekadar melalui bukit, tetapi selekoh-selekoh terlampau tajam, berpusing-pusing. Kalau driver Malaysia, pertama kali hendak memandu dikawasan ini, alamatnya, terjun gaung la. 

Sampai di pantai malim kundang, masing-masing senyum, wah ada pantai dan ramai orang. Ramai kanak-kanak, tetapi bukan boleh dibuat bermain bersama sesuka hati, kalau tiada rupiahnya, jangan sibuk-sibuk nak bergambar dengan mereka. Sekalipun nak melintas lorong air yang satu-satunya cara untuk elak kaki terkena air, pasti kena tol. 3000 rupiah, nah dik. Time balik yang saya bagi, masa masuk, tak tau, main jalan jer, nasib baik siren gate tol tak berbunyi, hehe.

Setelah selesai melawat objek wisata di pantai tersebut, kami pulang. Dalam perjalanan, kami bertanya, benarkah batu yang menyerupai manusia itu adalah malim kundang? Menurut ceritanya, malim kundang derhaka pada ibunya kerana malu kepada isterinya yang dikahwini adalah dari kalangan orang orang berada. Sumpah jadi batu, sama versi tanggang dan ibunya. Dan kami bercerita bahawa batu berbentuk manusia itu dalam keadaan mengiring dan disaluti simen yang didakwa untuk mengekalkan cerita tersebut. Pak pemandu pelancong dengan selambanya menjawab, kalau batu malim kundang itu dalam keadaan berdiri, susah untuk dibuat simen balutannya, jadi senang dapat batu yang baring, boleh buat cantik-cantik. Kenyataannya itu disambut dengan hilai tawa berdekah dekah dalam satu van. Kan dah terkena, batu malim kundang ini, cerita orang orang lama, belum ada kesahihah ceritanya.

Destinasi seterusnya adalah di kawasan air pancur (nama dah lupa, nanti update dengan gambar sekali ya). Dan seterusnya, menjamu selera di Rumah Makan Pak Datuk. Kalau pagi tadi pekena jus sirsak 8000 rupiah, kali ini, 12000 rupiah. Hahaha, jangan risau, harganya sama macam di Malaysia, 3 - 4 ringgit. Style makan yang sama. Kami solat zohor dan jamak qasar asar disini. Ada mushollah u tuk kemudahan tetamu.

perjalanan diteruskan dengan mengunjungi pusat sulaman kain putri minang, pandai sikek dan seterusnya bukit tinggi. 

fuh.... penat tulis, nanti sambung tau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan