Carian

Selasa, 15 Julai 2014

Jadikan al-Quran rujukan utama pemerintahan

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

SUNGAI SIPUT - Pemerintahan dan pentadbiran yang menjadikan  al-Quran sebagai sumber rujukan utama serta kompas dalam tadbir urus dapat membangunkan ummah serta negara yang sentiasa memperoleh rahmat dan redha Ilahi, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah dengan berlandaskan kitab suci itu, pemerintahan dan pentadbiran akan mengandungi roh takwa sekali gus menyemai nilai ketelusan, keikhlasan, kejujuran dan integriti yang tinggi dalam jiwa hamba ketika melaksanakan tanggungjawab sesama manusia dan menyempurnakan amanah Allah.

"Al-Quran bukan sekadar wajib dibaca, malah wajib difahami, wajib dihayati, wajib dijadikan landasan pegangan serta sumber rujukan utama, dijadikan kompas memandu manusia mentadbir urus kehidupan makhluk dan alam semesta.